Hari ni Alhamdulillah masuk hari ke 8 umat Islam di Malaysia berpuasa. Dan...hari ni kad perakam waktu aku nyaris-nyaris merah. Hari Jumaat lepas, sah merah. Kenapa ek?
Jangan kata aku bangun lewat! Aku keluar dari rumah waktu normal, waktu yang sama aku keluar pada waktu bulan-bulan tak puasa. In fact, kejap tadi aku keluar lebih awal dari waktu sepatutnya aku keluar. Isk...jem teruk jalan. Start dari plaza tol Sungai Ramal tu, sampailah ke Parcel E ni, kenderaan bergerak macam kura-kura, macam puasa tu mengganggu aktiviti pemanduan. Waktu puasa memang semua berlaku dengan slow ke ha?
Yang cukup menarik hati aku, kalau kerja gomen ni ada waktu kerja anjal, masuk 7.30, 8.00 dan 8.30 pagi. Bulan tak puasa, 8.30 tu ramai la yang masuk, alasan rumah jauh, jalan jem, hantar anak, itu ini begitu begini, dan segala macam alasan lagi yang diberikan sebab masuk 8.30 pagi. Tapi yang peliknya bila puasa, rumah yang jauh tu serta-merta macam dekat, anak macam tak pergi sekolah, boleh pulak tukar masuk pukul 7.30. Aneh! Apa pun, tu semua hak masing-masing. Aku yang takde komitmen ni mungkin kurang faham....
Jangan kata aku bangun lewat! Aku keluar dari rumah waktu normal, waktu yang sama aku keluar pada waktu bulan-bulan tak puasa. In fact, kejap tadi aku keluar lebih awal dari waktu sepatutnya aku keluar. Isk...jem teruk jalan. Start dari plaza tol Sungai Ramal tu, sampailah ke Parcel E ni, kenderaan bergerak macam kura-kura, macam puasa tu mengganggu aktiviti pemanduan. Waktu puasa memang semua berlaku dengan slow ke ha?
Yang cukup menarik hati aku, kalau kerja gomen ni ada waktu kerja anjal, masuk 7.30, 8.00 dan 8.30 pagi. Bulan tak puasa, 8.30 tu ramai la yang masuk, alasan rumah jauh, jalan jem, hantar anak, itu ini begitu begini, dan segala macam alasan lagi yang diberikan sebab masuk 8.30 pagi. Tapi yang peliknya bila puasa, rumah yang jauh tu serta-merta macam dekat, anak macam tak pergi sekolah, boleh pulak tukar masuk pukul 7.30. Aneh! Apa pun, tu semua hak masing-masing. Aku yang takde komitmen ni mungkin kurang faham....Tapi sefaham aku, balik awal nak menyediakan juadah untuk keluarga. MENYEDIAKAN, diulangi MENYEDIAKAN. Bukan PERGI PASAR RAMADHAN BELI LAUK TUNJUK UNTUK KELUARGA. Yang aku tengok, balik awal tapi perginya ke PASAR RAMADHAN beli lauk tunjuk. Untung la peniaga-peniaga sekelian. Isk..kalau aku la kan, ditakdirkan aku kahwin nanti, seboleh-bolehnya aku nak isteri aku memasak kat rumah. PASAR RAMADHAN? Untuk barang-barang tertentu je, and let me do the shopping.
Aku berkata berdasarkan pengalaman aku tengok Mama mengurus keluarga. Dia cikgu. Mengajar sekolah petang, yang sefaham aku kalau sekolah petang ni pukul 6 baru la nak bergerak balik. Tapi sampai je kat umah, terus dia memasak, walaupun sesimple lauk yang mungkin. Walaupun hanya sambal tauhu, tapi Mama tetap memasak. Kenapa memasak? Heh...hanya Johari yang mengenal Maniam. Memasak tu akan wujudkan personal touch dan boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Sebabnya, kalau tak sedap, boleh kata tak sedap, supaya lain kali dapat diperbaiki mutu masakan. Bukan bila kena tegur terus sentap tak mau masak.
