Tuesday, November 25, 2008

Sepetang Di KUL

Kapal terbang lagi? Haii...takkan la trolley dolly lagi kot? Huhu....matila aku kena carut dengan orang ramai. Menghabiskan duit pejabat kata orang. Tapi hakikatnya bukanlah itu sebab musabab kehadiran Fendiosman ke KUL pada kali ini. (Murid-murid sekelian, KUL tu adalah IATA code untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). Kehadiran Fendiosman hari ini adalah ibarat standy KUL-KUL sambil memakai uniform menunggu pesawat. (Murid-murid sekelian, standby KUL-KUL itu adalah istilah untuk crew penerbangan, mode standby, tapi berada di airport sambil membawa beg, nasib la..kalau ada flight, terbang. Kalau takde....hampa. Tapi dengarnye mode stanby KUL-KUL ini dah takde)


Adapun kehadiran Fendiosman ke KUL pada kali ini adalah merupakan sebahagian daripada kandungan kursus kepada Pegawai Perhubungan untuk persidangan yang akan diadakan bulan hadapan. Persidangan apa tu, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu. Negara mana Fendiosman jaga? Errr....pun tak boleh cakap demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan sejagat. Tak boleh dinyatakan kepada umum melainkan orang-orang yang dah tau Fendiosman jaga negara mana.

Kali ni, Fendiosman dan Cik Adni (Bonda Phachat, inilah teman studio terapi suaraku) yang sama-sama bertugas di the so-called Ministry of Hell sama-sama terlibat sama dalam acara ini. Untuk agenda sebelah pagi tu, ada la talk by INTAN and IDFR officer berkenaan peranan LO ini. Tapi, sedang enak diulit mimpi di Bangunan Berkubah tempat Fendiosman berkursus tu, terpaksa berkejar balik ke pejabat gara-gara Pegawai Tinggi punya kerenah yang menyuruh kami pulang untuk mesyuarat tergempar. Tudiaaa...nasib baik kat Putrajaya jugak. Buatnya kursus kat Sabah lagi? Tak ke haru? Ehmmm...tapi lepas je mesyuarat tergempar itu, sempatlah jugak Fendiosman catch-up semula untuk pergi ke tempat kursus berkenaan bagi menyertai Lawatan Che Kiah ke KUL.

Here are some photos taken at KUL;

The security pass counter. Abaikan model di depannya itu. Sesungguhnya beliau amat berbesar hati dapat menempek kat blog Fendiosman ni. Err....gara-gara salah faham, sejam kami menunggu untuk mendapatkan pas keselamatan. Nasib la aku ni Pegawai Rendah. Buatnya Pegawai Tinggi yang ada kat situ? Mau mengamuk satu KUL! Ahaks...

The security pass, kena cagarkan IC baru boleh dapat kad ni. Kawan-kawan LO Fendiosman ada yang dah surrender IC kat tempat kursus, makanya tak bolehlah masuk. Tapi ada jugak orang tu yang pakai ID Malaysia Airlines. Maklumlah bekas crew katanya. Sapa tatau? Akukah? Diakah? Siapakah?

Heh...dah dapat pas, ada lagi gelang ala2 masuk ke theme park ni! Ish ish ish...sungguh ketat sekuriti bila nak masuk ke dalam. Huhu....

Konon bersemangat nak melawat la. Scene taken kat dalam Aerotrain. We were brought to the Satellite Building to visit the gates. Where to pick, what to do, where to go and many more. Kinda confusing for some of us. Tapi Insya Allah, kalau biasa heret beg kat KUL ni, tau la apa yang nak dibuat. Cumanya protokolnye sikit berbeza.


Listening to the briefing by MAB officer. "SORANG JE BOLEH ADA KAT GATE NI, SAMPAI DEPAN GATE NI JE....TAK BOLEH KE AEROBRIDGE MAUPUN KE APRON"

Err...murid-murid, tau tak APRON tu apa? Sila rujuk kamus ye. Yang pasti bukanlah apron yang dipakai waktu memasak tu!


View of the AIRPORT IN FOREST, FOREST IN AIRPORT. Ni la uniknya KUL. Sebab tetibe tengah bangunan ada pokok yang rimbun. Hehe...


Dah selesai melawat kat Satellite tu, patahlah balik ke MTB. Murid-murid sekelian, MTB adalah Main Terminal Building. Adapun KUL ni terbahagi kepada 2 sebagaimana yang anda dapat saksikan. MTB, and Satellite. Oleh sebab kegilaan Fendiosman adalah kapal terbang, sempatlah jugak snappy miniature berskala besar ini. Kalau la letak kat rumah, kompem tak muat! Huahua....


