Monday, November 17, 2008

From Coast to Coast

Justify FullAdapun selesai saja acara di Cherating, Fendiosman berangkat pula ke Port Dickson pada hari Jumaat yang lalu untuk menghadiri acara wajib setiap penghujung tahun di peringkat tempat Fendiosman bekerja ni. Mesyuarat Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan 2008 dan Perancangan Sasaran Kerja Tahunan 2009. Ramai orang kata kalau keje gomen ni hujung tahun memang kalut buat majlis kat hotel pasal nak habiskan peruntukan. Tapi di tempat Fendiosman kerja ni, perkara macam tu takde la berlaku sebab CityGirl memang sangat detail bila masuk bab merancang perbelanjaan ni. Well, CityGirl is assisted by the so-called Timbalan 3 will look into details about spending the allocation given by the ministry. Jadinya takde la terkejar-kejar nak perabis duit waktu hujung tahun.

Tempat mana Fendiosman pergi kali ni eh? Hmmm....it is a Beach Resort without the Beach. Kalau kat Western Countries ni dah boleh saman, sebab tak menyampaikan apa yang dikatakan pada namanya. TIARA BEACH RESORT. Fendiosman taknak amek gambo tempat tu, taknak promokan kat all readers sebab Fendiosman rasa tempat tu sangat tak menarik. Service wise, sangat poor. Bayangkan, kalau kat hotel lain ni, bila ada function, sales exec takkan senang-senang bercuti, ni kat sini...dah la kekwat, pastu feeling diva. Kesian budak2 Fendiosman. Bertungkus lumus diorang nak puaskan hati semua peserta. To make things even worse, tetibe ada lipas kat kuih yang diserve? Motif? Lalat bertebaran di sana sini, salad served was almost basi, kuih untuk teabreak tak putus-putus kuih lapis? Adakah tempat itu Sekolah Memasak Kuih Lapis?

Since CityGirl dah bagi description tempat dia nak buat meeting, makanya kena la cater her needs. Pantai, not too far from KL. Where else? PD la...dengan kelayakan yang ada, dengan waktu cuti sekolah, dengan weekend lagi, haaaa...amek kau sedas. Resort yang ala-ala katanya! Makan wise? Takde mende yang menarik melainkan minuman HOKO yang terkenal di seluruh resort itu. But overall, untuk urusetia yang dah penat buat keje, congrats la sebab berjaya jugak menjalankan acara although there are hiccups here and there. Patutnya pagi ni baru balik tapi Fendiosman tak tahan dok Beach Resort without the Beach tu, selesai je meeting petang semalam, terus bungkus kain baju lari balik rumah.

Hmm...kali ni, first time Fendiosman presentkan SKT di depan orang ramai memandangkan bos Fendiosman tengah berjuang menduduki PTK5 di INTAN Kiara. Perasaan, nerbes tu memang la. Makanya, terpaksalah bersengkang mata sehingga jam 3.30 pagi buat preparation, study apa yang patut, dan bersedia dengan perisai untuk berhadapan dengan hujan peluru sewaktu pembentangan. Lebih merisaukan lagi bila mengenangkan giliran pembentangan yang pertama, dan bertambahlah bilangan rama-rama dalam perut Fendiosman.

Tiba giliran pembentangan, Fendiosman rasa heran tah mana datang ketenangan dan kekuatan untuk Fendiosman membentangkan mana-mana yang perlu tanpa sebarang rasa gelabah dan takut. Bentang dan bentang dan bentang, tiba sesi soal jawab. Hmm..lazimnya kalau orang tembak, Fendiosman akan balas dengan tembakan kuasa dua. Tapi kali ni lain. Fendiosman pun tak sangka akan berkelakuan sebegitu. Sambil senyum, dan dengan suara yang ala2 lunak (lunakkah?), Fendiosman menjawab dengan penuh diplomasi tanpa meninggikan suara.

Walaupun ada cubaan untuk menembak dan menyerang dari belakang secara curi-curi, Fendiosman sangat bersyukur sebab dapat menangkis dan dalam senyuman sinis, Fendiosman sempat memulangkan kembali peluru yang ditembak oleh lawan. Senyum tetap senyum, tapi dalam senyuman Fendiosman tu, Fendiosman garap dan sulamkan juga dengan sindiran kepada yang bertanyakan soalan bodoh. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu....pasaipa hang dok gatai nak tanya?

Apa pun memang satu kelegaan lepas dibentangkan. Walaupun ada jugak CityGirl tembak (sudah jadi norma kalau kena tegur dengan bos), Fendiosman terima dengan positif, untuk kemajuan diri dan juga kemajuan tempat Fendiosman bekerja ni.

Dan....selesai mesyuarat, Fendiosman mampu tersenyum puas sebab berjaya menyampaikan amanah yang telah diberikan oleh bos Fendiosman. Tapi...untuk datang ke Tiara ni lagi sekali? I shall think twice after what I've experienced.