Bila aku beri pendapat macam ni, ada yang akan kata, TUNTUTAN KERJA, BALIK LAMBAT. Eh eh....helooo, waktu kerja pukul 8-5, balik rumah koman2 dalam pukul 6.30 sampai, masak nasik 30 minit, sambil masak nasik tu boleh masak 1-2 lauk, buat kuih sejenis (kalau hangpa terrer la). Since aku mampu untuk buat, aku rasa cabaran la untuk wanita-wanita yang ada. Pendapat ikhlas aku, memasak tu tak semestinya kena siap lauk yang grand. Asalkan ada personal touch, it is more than enough. Tak gitu...? Anyway, since dah duduk sorang ni, tak perlu la nak lauk satu dua jenis, pergi la ke PASAR membeli juadah. Tapi kalau ada special request, i.e orang nak mai serbu rumah, Insya Allah aku akan peruntukkan masa untuk tujuan memasak.Hmm..udah le kot, omelan untuk hari yang berkat ni, Insya Allah. Sapa terasa, mintak hampun la noh. Sapa makan cili, dia la rasa pedas, sapa pegang babi, dia la kena samak! Jeng jeng jeng.......
29 comments:
CIK PENDI, CIK PENDI!!!!
saya masak! malah, sy tak suke pasar ramadhan!
*percaya tak? wahahaha...
saya masak!!! betul tak tipu punyer.... hehehe
PHACHAT
jap...nanti aku mohon petunjuk dalam semayang istikharah untuk percayakan dakwaan anda itu...
boleh?
hari ni FENDIOSMAN nak ke PARAM PKNS BANGI, rasa cam nak membeli BUAH MELAKA kat PIZZAPAH
HANIE
bagi aku sedikit masa untuk percaya. hahahhahaa
sabar eh
mak masak masa wiken je...saya tolong2. weekdays g param. kena g awal kalau tak jem and tak sempat buka kat umah plak :D
Fendi, for the time being, hang elakkan la masuk putrajaya ikut laluan utama...ade jalan lain nk masuk putrajaya dari Bangi tuh, cuma sedikit jauh with few lampu isyarat tapi jalan lancar. kalo ikut main road, aku rasa yg WP2/WP3pi tukaq sat WP1 pun bley menyesal sebab jem..takde maknanya!
Aku nk quote posting hang tang "Isk..kalau aku la kan, ditakdirkan aku kahwin nanti, seboleh-bolehnya aku nak isteri aku memasak kat rumah" ----> apa punya turr?? any good news for us? after raya, I guess? hehehe...serkap jarang sajork..
walaupun aku hari2 ke PaRam, aku tetap masak juga kat rumah....masak air..huhuhu..
Huhuhu..kat umah, kalo posa ke tak posa ke, aku laa chef di rumah..diakui bini aku taklah berapa reti memasak, tapi sekadar makan berdua, sentiasa lauk pauk yang dimasak tidak dapat dihabiskan..so,last-last aku buat keputusan, beli sajork laa..
Tup-tup sekarang nie tiba-tiba plak bini aku rajin nak memasak utk sahur..dah beberapa kali jugak laa dia sediakan juadah bersahur, mi goreng, nasi goreng, lauk kari ayam..walaupun ada sedikit kurang rasa, tapi disebabkan keikhlasan hatinya memasak, lauk tu jadi sedap plak..
SWIT@KON
waaaa.....terasa ke dek non?
takpe, sekadar pendapat fendiosman je.
SHAZALI
takde maknanye guna jalan depan ke belakang ke, bila dah sampai kat parcel e ni, nak masuk je pun dah amek masa 15 minit. guna jalan amalanda pun sama, guna jalan depan pun sama....
WADI
untung la dapat bini camtuh. at least dia mencuba, dan ada ruang untuk improvement. dan....aku rasa ikatan kasih sayang tu lagi kuat kalau ada masak2 camtu. tak gitu?
Hmm.. Kesian hang kena ikut jalan tu.. Aku cadangkan ko ikut sg merab sebab tak jem.. Aku keluar rumah pd 8.00 am pun sempat smpai ke parcel D dan mengepunch jam 8.28am (Ini termasuk tolak kereta orang untuk masuk petak parking sendiri tau.. huhu)
ps: Saya setuju dengan pendapat encik fendi masak dgn personal touch itewww.. Hatta telur masak kicap pun sedap bila buat sendiri tau!
Saya pun masak jugak. Masak air untuk bancuh milo masa sahur. Hari2 biasa pun malas masak inikan pulak masa bulan puasa ni. Hari-hari asyik singgah pasar ramadhan aje confirm dekat raya nanti makin montel ajer...
