Tapi, dalam situasi di tempat kerja, konsep Taichi ini bolehlah ditakrifkan sebagai menolak kerja kepada orang lain dengan cara terhormat. Lazimnya, junior officers akan terima taichi daripada senior officers. Dan seseorang yang suka sangat menggunakan hikmat Taichi ni biasanya akan selalu menggunakan apa yang telah dipraktikkan selama ini untuk mengelakkan diri daripada mendapat kerja-kerja yang membebankan, ataupun yang remeh temeh. Kenapa Taichi? Mungkin diambil daripada pergerakan Kamehameha yang dibuat oleh Goku di mana pancaran api itu dihalakan kepada lawan, dan lawan akan terpelanting jauh ataupun terduduk gara-gara terkena pancaran itu. Faham tak murid-murid?Heh...wahhhh...Fendiosman nak cerita apa tatau? Jeng jeng jeng....meh kita masuk part Taichi di pejabat. Kisahnya berbunyi begini:-
Pada satu petang Jumaat yang hening, tatkala Fendiosman sedang mengamalkan hikmat berhibernasi peringkat tertinggi sebelum waktu pulang, tetiba terdengar deringan henset Fendiosman yang menjerit minta diangkat.
"Helo...."
"Helo....Tariq kat mana ni?" terdengar suara Mr Taichi di kejauhan....
"Saya kat opis ni....ada apa Mr Taichi?"
"CityGirl ada cari kamu tak?"
"Citygirl? Takdak pulak dia cari saya. Awat Mr Taichi?"
"Ni haaa...ada kena buat nota makluman kabinet untuk menteri pasai isu......." (isu tak bleh dimuatkan kat sini, sebab nota kabinet biasanya dalam Fail Merah Berpalang - dikategorikan sebagai RAHSIA)
"Hah...takdak pulak"
Kepala hotak Fendiosman dah mula berkira-kira maklumat yang nak dimasukkan dalam nota berkenaan. Tapi ada jugak setan sebelah kiri dok bisik suruh cabut balik. Almaklumlah, time tu jam pun dah tunjuk nombor 5."Haaa..takpa...satlagi dia cari la kamu. Ni ha satlagi saya forward message dia kat kamu. Pasni saya naik ataih pi tengok"
Sejenak kemudian berderit telefon...
Tertera message CityGirl yang tertulis seperti ini...
"Asm Taichi....tolong sediakan nota kabinet berhbg ......, masukkan ........., sebab......, statistik......, dan cadangan.......ini kena cptkan ye...."
Maka bergegaslah Fendiosman bagaikan lipas kudung mendapatkan maklumat yang telah sedia ada, hanya perlu dikarang mengikut bahasa yang lebih sedap, dan sesuai dengan nama NOTA KABINET.
Sedang khusyuk Fendiosman buat kerja, datanglah Mr Taichi ke bilik Fendiosman.
"Hah...dah siap ka?"
Tudia aihhh...baru bagi 5 minit nak siap kebendanya?
"Mr Taichi.....bila nak ni? Nak petang ni jugak ka?"
"Ish...saya tak tau pulak...cuba kamu tanya CityGirl"
Lantas jari jemari Fendiosman ni menghantar SMS kepada CityGirl bertanyakan mengenai hal ini....
"Salam puan, nota kabinet tu nak submit ptg ni jugek ke?"
Sementara menunggu balasan daripada CityGirl, Fendiosman berbasa-basi dengan Mr Taichi menceritakan perihal Nota Kabinet tu...
"Saya rasa ni urusan Unit DP...kamu buat lah ye?"
Aura taichi dah mula Fendiosman rasakan. Sebab daripada maklumat yang diberikan dalam SMS CityGirl tu nampaknya macam banyak melibatkan urusan cawangan perkhidmatan. Tapi memandangkan Mr Taichi adalah bos, Fendiosman harus akur kepada arahan. Ni apa yang Fendiosman belajar kat INTAN dulu la.
Sedang Fendiosman bebual sambil gigih mengcopy-paste, satu SMS dari CityGirl diterima dan kandungannya adalah;
"Tak.....mcm mana pegi kat U plak?"
Aik.....Mr Taichi kata CityGirl cari aku? Knape lak dia yang heran? Dah....awat lak ni? Lantas dengan betul bendulnya Fendiosman membalas;
"Mr Taichi fwd kat saya suruh buat"
Masuk lagi satu message...
"Ape pasal dia bg kat U....sy yg mintak dia buat sbb ini perkara pekhidmatan...Unit PP dan PJ"
Fendiosman membalas;
"Saya taktau Puan, saya ikut arahan je.."