Di MTB, we were directed to the VIP lounge. And the session was continued with briefing on what to do here. Clearence etc. should be settled here. Tapi dah yang nak datang tu Menteri kan, takkan la nak suruh depa cop paspot sendiri kan? Sah la LO yang kena buatkan semua. Sapa kata jadi LO tu senang? Susah jugak tau!


View of the VIP room. There are quite a number of room here. Sebelum depa sampai, kita la kena recce dulu. Bilik mana, tangga mana, arah mana. Heh...dan waktu kat situ sempat jugaklah Fendiosman cari kawan 334 clan yang bertugas di KUL, Incik TPIN KUL (errr...dia TPIN ke KI eh?)

Hmm...Incik TPIN sedang memberi taklimat mengenai prosedur imigrasi di KUL. Very useful. It helped a lot anyway. Senang kan kalau ada kawan2 kerja kat tempat2 camni? Nak pulak kat pintu masuk negara. Hiks...teringat cerita ke pintu masuk negara kat sebelah utara satu masa dulu......heheheh...mrasa la aku borong toto kat Danoq. Kannnnnn?

Dah melawat semua, dapatlah tau serba sikit gambaran di KUL itu. Harapnya sewaktu bertugas nanti, takde la teraba-raba nak mencari lagi tempat sebenar. Mudah-mudahan dapat la urusan ni diselesaikan tanpa sebarang dugaan yang berat. Amin! Hmm...takat tu la dulu, nak mengemas barang masuk beg sat. Esok nak heret beg masuk hotel lagi. Mana pulak eh? Hahaha......

9 comments:

Jijie Armidza said...

Wahahaha.....incik TPIN a.k.a Chief yang berjalan kesana kemari bersama bodigad...glemer giteww...

@xiM said...

selamat hari rabu..hehe

*matilaaa tak taw nak komen apa nih..

Lt. Mohd Azriza said...

Fullamak memang KUL betullah Tariq!Aku dah agak dah abg deol ada.Patutlah masa tgk gambar yang atas2 tadi terperasan muka dia.Ramai betul Clan 334 yang jadi LO.Memang susah keje LO ni kan.Takpe I have a lot of confidence in u my brother.Selamat bertugas dengan cemerlang.

phachat said...

Err... Ini pirst time hang jadik LO eh, TAR?? Sangat terperinci kursus kome.... En TPIN tuh dah tak dekat Labuankah??


pssstt: DANOQ ada toto ke? Bukan hanya fofuler sebab 'ayam' ke???

X-weatherman said...

Enche Tariq, selamat menjadi LO.
Aku dah pencen..cukuplaa 2 tahun straight jadi LO. (Padahal sebenarnya masih lagi rindu nak jadi LO, cuma bebanan kerja di opis yang tidak mengizinkan).

Kunyeet: Udah lee tuu..ko boleh dikira sebagai senior LO dah..hehehe

Jijie Armidza said...

Mr X-weatherman,

wahahaha......naik 48, aku pencen la...hikhik...ni kira mcm last la...tutup diary...

Jijie Armidza said...

eh, incik fendiosman, u've been tagged.
pls go to my blog...

Adi Osman said...

KUNYEET

dia memang sentiasa ada bodigad walau di mana saja beliau posting.

pasal tag tu......skang takde masa nak menjawab lagik pasal dok tengah comperens kat seremban. nanti la kalo ada masa kita jawab.


AXIM

slamat ari kamis plak...
hehehehe


COMRAD

LO tu takde la ramai sangat kalau nak dibandingkan dengan tahun 2006 yang lalu....

ada 5 6 ekor je termasuk aku


PHACHAT

sesungguhnya ini bukanlah kali pertama aku menjadi LO. in-fact sewaktu aku menaip ini, aku sedang menjadi LO kepada Pegawai Tinggi Kementerian aku di Seremban.

tapi, biasanya taklimat seperti itu dan lawatan di KUL amatlah perlu dalam setiap persidangan antarabangsa. macam biasa la kan, sedangkan semayang raya pun orang cakap kaifiyat tiap2 tahun, ni pulak yang tak berlaku tiap2 tahun.

errr...ada la toto kat danoq! tak caya yang pi tengok!


WADI

nasib la aku dapat negara best! hheheheheh..

bertutur satu bahasa katanya

azanov said...

nice post.. tapi aku rasa, gmbr xx tu kurang sesuai sikit, memandangkan peminat blog fendiosman mungkin terdiri dari pelbagai peringkat dan pemikiran manusia.. (walaupun aku ni xle sesuci embun pagi pun.. =)