Salam ziarah fendi...
huhuhu..ntah la normalla tu bg org yg bekerja lg mudah pergi beli di PARAM jer...tp kalo free masak gk...yelah nak harapkn PARAM tk suemr yg menepati citarasa...
SHEERA
tak dapat gak kalu guna sungai merab tu, pasal aku dok kajang, bukannye bangi. dari tol sungai ramal tu dah jem, memang aku tak dapat elak dari melalui jalan tu! huhuhu....kesian kat warga kajang cam aku ni.
DR SHAH
tapi kan ke dr shah ada housemate yang saaaaaangat sedap masakannya. ke dia pun masak air untuk bancuh milo gak?
WAHIDAH
pada anda mungkin normal, pada saya memang tak normal......
macam wanita tak menjalankan fungsinya. no gender bias here...kalau tak salah, wanita demand nak itu ini itu ini dari kerajaan, just a matter of memasak di rumah, tu pun jadi masalah ke?
dah ada kriteria2 utk calon isteri.... so sapa2 yg nak minang, kena pastikan setiap hari bulan Ramadhan kena masak utk En Fendi... tapikan kena tengok jugak lah banyak sudut.... kita kerja, isteri kerja... isteri pun tahu penat jugak, dah kalau tempat kerja isteri jauh, mana nak redah jalan yg sesak, mana stress kat tempat kerja etc.... kena faham dan tolak ansur. Your mom mengajar sebelah petang, waktu pagi sebelum pi sekolah dia dah siap2 bahan utk masak petangnya... (wahh... macam aku tau jer, macam aku ni pun anak dia gak...hahahahaha)
for me, if isteri tu rajin dan ada masa nak masak, im ok.... especially weekend... if tak sempat... makan sama2 kat luar pun tak per, hari2 leh candle lite...*oppssss pjg plak komen nih :O
BANG SHIDI
mak adi dulu waktu pagi dia tak masak apa pun, tak buat preparation apa pun pasal dia buat kue tat untuk dijual. memang dia sampai umah kul 6.30 tu baru dia mula memasak.
tapi sebagai anak.....atau sebagai suami, kena la ada inisiatif nak menolong. anak, kalau dah besaq sikit dah buleh suruh masak nasik.
i started to cook rice manually when i was 7. manually, basuh beras, letak atas dapur gas...bukan guna periuk karan ok!
to makan luar, sumtimes ok la...nak nak dengan keadaan kewangan yang tak berapa nak mengijinkan masa skang ni!
... kalau orangnya seperti saya yang sampai rumah sempat dengar azan dari dalam kereta... kena masak juga ke?
makanan yg dah siap kat Miri ni mahal, especially kat PARAM, melampau2.. lebih mahal dari JB... dah tu kurengggggg rasanya.... lebih jimat masak 'kecik2' n simple2 kat rumah... lagipun tinggal berdua dgn hansuari jerrr...
Aku setuju ngan ko. Aku memang masak at least 2 lauk dan sejenis kuih yang simple. Biasa aku buat hujung minggu dan frozenkan saja 2 3 kuih. Contoh.. tengah uli keledek rebus ngan tepung tu kan.. aku boleh buat 4 jenis kuih tau.. keria, cek mek molek, cucur badak ngan kih ala yang luar bijan tu...goreng separuh masak pastu masuk peti ais.. dah ada kuih untuk 4 hari enkauuuuu..
Lebih murah, lebih terjamin rasa dan lebih nampak aku ni isteri adn ibu mithali gitu ehehe...
Practice makes perfect. Bila dah setiap hari masak.. main campak2 jer pun jadi makanan..dah jadi kebiasaan mudah. 1/2 jam pun cukup.
saya pun suka memasak nih...cuma lately tak berkesempatan..haha...
sapa pegang babi mesti rasa jijik kan sebab babi kan haram.....
ZYRIN
pasal tu kena amek WP1. Sharp pukul 4.30 kena blah dari opis. SUB pun buat macam tu per!!!
BANG SHIDI
itu yang memang adi cuba maksudkan. most of the hawkers bulan puasa ni adalah newbies with no experience. jadi.....hanya berdoa kepada tuhan supaya masakan depa sedap.
ANGAH
betul apa yang ko cakap. macam abang aku pun wat camtu gak. frozenkan apa2 yang perlu.
