Monday, September 22, 2008

Rezeki Ramadhan

Haaa...hari ni hari pertama Fendiosman masuk ke pejabat selepas 3 hari berkampung di Kelelumpo. 3 hari keluar, macam- macam yang ada atas meja. Ada slip gaji, ada memo dalaman, ada kad raya, ada fail timbul (apakah? float file katanya), ada sampul kecil, dan...ada sampul surat bercop, bertutup rapi (apakah? kad kawin kah?)

Benda pertama Fendiosman bukak adalah slip gaji (bukan sebab nak tengok duit, tapi sebab benda tu yang ada kat atas sekali). Suspens jugak. Ye la kan, bulan ni katanya dapat bonus. Syukur. Tapi yang jadi persoalan bonus tu dibayar atas gaji hakiki 41 ataupun dibayar termasuk dengan elaun memangku? Ada kawan2 yang kata bayar ikut hakiki 41, ada yang kata bayar termasuk mangku. Jadinya, bila dah tengok angka tu, Fendiosman tersenyum kambing sensorang. Ye la kan, waktu PakLah umumkan bonus tu, dah terbayang nak buat apa dengan duit tu. Sikit untuk tayar kereta, sikit lagi untuk cat bumper kereta yang scratch.

Bila terpandang je angka yang mendamaikan tu, nampaknya boleh la kot melaksanakan hajat di hati. Errr...peruntukan duit raya tahun ni dikecikkan sedikit. Aku bajet tak ramai orang datang umah nanti raya sebab Baba dah takdak. Syukur Fendiosman panjatkan atas rejeki yang diberikan oleh Allah S.W.T. Boleh la jugak Fendiosman taruh sikit duit tu untuk PROJEK pada tahun hadapan. Projek apa tatau? Kawin kah? Apakah? Kita tunggu dan lihat saja. Hiks...

Benda kedua yang Fendiosman bukak adalah sampul surat bertutup rapi. Rasanya dah tau surat apa, tapi sebab nak mengesahkan lagi apa yang telah dicanangkan dalam posting sebelum ni, makanya kena la jugak bukak untuk tau isi kandungannya supaya boleh dihantar ke cawangan personel untuk diuruskan gaji baru pada tangga gaji yang sepatutnya.


Untuk orang2 yang tak keje ngan gomen, haaa...cenggini lah rupanya surat naik pangkat. Untuk naik pangkat ni ada Lembaga Kenaikan Pangkat. Dan lembaga ni yang memperakukan kenaikan pangkat seseorang penjawat awam. Errr...untuk orang gomen, macam Fendiosman cakap sebelum ni, kenaikan pangkat tu bukan hak, tapi keistimewaan dan ganjaran yang diberikan dalam Perkhidmatan Awam ni. Jadinya, sangatlah bersyukur bila tengok surat ni berada depan mata. Tarikh kuatkuasa mulai 14 Februari 2008. Hmmm takde bayaran backdate sebab memang dah Fendiosman menggunapakai elaun memangku gred 44 sebelum ni.

Hmm....dengar cerita ujung tahun ni kalau ada rejeki yang lebih, dapat naik 3 balak. 3 balak? Apakah? Kalau di dunia penerbangan ni, tech crew akan pakai balak atas bahu. Cabin crew akan pakai balak kat nametag. Haaa...tengok la balak2 yang ada tu. 3 balak, hmmmmm sounds like senior level. To be precise, Chief katanya. Tapi..bila aku dok buat keje mintak maklumbalas tadi, terbaca satu petikan yang menyatakan untuk naik pangkat ni kena pergi PAC untuk kesekian kalinya. Aiyooooooooooooo...matila nak mengulang PAC bernombor besar itu. Hopefully, takde la kena bubuh nombor macam mula2 nak jadi kadet dulu. Apa pun, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan ni. Amin.

Ehmmm....minggu ni rasa dah jadi swinging mood lak. Minggu depan dah nak mula cuti. Yeayyyy....in fact ari Kamis ni aku dah start. Tapi tetap la jugak balik ari Sabtu sebab kena tunggu Sang Jerung di Universiti Pertahanan tu bercuti dulu. Huhuhu...makanya 2 hari yang ada akan aku manfaatkan dengan aktiviti pembongkangan di atas katil. Hiks...

16 comments:

phachat said...

tahniah en PENDI!!!

Nak PAC lagikah? apalah nasib kita ni, asek menjadi Bab* Guinea sahaja... dekat surat tuh suruh pergi PACkah? Sekiranya gagal, adakah surat itew ditarik balik seperti mak minah merampas laki mak bedah?

