Kisah hari ni adalah mengenai orang yang rasa dia pandai tapi sebenarnya tak la berapa pandai. Nak kata tak pandai, ada degree yang susah, siap jadi Timbalan (mind me, this is not Timbalan yang aku terlibat dalam Majlis Perkahwinannya dulu). Mustahil la orang tak pandai dapat pegang jawatan tinggi. Dia rasa dia pandai, tapi ada la sedikit ketidakpandaiannya itu gara-gara memandang rendah kepada orang yang disangkanya tak berapa pandai tapi lebih pandai dari dia. (Heip...korang paham tak ayat kelam kabut aku ni?)
Nak dijadikan cerita, aku dan rakan-rakanku di Bahagian yang tercinta ni telah diangkat menjadi ahli jawatankuasa penginapan dan makanan untuk satu conference yang diadakan pada bulan puasa, which is next week dijangka berlangsungnya. Bab diangkat menjadi jawatankuasa tu tak kisah la kan, sebab dalam senarai tugas yang dibekalkan, klausa terakhir "LAIN LAIN TUGAS YANG DIARAHKAN DARI MASA KE MASA" akan tergunapakai. (Tapi tidakla menjadi pak pacak waktu kenduri kawin anak....tu kira a BIG NO NO la kan).Yang menjadi masalahnya, orang yang rasa dirinya pandai ni mula la mengatur itu ini untuk buat conference merangkap acara melobi negara-negara asia pasifik untuk mengundi. Bajet takde, pastu nak buat kat tempat grand, nak demand dilayan bagaikan raja. Dalam mesyuarat selama yang diadakan ni, aku memang bertindak ganas. Bak kata seorang Pegawai Tak Berapa Tinggi yang hadir,
"GARANG SANGAT KAMU NI"
Yes, I admit I am very fierce. Tapi garang tu biar la bertempat. Kononnya menyahut hasrat kerajaan untuk mengamalkan dasar perbelanjaan berhemah. Tapi tetap jugak nak sponsor negara-negara tu datang ke conference ni. Hmm..ayat garang tu seterusnya disambung;"TAPI BAGUS JUGAK GARANG NI, SEBAB BIAR SELESAI AWAL-AWAL, SEKURANGNYA NANTI WAKTU HARI JADI BETUL-BETUL TAKDE LA ORANG TUNJUK SANA TUNJUK SINI"
Kisahnya acara ni telah displitkan kepada dua. Satu acara melobi, satu acara conference. Dan telah dipersetujui bil akan dipecahkan kepada dua. Bil lobi, dan bil conference. Sudahnya dalam riuh rendah menyelesaikan tu, tetibe je ada pulak orang yang rasa pandai ni call aku, suruh menurunkan tandatangan untuk letter of undertaking dengan hotel.
Waaaaaaaaaaaaaahhhh...banyak cantik! Orang rasa pandai ni kononnya ada duit juta-juta untuk lobi. Tapi allocation untuk local event, nan ado. Kalau ado pun ciput saja. Buat calit taik gigi katanya. Request semua benda grand, tapi nak bayar? Ado duit? Nan ado....
Teringat aku dalam satu journal medical MMA, ada satu orang yang rasa dia pandai sebab degree dia hebat ni dok kutuk kami yang buat management ni. Haaaaa...ni aku nak pulangkan paku buah keras. Aku respect sebab depa dianugerahkan kebijaksanaan, tapi dengan kebijaksanaan yang ada tu, tolong la amek masa sedikit untuk berfikir. Orang yang takde degree macam hangpa tu kira tak pandai ka?
Excuse me kalau ada sesiapa yang terasa. My fellow friends yang tergolong dalam orang yang pandai ni, aku bukan tujukan benda ni kat semua. Tapi some of you memang ada perasaan arrogant ni. Sebab arrogant tu la timbul hasrat nak mintak gaji tinggi la, itu la ini la. Ish..aku pun tak paham apa lagi yang tak cukup.
Udah la kot. Pesan aku, kalau rasa diri tu pandai, buat sendiri la semua. Tak perlu lagi orang management ni tolong buatkan. After all, kenapa still terhegeh-hegeh panggil orang management ni buatkan? Ingat, orang yang kita rasa tak pandai tu kadang-kadang lebih pandai dari kita. Orang yang kita sangka lemah tu, kadang-kadang lebih kuat dari kita.
