Wednesday, November 05, 2008

Parlimen Lagi....A Knee To Knee Talk

NOTA: POSTING NI PUN AGAK IRRITATING UNTUK SESETENGAH ORANG, JADI UNTUK SESIAPA YANG RASA FENDIOSMAN NI FEELING-FEELING HEBAT, ATAUPUN FEELING-FEELING JADI ALL STAR CREW, SILA PERGI! SYOH!!


Adapun petang semalam sekali lagi Fendiosman menerima panggilan dari SUSK Menteri pada satu petang yang hening. (Murid -murid sekelian; SUSK tu SetiaUsaha Sulit Kanan ye....jangan ingat SUSUK tau...lain maksudnye tu!) Tapi kali ni Timbalan Menteri pulak. YBTMK katanya. Arahan kali ni adalah sekali lagi memerlukan Fendiosman untuk hadir ke parlimen memberi sedikit taklimat mengenai jawapan kepada Pertanyaan Dewan Rakyat. Sesi dijangka bermula jam 10 pagi, dan Fendiosman diminta hadir jam 9 pagi. Macam biasalah kan!

Petang semalam, dapat je info mengenai soalan yang nak dijawab, terus Fendiosman bergegas mendapatkan maklumat-maklumat tambahan yang diperlukan. Ye lah....dah pukul 5.20 petang waktu tu. Terpaksa la bertindak sepantas kilat untuk mengelakkan diri ni terpinga-pinga bila diterjah oleh YBTMK. Selesai dapatkan maklumat, terus la Fendiosman buat plan awal untuk menjawab. Hujung jari tu hujung jari la jugak, tapi kena la study sikit. Bagi ingat, dan boleh jangkakan soalan-soalan yang akan ditimbulkan.

Muka bzzrek di awal pagi......nerbes nehhhh....

Seawal jam 8.15 pagi tadi, terpacak Fendiosman ke tempat biasa dituju bila nak brief menteri - tak kisah la menteri penuh ke timbalan menteri ke! Sekali lagi Fendiosman belek apa-apa yang patut seperti Nota-nota kecik (toyol katanya) supaya yang ditaklimatkan tu faham dan menjawab apa yang ditanya. Haaaaa....

8.45 pagi Fendiosman call Incik SUSK memberitahu kehadiran Fendiosman di tempat yang telah disebutkan. Adapun bilik yang digunakan ni turut digunakan sama oleh 3 kementerian yang lain termasuklah kementerian Bonda Phachat. SUSK naik ke bilik tu....lantas memberitahu keadaan cuaca semasa, ribut kaaaa...angin kaaaaa....panas terik kaaaaa! Kalau last week dengan menteri, cuaca boleh dikatakan memberangsangkan walaupun pada awalnya tu ada sikit angin, tapi hari ni ramalan cuaca dijangkakan mendung dengan angin bertiup dari arah barat daya membawa ribut. Haaaa...tudiaaa, kenalah bersedia dengan payung.

9.00 pagi, SUSK bagitau menteri akan sampai pukul 9.15 pagi, dan minta aku turun ke bawah di ruang lobi. Kali ni Fendiosman yakin dengan bahan yang Fendiosman bawakan. Cumanya, terpikir jugak, cukup tebalkah payung ni? Kang tiris...abis basah kuyup! Sejenak sebelum 9.15, terus Fendiosman bergegas ke tempat yang diarahkan. Sharp 9.15, terpacul YBTMK di lobi area.

"Assalamualaikum YB Dato'..." sambil tersenyum versi Istana Budaya....

"Lah....kau lagi Tariq!" terharu gak sebab dia ingat nama walaupun nametag Fendiosman terkelepet ke belakang.

"Ye la Dato'..sapa lagi kalau bukan saya"

"Come...come...."

Dari raut wajah beliau, tak nampak la cuaca mendung seperti yang diramalkan. Tapi sebaliknya, ada matahari pagi yang pada aku cukup untuk mengeringkan kain baju yang sedia dijemur. Lega cek oiiiii. Terus beliau melangkah masuk ke lounge yang dikhaskan untuk para Ahli Yang Berhormat.

Isk.....cmane ni? Nak masuk ke? Jarang Fendiosman tengok Pegawai-pegawai Rendah macam Fendiosman duduk kat dalam tu melainkan caterer yang serve makanan untuk those MPs! Ah...redah je la. Fendiosman tengok SUSK suruh Fendiosman ikut. Huhuhu....

Pusing kiri, ada YB X, ada YB Y, ada YB Z. Pusing kanan ada YB A, ada YB B. Hish. Untuk orang yang tak biasa macam Fendiosman ni, memang la agak terkaku dan terkekok. Tapi, Fendiosman tekadkan jugak hati, bulatkan niat untuk memberi penerangan sewajarnya kepada YBTMK. Tak kisah la di mana pun, as long as mission boleh disiapkan.

"U nak minum apa?" tanya beliau.

Sambil senyum......

"Anything Dato'..." (acara kat sini tak payah Fendiosman huraikan in details la..kang orang kata Fendiosman mengampu lak!)

Terus dibawa YBTMK ke meja di satu sudut....

Belum sempat beliau buka mulut, terus Fendiosman memulakan kerja...untuk menerangkan apa yang sewajarnya kepada beliau. Nervous tu dah ilang dengan serta-merta. Ye la...orang ramal cuaca mendung...tapi mendung takde! Lega la Fendiosman...satu persatu soalan keluar dari mulut beliau. Kali ni berkaitan dengan bilangan Pegawai Perubatan Malaysia yang berkhidmat di luar negara yang telah pulang ke Malaysia. Satu soalan ditanya, satu soalan dijawab. Tanya lagi, jawab lagi...Alhamdulillah. In person, YBTMK is a very simple person. Sangat senang berinteraksi dengan beliau. Sampailah satu ketika...