14 comments:

phachat said...

ahem... mungkinkah layanan diva yg diterima di Cherating mnyebabkan Tiara dirasakan lite2 sajork?

Hikhik... tapi kalu apa yg ko describe pasal lalat, lipas dan lapis (wah, 3 L gitu!!!) mmg tak wajar la... Kalu x silap Tiara ni berantu, betul ke?? *apa motif aku menambah kebencian hatimu terhadap resort ni?

pssstt... citygirl x de dalam gambar posting kali ini ke??? nak juga aku jengah nama tanpa wajah itu di sini....

Adi Osman said...

PHACHAT

takde la aku merungut kalau layanan nye bagus. walaupun di cherating tempohari layanan dia sangat meletop, tapi sekurang-kurangnye ada la courtesy kat pengunjung seperti kami ni.

berantu tu aku tatau la...orang kata yang berantu tu costa rica. tah...aku tatau.....

citygirl....ibarat cari gambar tersembunyi, sebenarnye dia ada dalam posting aku kali ni! cari lah...cari lah...

Rush Murad said...

macam boring jer ekkk tempat tuuu.... harus kena tarik balik perkataan 'Tiara' tuuu...kaaaannn?

Dina said...

aiyohhhhh....kitorg yg kat state ni lagi lah kesiannnnn...apa jua acara sumer nk buat kt Tiara tu. Frankly...tmpat tu mmg hazzab! Wonder why diorg ni suka sgt pilih Tiara sdgkan byk lg resort lain in PD yg best....I'm very der musykil gittewww.....

phachat said...

Err... citygirl? semer yg nmpk kt gambar ni mcm City mom sahajork???

saya perlukan klu... saya nak hurup M Fendi!!!

Jijie Armidza said...

My ofis faced almost the same experience 2 yrs back. X berubah2 lagik ropernye Tiara nih...huhuhu...

Adi Osman said...

BANG SHIDI

horror horroran sangat sebenarnye.
sangat tak best. not advisable to bring anyone there. i wonder why people can bring their family there...

i suppose nama dia patut tukar jadi LALAT BEACH RESORT


DINA

tempat ni dipilih sebab dah takde tempat lain yang kosong.

kalau fendiosman yang pegi tinjau, memang letak at the bottom of the listlah...

ngape resort camtu still boleh survive eh?

bull shit!


PHACHAT

teruskan mencari...
kalau nak bantuan, sila gali kat posting2 yang ada sebelum ni. mungkin yang tahun lepas ke....


M? kenapa M?

adakah sebab kau berada dalam skim M ittewww?


KUNYEET

laa ye ke?
memang patut disebarkan kat semua network kita supaya tak ke sana...

@rep said...

salam...

sayu betol background song...

btw .. i dah link u.. dont know how should i address u.. i just put Fendi.. is it?

phachat said...

PENDI,

kalu tukar jadik TIARA B**CH RESORT, boleh??? Tapi rasanya resort ni under management PNB, kan? If i'm not mistaken la....


aku pilih urop M sbb ikut Pak Abu dalam Pendekar Bujang Lapok.... Budak skolah komben mana reti huruf 'haa'...

Adi Osman said...

AREP

Fendi will do...
Although kawan2 terdekat panggil nama len...but Fendi is also my name. Cuma rasa macam beg tangan la bila orang panggil Fendi...

Hahaha


PHACHAT

Bitch?
Tak cukup bitch la....

Hmmm...bukan TIARA, tapi elok letak TIADA BEACH RESORT.

Sebab kat resort tu, harap nama je beach, tapi rupa idung air laut pun aku tak nampak!

Lt. Mohd Azriza said...

Ish3!Kasihan!Aritu pejabat aku buat ari keluarga kat situ jugak.Aku dah tau tempat tu teruk jadi aku tak pergi.Hehehehehe!

Adi Osman said...

COMRAD

hmmm...

terpaksa stay situ! sebab nak penuhi spec bos. paham2 je la time cuti skolah dah mula ni, mana ada tempat kosong!

huhuhu...

kalau ikut ati aku, nak bawak ke Impiana Cherating je!

Adni Ariff said...

kami juga meratapi ketidakpergian ke cherating itu.. lalat, hoko, lipas, urin berwarna warni... SKT paling pelik dalam sejarah.

sungguh tidak best tempat itu!! telefon pinjam iron, kejapkejap dah muncul depan bilik mintak pulangkan balik.. tahapahapa sungguh...

rating: negatip lapanblas.

JANGAN GI TIARA LAGI! kalau ke PD, buatla kursus kat Guoman pulak.. hehe...

Adi Osman said...

ADNI ARIFF

tempat tu je yang kosong tatkala tarikh yang telah diberikan.

impiana cherating tu mula2 memang ada kosong, tapi pastu tetibe jadi tak kosong pasal kita tak kompemkan date kita!

makanya melepaslah......

nak masuk GUOMAN eh? kalau ikut dasar berjimat ceremat kementerian kita ni, insya allah tak boleh masuk! huhuhu...

rating fendiosman adalah sebanyak negatip 5 bintang!