Ehmm...untuk orang yang rasa degree dia advance tu, kami yang degree tak advance ni pun ada jugak kertas yang nama degree tu. Cumanya nama degree tu je berbeza. Kalau korang ada MBBS, ataupun MD, kami ni ada jugak BA, BSc. Biar sehebat mana pun kelulusan yang ada, tapi kalau suka memandang rendah kat orang, elok la campak saja degree tu dalam tong sampah. Tak pun bagi je kat budak tadika. Wallahua'alam.
19 comments:
Wah... marah betul ni PENDI!!!
Biasalah idup kite ni, pendam rasa...
Segala mende salah....
Degree pon kodi je...
Walhal nk bercakap terangkn prosedur dkt public pon gagap/tak jelas...
Lum kira yg salah diagnose, kasik ubat....
Semua kita ade kelemahan, tapi KEARROGANTAN tersebut sangatlah tak elok...
Kata Dato' Fedd Kamsah, cara nk kekalkan kerendahan hati, adalah dgn slalu basuh toilet sendiri. Serius!! Bukan main2 ni... Ko rasa toilet umah depa maid ke depa sendrek melutut menggonyoh lantai???
Pssstt... toilet umah ko bersih?
PHACHAT
aku jawab soalan terakhir kau tu dulu. Ye toilet umah aku memang aku jaga sangat! Aku akan pastikan takde kerak2 yang berkarat tu. Kalau ada, aku sendirik pun geli nak duduk. Muahahahaha
Soalan kedua terakhir, ye aku memang menjadi ala2 Cinderella menggosok lantai kalau dalam bilik air. Geli ah kalo bilik air kotor. Ewww.....
Pasal pendam rasa tu, aku rasa kata kata memendam tu tak boleh ada dalam kamus hidup aku lagi dah. Sebab memendam tu la aku jadi weng for the past few weeks....
Aku takmo hidup camtu lagi dah!
encik tariq kita tgh marah2 lagi....laaarrriiiikkk !!!!
ahahhhhhh ....
merasa laa itu org bijak pandai lagi bijaksana ...
-batuk, batuk-
aikkk... macam kenal jer dialog2 tuh.
aku ada satu lagi dialog untuk ko, yang membuatkan aku dengan 'ketua pengawas' tadi terduduk sekejap.
"mereka kat lokasi x ni tak ada pengalaman kendali kejadian terkejut2 ni. tugas mereka untuk kuarantin aja..."
-blink, blink-
dahnya begitu pulak ceritanya... kalau begitu baik tak payah ada penempatan kat situ. nanti sahih lah orang yang keje kat situ hilang skill dia. terpaksa retrain semula. hmm.
SHAZALI
Memang tengah marah! Nak rasa kena libas gak mai la ke Parcel E. Libas 501 aku bagi kat hang.
Ni aku dok tunggu huru hara apa pulak nak berlangsung minggu depan. Huru hara kalu, aku huru harakan depa balik!
LILY
Dia tu rasa saja dia pandai. Kami yang tak pandai ni dah bagi pendapat. Sebab terlebih pandai sangat la dia nak cari pak sanggup signkan surat undertaking dengan hotel. Sebab kalau dia tak bayar, orang hotel tak cari dia. Sudahnya, haaaaa...sapa yang kena? Akuuuuuu jugak.
ZYRIN
Kalau tak reti nak handle situation, masuk balik medical school, belajar sampai pandai.
Ehh...bukan dah pandai ke? Kalau tak pandai depa tak jadi kerja yang tu, they will end up in management side like us! Rite?
Management side are meant for orang tak pandai macam kita ni. Tak caya baca journal dalam MMA punya website. Ada tertulis semua tu.....
mmmmmm... marahnya kau Pendi.... relax bulan bulan puasa banyakkan bersabar... tinggi pahala puasa..
aku xnak Libas, aper laaa...kasi la aku LIBAIS 501..
kalo depa buat pelik2, hang mengamuk jer kat hotel tu, selamba sajork...ala2 mengamuk kat stage teater (dulu Ajai terer buat nih...Bung Kancil xyah polish!). Kasi lakonan "feel in character" baik punya orait?...kalo xde piala, nnt aku kasi la sijil..
laaarrriikkkkk lagi lajuuuuuu...TariQ mengamuk....JEBAT MENGAMUKKKKKK!!!!