"Kamu dari Sumber kan?"

"Ya Dato'.."

"Dah berapa lama kat KKM?"

"2 tahun Dato'..."

"Gred berapa dah?"

"44 Dato'.."

"PTD?"

"Ya Dato'..."

"Dah confirm?"

"Alhamdulillah baru je confirm 44 Dato'..."

"Haaaa..lepas ni naik 48 la kan?"

"Kalau ada rezeki Dato'..."

"Ish cepatnye..patut la ada sana sini dok bising pasal korang naik pangkat cepat! Tapi kalau dah tak isi nanti takde pulak orang nak buat keje"

And the sembang-sembang breakfast tu berterusan....more to heart to heart talk, knee to knee, more to hubungan Menteri dan pekerja bawahannya, sambil mengorek apa yang dialami oleh akar umbi. And he kept asking me about the current situation, and I gave my humble opinion dengan apa yang beliau cuba bicarakan. Ya la, apa-apa isu yang berkaitan dengan HR, kalau tak kena, towards the end nanti CityGirl jugak yang kena tembak. Jadi, sebelum CityGirl ditembak, ataupun menembak kami semua, eloklah aku berkata benar!

For me, it is an opportunity untuk dekat dengan YB. Bukan nak mengipas, as some of you might say, tapi orang lain siap kena buat appointment, but I had 1 hour free session to talk with him. Price: Priceless....appreciate that very much. Dan macam yang Fendiosman cakap tadi, he is a very simple person. Boleh buat kelakar lagi...

Ehmm...Fendiosman dah buat kerja Fendiosman, dan Alhamdulillah berjaya. Anyone yang nak knee to knee macam Fendiosman buat? Ada berani? Hahahaha! Matila bongkak......

9 comments:

orangrawa said...

harus dapat dato' fendi nanti ni..LOL..!!

zyrin said...

aku setuju dgn ko. YBTMK ni ada skill mendengar. masa aku & PGL kena pi lawatan dia ke satu hospital haritue pun aku dok perati - aku kerja kan perati org, mana cakap byk sangat - cara dia interact ngan orang. memang simple sangat. siap dia boleh cedokkan bihun ke pinggan orang lagi... hahahahaha...

... tapi, kalau mendung berarak... hmmm...

satu lagi sbb aku rasa member dia ramai lagi masih in service dengan kita, lar. sebab tu dia masih sangat berminat. bagus lah tuh.

hehehehe... adakah YBTMK akan singgah di blog ko ini???

phachat said...

Quote: "tapi hari ni ramalan cuaca dijangkakan mendung dengan angin bertiup dari arah barat daya membaw ribut"

- membaw tu apa, anakku??

Any-hoo.... aku just nak cakap, tak semua org bernaseb baik dapat sesi knee-to-knee camni dengan somebody. Tapi tatau la kan lepas ni ko jadik SUSuK sesapa lak *ooouuupppsss!!! Yang penting, ko bagi versi dari hati kepada mereka yg sedia mendengar, tak de salahnya ye dak? Lain la main 'lap2 mulot' dengan niat jahat menganiaya golongan lain....*Siapakah aku S.P ini?

p/s: Hikhik, nampak benor aku sungguh jarang ke dewan yang mulia ittew... tak sadar pon ada bilik gunasama yang dikongsi kementerian kita! BTW, cian kementerian aku... panjang sgt nama smpi kecit fontnya....

Adi Osman said...

ORANG RAWA

tak mintak pun anugerah2 tuuu....
sekadar nak kenal2 dengan lebih dekat je! huhuhu...


ZYRIN

gamaknye zaman dia jadi MO kat hospital kluang dulu pun camtu kot?

personal touch katanya! konsep2 malaysian hospitality. but i liked it veri der veri....

kalau dia singgah...harap dia baca laaa. aku ske sangat smalam...yak yak yeayyyy


PHACHAT

ko neh...nampak je typo aku! kes nak balas dendam la kan? nebermain...i oledi edited maaaa.

lap mulot? neber..kalau orang tu coklot cmane? (murid murid....coklot tu adalah singkatan dari BUSUK MULOT) hahahhha..tak sior teman nak mengelap.

hmmm...bilik tu jarang orang tau. sebab tu bilik menteri duduk tatkala menunggu dewan tu bermula sesi. ala yang sebelah kaunter pos malaysia tuuuu

Jijie Armidza said...

Didoakan semoga bakal menjadi SUSUK eh...SUSK.....
:-)

wahaza extra said...

Sukalah the remarks knee to knee; so sweet;

Shah said...

Knee to knee? Kinky ajer bunyinyer hehehe...

phachat said...

haiyo......... gambar profile ala2 kabaret nkau!!!

Adi Osman said...

KAK KUNYEET

takmo la jadi SUSUK....
nanti semedang kena ikut bontot bos..
tak leh jalan2 lagik cam skang ni!


WAHAZA

konsep knee to knee to memang betul, sebab time duduk tu bertemu lutut katanya!


DR SHAH

kalau kat dalam parlimen tu nak kinky kebendenye...hehehehe....
kang tak pasal2 jadi isu sensasi! bahye oooooo


PHACHAT

aku kan artisss....
kena la letak gambo versi artissss....

ke kau nak aku letak gambo pakai baju kuning plain berkain sarung kuning batik keras tu? ish...sekolah sapa ek?

gooo fightttt winnn.....
hehehe...sorakan tim basketball PPM satu masa dulu!