Adapun tatkala posting ni dibuat, Fendiosman baru je siap memasukkan pakaian dan kelengkapan ke dalam beg heret untuk dibawa bersama pagi nanti. Jam 9 pagi nanti nak bertolak ke destinasi tepi pantai pulak. Again, I am away from the office. This time sampai hari Rabu. Destinasi mana la eh? Tempat tujuan ni pernah dikunjungi Fendiosman satu masa dulu.What to expect? Apa kejadah Fendiosman asyik heret beg je? Takde orang lain ke nak heret beg? Fendiosman takde kerja kat office ke? Hmm...soalan biasa yang diterima oleh Fendiosman. Murid-murid sekelian, ni la sebenarnya kerja Fendiosman. Kalau tak bergelumang dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Fendiosman handle kursus, tak pun jadi liaison officer, tak pun pergi posing kat airport tunggu kapal terbang. Hahahaha....
Hakikatnya, kali ni nak berdepan dengan pegawai-pegawai gred 52-54 pulak. Kalau di KK aritu semua golongan marhaen gred 41-44, makanya kali ni kena la bersedia kalau-kalau yang datang tu masing-masing kekwat dan lorats.
Seronok ke jalan-jalan heret beg? Ada seronoknya, ada tak seronoknya. Hari pertama dan kedua biasanya seronok la. Tapi bila dah masuk hari ketiga, hari keempat, hari kelima, dan seterusnya mula la perasaan rindu kat katil di rumah yang empuk dan sedap itu. Walaupun orang kata dok hotel tu best, tapi lama-lama ada jugak rasa bosannye. Huhu! But, overall, to handle a group of people is the most interesting part. To layan the kerenah, to fulfill their needs, to be there whenever needed, to go beyond expectation, to provide Malaysian Hospitality (motif kau guna cogankata itu?).....
Tapi untuk ke destinasi kali ni, Fendiosman takde la nak naik kapal terbang segala. Cukup la dengan membawa Myvinats Putih 848 itu dengan penuh ketenangan. Hmmm...sebab kalau naik kapal terbang pun, tak sempat nak panas bontot dah ada pengumuman;"Tuan-tuan dan puan-puan, kita akan mendarat sebentar lagi...sila yada yada yada yada yada......" Oren jus pun tak sempat nak abis! Hahaha....Phachat, skang ni kau naik KelipKelip dah tak payah beli air kan? Ada muffin lagik depa bagi.
Harapnya kat sana tu ada la koneksi internet (tetibe aku rasa ayat ni macam bunyi lucah lak). Makanya boleh lah Fendiosman mengemaskini cerita semasa Fendiosman dari tempat yang cukup mendamaikan itu.
Wallahua'alam...
8 comments:
Cis, kelip2 yg menbawaku pulang ke terengganu pd jumaat lepas tak bagi pon muffin dan air oren!!! Tapi memang kalau bagi pon aku tolak, isi perut membuai2 digoyang angin dan awan gelap di angkasa. Seremmm..... Sekarang baru aku rasakan angin kus2 seperti en TAYO slalu kena utk flite BKI ittew....
psssstt... bila nk buat entry haipeng dan nama2 tempat yang bersejarah yang telah ko temui ittew???
Salam Tariq.Cool blog kau.Seronok jugak gambar2.Anyway take care bro.Dari Comrade KPDNHEP.
oooo ni mesti pi Cherating ni kan..haha
dasat la ko skang ni turuq affundi yaya..
PHACHAT
tak sanggup aku nak buat entry pelik tu. kang orang tempatan marah aku lak...
mampos aku tak dapat jejak kaki ke kampung JAKAR dan JABOR ittewwww....
COMRADE
thanks for visiting...do visit again next time...
AXIM
ye....di cherating!
HAMBAMAYA
ko hilal eh?
takde orang lain yang panggil nama aku camtu melainkan ko!
OMG!!! ni tempat berkumpulnya budak2 ameen ker???
p/s: TURUQ, awat ko asek berkawan ngan budak FPP sahajork nih?
PHACHAT
sapa lagi budak amin di sini?
kau budak ibujen kan?
Manalah ku tahu mana lagi bebudak AMEEN yang asobbiyah ittew... tapi Hilal tuh aku nyer coursemate rasanya...
Aku bukan budak ibujen la... aku budak bapak jane!! *terdengar2 soklan ngok dr bebudak orientasi: 'IBUZAIN, IBUZAIN... Mana bapak zain???'
Post a Comment