Monday, September 01, 2008

Salam Ramadhan

Hari ni Fendiosman merasakan Fendiosman mampu untuk menulis sedikit sebanyak setelah seminggu berehat seketika dari dunia blog ini. Awal kalam, Fendiosman ingin mengambil peluang yang ada untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada para pembaca sekelian. Semoga kehadiran Ramadhan pada tahun ini memberi sinar keinsafan kepada kalian semua.
Hampir dua minggu lamanya Fendiosman diselubungi kemurungan yang amat sangat. Fendiosman menjadi fobia untuk berhadapan dengan dunia siber ini gara-gara impak pembacaan di satu laman web yang menjadikan Fendiosman takut kepada bayang-bayang sendiri. Haaa...gambar di atas diambil sewaktu Fendiosman dalam keadaan yang kusut. Sila perhatikan mata Fendiosman yang bengkak gara-gara tak cukup tidur, dan sentiasa bermurah hati untuk mengalirkan air mata. Untuk Sang Hansuari, aku terlalu hargai apa yang telah dihulurkan. Sesungguhnya tiada benda yang menggembirakan aku selain mendapat rakan, or shall I say sahabat yang sangat memahami.

Untuk Dr Shah dan Abang Yazid, Fendiosman hargai masa yang diluangkan untuk mendengar rintihan hati Fendiosman yang berada dalam keadaan trauma yang amat sangat. Tidak lupa untuk Bonda Phachat (kitalah puteri harapan bangsa.....err...aku dok kat kelas Ilmu tau!), thanks also. Mungkin kau mengerti apa yang berada dalam lubuk hati ni setelah mendengar keluhan dan rintihan aku di dalam kereta tempohari.


Isk...kalau nak aku listkan kat sini, terlalu banyak nama yang perlu aku senaraikan. Makanya, for those yang tak tersenarai, Fendiosman mohon ampun la ek! Kang letak banyak nama, tak terkarang cerita lain lak. Dah jadi konsep prakata kat album artis jadinya. Haaa..ni pulak mata Fendiosman yang diambil sewaktu dah kurang trauma. Tapi, hakikatnya sisa-sisa trauma masih melekat di sudut hati Fendiosman. Ya Allah, Fendiosman bersyukur kerana telah dibukakan pintu hati yang jauh terpesong selama ini. Syukur Fendiosman ucapkan.

Ramadhan tahun ni, kali pertama Fendiosman menyambut ketibaannya tanpa Baba. Sebentar tadi waktu berbuka, Fendiosman terkenangkan arwah yang telah pergi ke alam Baqa'. Sedih. Tapi, bak kata Fahmiosman, abang kepada Fendiosman, kalau menangis air mata darah pun, waktu yang ada tak dapat diputar kembali. Terima dan redha atas apa yang telah berlaku.
Tapi terus terang Fendiosman katakan, semenjak pemergian Baba, Fendiosman tak seceria dulu. Fendiosma sekarang banyak termenung dan suka mengasingkan diri. Orang kata, just let it be, tapi berat untuk Fendiosman merungkaikan kekusutan yang ada.
Tabiat Fendiosman, suka sangat memendam perasaan. Dan oleh sebab masalah dah terlalu terpendam, Fendiosman mengalami keadaan kemurungan yang serius. Kesan, Fendiosman jadi cepat marah, Fendiosman jadi mudah tersentuh, dan macam-macam lagi tabiat pelik yang tak pernah timbul dari diri Fendiosman selama ini.
Hmm...rasanya cukup dulu kot untuk pembuka kata setelah berehat seketika. Sekali lagi, untuk yang menghantar SMS bertanyakan keadaan Fendiosman, terima kasih diucapkan. Sesungguhnya apa yang telah kalian lakukan tidak dapat Fendiosman lupakan. Dan untuk penulis laman web tersebut, besar pahala mudah-mudahan kerana menyedarkan diri Fendiosman yang lalai selama ini. Wallahua'alam.

11 comments:

JULIE said...

semoga tabahkan hati dlm menghadapi onak dan duri kehidupan ini.

swit@kon said...

tabahkan hati ye...
find a friend utk meluah rasa, jangan simpan tau..nanti pressure lagi bertambah..

take care incik TAYO!

Rush Murad said...

Alhamdulillah.......... semoga sentiasa diberi rahmat 'ketenangan' dalam hidup ini.... jangan banyak termenung, nanti jadi sakit kemurungan.... yg pergi tetap pergi, kita yg masih bernafas ini perlu terus hidup untuk mencari bekalan di akhirat kelak....

Salam Ramadhan al-mubarak!

united ARAB emirates said...

Senier..
Tabahkan hati...sabarlah
sesungguhnya sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya...Insya Allah..

Take care senier!!!

Salam Ramadhan al-Mubarak

adifaizal said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH...
bila nak buka sesama ni... aku teringin nak makan laksa utara hang

orangrawa said...

selamat berposa fendiosman...sabar dan tabahkan diri!!

Adi Osman said...

AKAK POK PEK, SWITAKON, UNITED ARAB EMIRATES, ORANG RAWA

mekaseh atas ucapan tu. appreciate that very much


BANG SHIDI

very true indeed. abang bila nak turun kelumpo ni?


ADIFAIZAL

nak makan laksa ka? hmmm...nanti aku tuntut ilmu ngan mak aku dulu ok! laksa tu aku tau buat tapi nak kompemkan ramuan je ngan dia.

phachat said...

Ko kelas eye ye???

Junior Belina Thiagarajahkah???

BTW, ko rumah apa???

*dem, kecuq ayaq liur dengar hang nk masak laksa....

Rush Murad said...

wahh.... macam2 plan hujung minggu ni kan? errrmm... tak dapek nak join uol kat kolumpo, lagi pun si Dia tak beri restu... sesekali kena dengar juga nasihat dan 'perintah' orang rumah... kannnn??? *matilaaaa kalau maam besor baca nih...

Anonymous said...

Salam Ramadhan

shazali said...

encik TAYO, jangan nanges lagi k...

keep writing!