Sahlah Fendiosman kena Taichi. Dan Mr Taichi jugak terkantoi pasal Taichikan kerja kat orang yang salah. Heh...Fendiosman tersenyum kambing membaca message tu sambil memaklumkan kepada En Taichi..."CityGirl kata bukan petang ni....tapi takpalah, saya usahakan dengan MatShah untuk buat"
Tak perlulah Fendiosman khabarkan perkara sebenar kat dia. Kang dia kata Fendiosman mengadu domba lak. Tapi dalam hati ni, rasa bersalah sebab gara-gara nak tahu sesuatu, dapat pulak sesuatu yang lain. Kang tak pasal-pasal Ribut Tropika melanda lagi. Huhuhu...
Terus Fendiosman memaklumkan kepada Mr Taichi yang Fendiosman nak turun ke bawah mendapatkan maklumat dari sahabat Fendiosman. Alasan yang paling sesuai untuk melarikan diri. Hahaha..jahat kan?
Fendiosman bergerak pantas ke bilik MatShah yang mulanya menganggap Fendiosman kena buat kerja ni. Setelah berbincang, dan memberi maklumat yang diperlukan, dapat kata sepakat yang MatShah yang akan buat. Bukan Fendiosman taknak kerja, tapi......takut lain pulak jadinya bila Fendiosman buat. Rappot beliau sebagai Mr Taichi kena la dijaga jugak. Jadi eloklah diserahkan kepada pegawai yang betul-betul dibawah seliaan beliau. Fendiosman dalam wing lain, wing Madamme SuperSilent.
Baiklah murid-murid. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Jangan suka Taichi orang, tak selalu kita akan berjaya. Kalau tak kena hari, memang akan kena kantoi seperti yang berlaku kat Mr Taichi dan Fendiosman. Jadi, Fendiosman akan lebih berhati-hati untuk mengamalkan Taichi ini pada lain waktu dan ketika.
12 comments:
wahaha...
rasa teringin pulak nak mengenali Mr Taichi tersebut.......
Hikmat yang paling femes di dalam perkhidmatan awam..Hikmat taichi tidak terbatas!! Bukan setakat hang, aku rasa semua antara kita ni dah kena penangan hikmat ni.
KUNYEET
nak kenal ke?
ala kat mana2 pun ada....
rasanya kat opis kunyeet pun ramai kot?
ahaks.....
tuan tanah pun memang slalu gak taichi kat orang......tapi dah ada berlaku camni terus jadi tak berani nak taichi lagik!
WADI
waktu mula2 masuk time inesen dulu memang slalu la aku kene...
skang ni...aku buat kamehameha kat depa balik la...
ahaks!
terminology yang baru ni..
Betul tu Tariq.Ko bagi jer kat diorg biar diorg rasa.Aku saport 100%.
senang citer, jangan taichi2 langsung, jadik couch potato sajor..
APIK
not so new for us...
i tend to forget apa yang askar guna eh?
ye la...dah lama tinggalkan kem tu, walaupun semalam baru pergi melawat adik tersayang...
COMRAD
tak baik buat camtu kat bos...nanti markah LNPT jadi ciput! hahahaha.....
BANG SHIDI
kalo ikut ati memang nak jadik potato couch, tapi dah masuk2 je terus dapat title all star, cmane nak wat?
huhuhu
TARIQ,
HMM...... apa membezakan taichi ngan delegate keje??? Hahaha, sometimes aku rasa cam tak pandai nak delegate keje pasal takut disalah anggap sebagai taichi kuntow katanya....
Tapi memang gitulah kita pegawai bawahan ni, masa kt sini it's all about the competency skill, but after dah jadik senier bak kata ko, it's more on 'people' skill! Tak gitu??
Aku rasa askar panggil sabo kot.Acronym for sabotage.Tak pun redirection.Siapa beran bagi LNPT ko ciput?Biar aku habiskan riwayat dia.Hehehehehehe!
PHACHAT
taichi dan delegate kerja lain katanya!
kalau delegate....terima dan mengagihkan seadanya, seperti kerja2 biasa.
kalau taichi....dah tau kerja dia, tapi takmau terima, dah cakap orang lain punye kerja
COMRAD
ish.....jangan cakap sapa yang berani...memang ada yang akan berani!
menarik gamabr first tuh..hehe
Nak tolong jawab soklan Phachat gak :D
Delegate ni kita bagi kerja kat org bawah dengan kebenaran utk dia buat keputusan. Kita masih accountable tapi kita bagi empowerment kat subordinates kita utk merasa ala-ala kuasa kita. Itu bagus tu, selalu subordinate yg bercita-cita tinggi, dia nak merasa jadi bos sekejap tu ;)
Tapi Kalau taichiiiii...keja patut memang kita yang buat, kita suruh orang lain buat pastu kita lepas tangan taknak betanggungjawab dah!! hahaha...
Mana2 pun ada taichi master ni...it's a universal sport!;)
Post a Comment