Nok, mek pon ade experience dgn org yg verangans pandai ni. Yela, mmgla pandai... kalau tak,takkanla hobat org sakit...ye tak? Tp, mek rasekan nyeh, org2 'pandai' ni mmg begitu-beginilah. sama je kesombongan/keberlagakkan/ kekekwatannye (oops mek lagik kekwat okeh...). Laki mak ckp, bodoh sombong. Dia taktau BA tu ape kebenda. Tak ke bangang? Belajar tingi, bodohnye bertingkat. Kalau ingin tahu kisahnye, rajin2 le menyelak archive atau labels mak. Huhuhu...
DOKTER SYUKUR
no offense aaa...benda ni tak ditujukan kat dokter. dan harapnye dokter bukanlah golongan yang seperti Fendiosman maksudkan tu. After all, kami yang lain ni tak mintak apa pun, just mintak tolong pandang kami ni dengan adil. We are just human being.
SHAZALI
aku takde terlibat dengan teater, so takde kaitan la ngan ajai ke bung kancil ke. hampun la ek....
yang aku tau aku menari, dan dalam dunia tarian ni pun kena feel. boleh ada feel marah, feel gembira dan macam2 feel lain lagi. kau salah alamat aaa....alamat untuk teater kat wynnyasser kat bawah ni ha...
WYNN KEKWAT
mek tau uols kekwat, mek pun kekwat jugek. tapi dulu memang mek tak kekwat sebab mek kan artis ala2 alim gitu. ahahhahha
hmmm...sebab tu lain kali buat macam mek ni, sebelum gi jumpa depa kalau mek sakit, mek baca dulu sikit2 untuk pengetahuan. so...bila dia terangkan tu boleh la tanya itu ini gitu gini. dan takde la depa pandang kita ni macam makcik / pakcik yang datang dari kampung jejauh tu.
wah, promote blog mek ke nyeh..? Wis nowinglah sape tu... Eh, mek ade buka pose dgn Alumni KTR mlm ni. Dgrnye ajai datang. Mek sungguh tak sabar hokeh... Nok...kau penari alim? Wakakakaka... Pecah perot mek nyeh... Okla tu... Mariani pelakon alim. Uhuks!
isk....
wis nowing la pulak. rasanya beliau ini adalah seorang pelajar Ko-K bung kancil kot. Kalau tak cmane la dia nak kenal kedua-dua mereka itu.
wah....ada buka posa la pulak. meriahnye korang. mat pet datang tak?
opsssssssssssssss....
Fierce.. it a must dahling..
xoxo
Tyre not Tyra
AREP
Ya...
op kos it is a must. otherwise the others will step on us.
wei fendi....ramadhan ni kan bulan kesabaran..sabar..
biasa lah tu...orang bila dah rasa diri dia lebih dari orang lain mula la nak demand macam mcam..hakikatnya kita semua ni sama jer kan..tetap makhluk jugak...
tapi bagus jugak ko wat entri nih..at least boleh membuat mereka yang sebegini berfikir...
wallahualam..
hahahaha... journal entri MMA yang telah diedarkan kepada kami yang kononnya semasa di sekolah dapat markah C average jer tuh?
hahahahahahaha...
macam hang kata lah TAYO, bukan ditujukan pada semua. yang elok tu elok bebenor. yang tak elok tu... haihhhhh... memang membuatkan aku malas nak menolong sesama insan.
apa2 pun... kita tengok la apa episode seterusnya dalam drama ni. pasal kegarangan tuh... adatlah, kan? memang orang yang kerja seopis ngan hang kebanyakkannya ada tendency nak menyinga... lalalalala~
AXIM
Batu lama-lama kena air pecah. Hati orang, lama sangat pendam lama2 mendidih oooo...
Belajar haba pendam pelakuran tak?
eh...apa aku cakap ni? hahahaha
Err...memang entry ni bertujuan nak membuka mata. Nasib baik la kawan2 dokter aku yang ada tak kekwat macam depa yang aku jumpa kat HQ. Kalau tak.....kompem la kena carut ngan aku.
ZYRIN
Aku setuju, yang elok tu saaaaangat la elok. Pijak semut pun tak mati. Tapi yang tak elok ni la yang menyepoilkan keadaan.
Ala sapa la kita ni nak kata apa2, markah pun average C je. Mana leh lawan ngan orang dapat A. Tak gitu?
emo kah??? Pandai dalam satu bab, belum tentu pandai dalam bab lain. berjaya ada degree belum tentu berjaya dalam hidup dunia akhirat.... kan? merendah diri lebih baik, ikut resam padi..... jangan ikut resam monyet... hikssss...
BANG SHIDI
emo la sikit!
errr...resmi monyet tu cmane ek?
Post a Comment