*aku yg agak biol arini....

Zuer said...

salam, syukur...alhamdullilah...dapat naik m 44

Rush Murad said...

boleh mintak belanja tak? nanti abang sampai KL pagi Sabtu, boleh ler pi minum2.... opsssss...puasakah?

swit@kon said...

tahniah encik TAYO. bila mau bukak meja di kotak ijo??? hehehehe

X-weatherman said...

Saudari Phachat,
Saya setuju benor dengan cadangan PAC tuh, sebab time nie bole jumpa kawan-kawan disamping tidak hanya mereput di opis..buat PAC 6 bulan pun takpe..makan gaji buta..muhahaha..

Fendiosman,
Tahniah...aku pun mendapat slip gaji semalam. walaupun tahu lepas raya mesti kais pagi makan pagi lagi tapi bibirku tetap tersenyum.

Weh Phachat, mung nok balik rayer maner taung ning??
(sorry terkeluar bahasa ibunda)

Dina said...

laaa....bongkang kaa ? Awat tak pi bershopping2 ?

Adi Osman said...

PHACHAT

nak wat cmane nasib kita jadi babi guinea. terima je la....

orang suruh pegi, aku peeeegi. orang buat pac.....aku buuuuat.

kan ke konsep SAYA YANG MENURUT PERINTAH namanya. Kau ingkar perintah? Haaaa....nanti dapat surat pertuduhan.


ZUER

syukur sangat2....
alhamdulillah atas rejeki yang dikurniakan.


BANG SHIDI

orang alek kedah on that very particular morning. datang awal sikit la!! orang nak jumpa abang shidi.


SWIT@KON

kotak ijo ek? kena tunggu incik khai la dulu.

tapikan...kalo Fendiosman buka meja kat mesjid nak pegi tak?


SALWADI

aku juge ingin mengucapkan tahniah kepada diri mung....

kais pagi?
silalah mengais.

aku dah biasa berkais2 ni. hiks...


DINA

i have nothing to shop. semua macam dah settle je...

kereta tu la kena mekapkan, tayar kena tukarkan...

A.Y.U.N.I.E said...

congrate bro..
muahahaaa..
rezeki yang diterima alhamdulillah..
lau kena kais tue, aku pun pernah gak..
biasa ler..hidup nie cam roda..

pasal PAC, aku setuju ngan ko..
kiter kena pakai konsep SYMP..
lau cenggini gamaknya, mamat bongok tue perlu dikeluarkan dari tempat iteww agar kiter semua nampak pelangi..

em, ko dah namapak pelangi ker tariq?

Wynn Syarina Khalid said...

Tahniahla nyehhhh...
Mek ni, bilekah 44?
Takde maknenye selagi dok kat sini kan? kan? kan?

@xiM said...

wahahaha..

siapakah sang jerung itu..kakaka

Adi Osman said...

WYNN DEWI SEGALA DEWI KEKWAT

mekaseh bebanyak, ala kalo mek menten keje kat ukm tu mek pun tak naik 44 lagi noks....

dok kat PUSKEB tu......rasanya lagi doploh tahun baru ko boleh naik 44..


AXIM

siapa jerung? seperais....
saje taruk speku untuk semua orang...

amacam?

shazali said...

congratulations coz dah naik m44..

phachat said...

WADI...

mestilah balik ganung! mu ni... dokkang aku nk raya kt Paris. Weh, mari ah dummoh bawok anok mu...


Bukanlah aku nak marah, tp kena p.k gak yg buat mende2 ni makan duit banyak... Apa tak cukup lagi PAC jaman dulu? Kalu nk interbiu, buat ujian psikologi, buat case study, enokulasi (buang perkataan tempur, ya?) ke... lagi sesuai la aku rasa.


Tapi takpe, kalu nak gak berPAC lepas ni aku sajes tak yah larik 2.4km, kita wat renang pulak, boleh? Masa ni ramai la jerit kata swimming suit ilang la, alergik kepada air kolam la, lagi haru kalu tak muat dah swimsuit! Sapa nak jawap?

*Matila PENDI marah aku guna kotak komen mcm blog ni aku yg punya!

Unknown said...

TAYO,selamat hari raya...

NN said...

Tahniah..

Zamil Afiq Zulkifli said...

tahniah..
mcm kenal je si sang jerung tu.. nby? mcm best je kerjaya ptd ni..