Korang mesti pernah disuruh waktu sekolah rendah dulu untuk membuat karangan pasal hobi masing-masing. Dan dalam kad 001 kat sekolah dulu pun ada ruangan untuk hobi. Begitu juga dalam Dewan Pelajar, mahupun mana-mana ruangan berkenalan dalam majalah, ada juga tertulis ruangan hobi. Waktu interview kerja pun ada juga ditanya pasal hobi. Pendek kata, kat mana-mana mesti ada orang nak tau kesukaan kita. Yakni, hobi. Hobi? Ya...aktiviti di masa lapang, kalau mengikut Cikgu Ismail sewaktu aku bersekolah di SK Simpor, Tikam Batu, Kedah satu masa dulu. Yaaa..SK Simpor, sounds funny tapi SK Simpor banyak menghasilkan profesional maupun insan yang berjaya. Ada yang jadi doktor, ada yang jadi Mufti, ada yang jadi jurutera, ada yang jadi PTD (matila perasannnnn...). Heh..melalut lak. Mari kita bercerita pasal hobi.
Adapun hobi (baik Fendiosman kata Kegilaan) Fendiosman adalah mengumpul. Bukan mengompol ek. Kalau mengompol tu lain lak maksudnye. Haru kalau dah besar panjang ni nak mengompol. Agak mahal harga hobi Fendiosman ni jika nak dibandingkan dengan saiz benda yang dikumpul. Kisah barang yang dikumpul ni pernah termasuk dalam blog Dr Shah, tapi ada satu insiden yang menyebabkan posting tersebut hilang. Masalah server katanya. Apa pun, hari ni mari kita menjengah apa yang dikumpulkan itu...
Tadaaaa....
Koleksi miniature kapal terbang. Haaa...ni antara koleksi yang Fendiosman ada di rumah. Terletak di display rack yang baru dibeli beberapa bulan yang lalu sempena pengeluaran duit EPF. Heh....macam yang semua orang tau, Fendiosman ni gila sikit bila tengok kapal terbang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia penerbangan. Hatta....ada yang mengatakan Fendiosman ni patutnya tak jadi PTD, tapi patut kerja dengan Idris Jala. Motif?Baiklah murid-murid. Untuk yang rasa teringin nak berkecimpung dengan hobi semacam dengan Fendiosman ni, Mula-mula mari berkenalan dengan kapal terbang yang sedia ada. Ada pun, kapal terbang ni terbahagi kepada widebody dan narrowbody. Biasanya, untuk widebody, kalau kapal terbang penumpang tu, dia ada 2 aisle. Dan dalam dunia penerbangan pulak, call sign nye slalu ada perkataan heavy di belakang tatkala berhubung dengan menara kawalan. Err...paham tak? Kalau tak paham, main la Flight Simulator X yang Fendiosman dok main sekarang ni. Hehehe...
Haa...dalam gambar ni, sila kenalpasti manakah widebody dan mana yang narrowbody? Tapi takde la hadiah nak dikasik. Soalan simple je.Hmmm, here are some shots yang Fendiosman amek guna henset sendiri. Nak yang cantik, sesungguhnya Fendiosman takde la SLR camera macam some bloggers. Tak mampu nak wat camtu. Huahuahua. Mana tidaknye, duit abis membeli kapal terbang je kejenye.

Royal Brunei B737-200 (reg V8-UEB), ni dah takde dalam perkhidmatan. Tapi untuk pengumpul macam Fendiosman, ia sangatlah berharga.
Philippines Airlines A340-300 (reg F-OHPM)



Malaysia Airlines B777-200 (9M-MRD - Heliconia), B747-400 (reg 9M-MPD - Hibiscus, 9M-MHL), DC-10-30 (reg 9M-MAV).



Malaysia Airlines B777-200 (9M-MRD - Heliconia), B747-400 (reg 9M-MPD - Hibiscus, 9M-MHL), DC-10-30 (reg 9M-MAV).Hmmm..nampaknye takat tu je kot yang Fendiosman boleh tayangkan. Heh...hobi ni agak mahal, jadi memang menangis la nak mengeluarkan duit. Tapi, dah hobi kan...sanggup membuat apa saja.



12 comments:
Mahal xpe..hanya jauhari mengenal maniam..eh, manikam..
Model pesawat Air-Asia pon ader jual under merchandise..
Kelip2 tader jual rasanya under Firefly mementoes..
Hang beli kat mana sume ni Fendi?
aku tunggu entry hobi lagi satu tu....
tembak menembak katanya.....
jap, mengompol tu apa? lucah ke?
SHAZALI
airasia nye merchandise sale tu tak masuk dalam scale yang aku kumpulkan, 1:400 scale.
aku beli kat kedai menjual barang-barang miniatur ataupun in-flight sale tatkala terbang di awan biru.
PHACHAT
mengompol tu.....ce ko g tanye kawan2 ko yang berketurunan JAWA. mereka dapat menjelaskan dengan panjang lebar.
pasal tembak menembak tu.....hmmm nanti aku akan usulkan dalam majlis tertinggi blog. pengerusi dia aku, setiausaha pun aku, ahli tetap pun aku gak...
kalo semua korum setuju, aku naikkan la dalam blog aku ni. amacam?
fendi...kalau ke BKK, ada satu kedai kat MBK dan WTC...yang jual segala macam aircraft models macam yg ko kompol nih
hobi mcm ni mcm john travolta; nanti bila dah byk duit boleh beli kapal terpang sendiri, lepas tu parking kat belakang rumah;
haaa... gambar model trolley dolly mengikut skala x tepek ke?
macam pernah ku lihat...tapi dimana?
wow... determination... aku mampu kumpul jet fighter jek.. tu pun beli magazine.. n hehe ajak sampai sekarang jeles aku ada WW2 kamikaze yg berkipas hahahaha
Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran .....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persahabatan kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....
Ketupat diletak di atas para
Rendang diletak di bawah titi
Andai ada tersilap bahasa
Maaf dipinta menyusun jari
Adat jauh kata mengata
Adat dekat puji memuji
Andai ada tersilap kata
Maaf dipinta sepuluh jari
Sungai disusur sepanjang sehari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin dari Abang Bear
wassalam
lama bebenor tak singgah sini ..apa kobar ?
salam aidilfitri laa dulu ..
ahha ,masa kochik dulu ada gak cikgu suruh tp kawe masa tu hobi melastik burung jah haha!
Eh enche fendiosman..kena letak hobi tembak menembak tu...aku sebagai salah seorang tukang cari pelurunya nak baca! ;)
Phachat - mengompol tu maksudnya malam-malam tidoq tekucil atas tilam tak sempat pi toilet...hihihihi...tafsiran budak separuh jawa separuh perlis :P
ZYRIN
trolly dolly tu nanti ada satu posting khas untuknya...
tungguuuuuu
ADIFAIZAL
ye ke? kat mana ek? bukan ko penah keje kat dalam benda2 tu ke?
NADZATE
a'ah...sangat determination. tu anda blok tengok lain-lain koleksi kegilaan saya.
nescaya anda terpegun! muahaha
ABANG BERUANG MADU
mekaseh atas ucapan itu
ASMADI
oh lastik burung eh?
burung apa yaaa?
VOICE
hobi tembak menembak tu nanti aku akan letakkan.
kena satu-satu....sebab kalau letak sekelempap semua kang orang kata nak menunjuk plak.
hehehehe
Post a Comment