AXIM
waaaaa...ni musti pandai masak ni. nak ghase bleh?
Bergantung jugak. Dan flexible. Ada jugak masa2 teringin nak makan lauk tunjuk ...
hmpfh. kalau WP1 tapi nak kuar dari parcel ambik masa 45 minit, nak sampai umahnya berjam gak lamanya, tak de maknanya aku balik WP1.
... ini boleh dijadikan alasan nak letak dalam borang pertukaran, tak? ahahahahahaha...
HAMBALI
kadang kadang tu tak jadi masalah. ye la...bak kata orang, hari hari makan nasik, nak jugak merasa makan potato. tak gitu?
tapi...kalau dah hari2 menunjuk je kejenye, macam tak menjalankan fungsi wanita sepenuhnye je.
time nak bersalin nak menyusu semua nak mintak cuti panjang2....supaya boleh menjaga anak. time suruh masak yang setengah jam tu terus mengeluh.
betoi ka dak dakwaan cek ni?
ZYRIN
kalau keluar sharp 4.30, takkan timbul masalah 45 minit nak keluar dari pejabat.
yang jadi masalah, bila 4.30 dah balik, tapi tak reti2 nak keluar opis.
Memasak ?? benda yang capital letter tu la alasan aku tak memasak lagi Fendi...sebab time constraint..tapi hujung minggu boleh lah layan untuk masak.. tetapi hujung minggu pulak banyak buka puasa kat luar, kat rumah orang,kat function......mmmmmmmmm so bulan puasa ni.. TAK MEMASAK ..satu lagi yang pandai memasak tu pun sesetangah benda ajer.. ha ha..yang kompleks kompleks...minta ampun laaaa.. he he he
wah wah wah... glamer kau skrg ye...? kenmain byk komen kau. M*k (Aku) baru jumpe okay blog kau. tak perasan pulak ada link dlm blog friendster aku kekdahnye. N*k, (eh,boleh guna ke perkataan ni dlm blog kau? Fendi....berdosa ok ckp babi di bulan ramadhan. wakakakaka!!!!
DOKTER SYUKUR
hehehhe.....
paham keadaan dokter. tapi kan, kalau selebriti macam dokter takpe la, ada banyak undangan buka posa. kalau tak glamer macam FENDIOSMAN ni cmane lak? nak tak nak memang kena masak. last wiken tu kira bersyukur la dokter shah panggey buka posa kat umah dia. kalau tak....memang melangok kat umah sendirik la jawabnye.
WYNN YASSER
nok...
takpe, boleh menggunakan perkataan nok tu di sini memandangkan kita memang sudah menggunakan perkataan itu sejak jaman dulu kala lagi.
jaman kau berlakon 136 lagi...kannn?
errr....baru jumpa ye blog mek?
hmmm....sebut siput babi dosa tak?
gila babi ke? barbiturate ke? (barbiturate ni ubat sakit jiwa rasanya)
nok...usah kau kenang Force 136 ituh. Sbb, mek sedang syahdu terkenang arwah Gafour dari pagi td.
Nok... len kali sebutla Barbie Mariposa ke... Barbeque ke... atau Babylon ke... i laike...
Abis, makan 'Barbie' kat Beijing sape nak jawab? huhuhu...
betullah kata kau nok.. mak ni walaupun tak pandai masak, tapi tekak mak pandai.. kat param tu haram jedah je lauknye.. bukan sedap.. mak pun kalau teringin nak makan kuih2 ke, air2 tebu ke.. mak beli yg mmmg dr gerai yang bukak selalu even bukan bulan ramadhan pun.. sebab mmmg sah sedap.. yg berniaga kat param tu kadang2 byk part timer.. masak ala kadar nak huntung lebih ajers..
Jangan Marah2..
sabar di bulan mulia..
tue lagi afdal :)
WYNN
Makan barbie di beijing tu cerita lain. Bukan mek occay...orang lain!
Mek kan ala2 innocent je. Almaklumlah baru saje bergelar kabaret. Kira macam awal kemunculan siti gitu!
MARSHA
Nok.....betul cakap ko tu. Better beli kat gerai yang regular. Dah tentu takde keraguan dari segi rasa makanan. Kan?
RAZ
ye, sabar la ni. Tapi kesabaran tu ada tahapnya.
sib baik saya x keje gomen
:D
hehehehe
Post a Comment