Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2/2007 jelas menerangkan mengenai waktu bekerja anggota perkhidmatan awam dan ia tergunapakai untuk semua agensi persekutuan seluruh negara. (*jawapan PTK kah?). Jadi walau kat mana pun kita kerja, pekeliling tu kena la dipatuhi, tak kisah la skim perkhidmatan apa pun. Jangan dipertikaikan la waktu kerja yang dah ditetapkan. Makanya, kena la ketik kad waktu datang, dan waktu balik. Kalau kad diketik berdakwat merah, kena la letak sebab musabab dan ditandatangan oleh ketua jabatan. Tak gitu? Paham tak murid-murid? Jadi....kalau nak langgar suka suka hati, pi buat office sendiri. Toksah dok tergedik-gedik nak mai kerja kat pejabat kerajaan. Ada fahammmmmm?
Kisah berlaku kat pejabat Fendiosman ni bila Fendiosman dikatakan tak buat kerja. Haaa...kan dah tengok posting sebelum ni. Kau nak aku mengaum? Hamek la sedas. Bulan Januari ni raaaaaaaaaaaaaaaaaaaamai sangat orang ofis ni dapat kad kaler-kaler. Yang selama ni kuning tetibe jadi hijau! Yang dah hijau tetibe bertukar jadi merah. Macam pelangi katanya....
I'm just doing my work. Not more than that. Kalau rasa dengan hadiah kad kaler-kaler tu mengganggu produktiviti teruskan la datang office lambat. Nanti kita buat tatatertib pulak. Ni kira dah kira cukup bertoleransi la ni. Dulu zaman Fendiosman berhati lembut lemah gemalai, dipijaknya kepala. Makanya...marilah kita mengaum ya murid-murid.
Ada Hamba Allah yang sorang tu kata ni taktik Fendiosman berperang saraf dengan skim diorang ni. Perang apakah? Dalam fesbuk budak-budak ni bermacam-macam komen diberi sebab kad jadi kaler-kaler. Kunun kita tak hargai kerja la apa la. Eh...kalau cemerlang kita bagi APC kan? Bagi Anugerah Pekerja Contoh Bulanan kan? Takkan la kad ketik dakwat merah kita tak ambik tindakan kot? Lagi satu, layak ke Fendiosman nak berperang saraf dengan diorang ni? Fendiosman pun sedar, Fendiosman sorang-sorang je kat sini. Macam semut je! Abis penyek kalau kena pijak.
Tu la kan, time Fendiosman diam dulu pakat dok menyalak. Haaa...kan dah Fendiosman mengaum! Ni baru sikit. Nak lebih lagi? Menyalak la lagi! Insya Allah Fendiosman buat tindakan seterusnya. Gali jangan tak gali......ni la azam tahun 2010 Fendiosman!



6 comments:
First time sepanjang dalam servis, aku tgk kad tu sungguh warna warni..
oh. what a wonderful idea. tapi kami yang pakai protime ni kena lah pikir cara lain plak. hmmmm. canggih en pendi! kalau ada soalan tatatertib, akak bleh tolong.
wakakakakaka
errr...akak kening dapat kaler apa?
miow.. purr.. purrr...
berusahalah!! heheheh..
wohoho .... kalo diklik gambor tu, siap boleh nampak nama menusia² yang kad bukan kaler kuning tu. Betul² perang saraf ni ha. Jangan putuih urat saraf dahla chek naaa
Post a Comment