Adapun tertegaklah sebuah pejabat yang dulunya berdikarang, bila dah dinaik taraf, makanya dia dapat la berdikari. Tapi selama ni memang tak pernah la suku kaum seperti Fendiosman berani menjejak kaki. Fendiosman pun sebenarnya bernasib malang apabila dihantar ke sini. Katanya nak suruh Fendiosman seterika baju yang kedut (tu hasrat Kementerian laaa), tapi orang kat pejabat ni suka sangat pakai baju kedut. Dah selesa sangat dengan baju itu. Ada nilai estetika katanya. Apa la Fendiosman tau sangat kan, benda-benda berseni ni perlu dilihat dengan pandangan mata yang berbeza. Kata orang, SENI ITU INDAH...(*matila carut.....). Mungkin jugak seni baju kedut itu saaaaaangat indah makanya memanglah orang-orang itu suka sangat memakai baju kedut itu hingga bibik yang dihantar untuk seterika baju pun dikatakan pemusnah. Boleyyyyyyyyyyyyyyyyyy? Makanya jadilah seperti Tua Pek Kong, yang hanya mampu memerhati tanpa boleh berkata apa2 walaupun terang2 benda yang dibuat itu salah.
Bermula Mei 2009 yang lalu, datanglah seorang bibik dari Putrajaya yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal rumahtangga pejabat tu. Bibik ni punya la sexcited untuk menjaga rumahtangga baru. Konon dalam surat tawaran kerja tu, bibik ni bukan saja kerjanya siram pokok bunga, gosok baju dan memasak, tapi juga ditugaskan untuk jaga peti besi yang simpan duit juta-juta. Bibik ni mula la feeling2, dah siap buat perancangan macam mana nak jaga peti besi tu supaya duit rakyat dapat dijaga dengan rapi. Gigih ni.....sanggup pi belajar sana sini sebab nak ambik tau. Tapi.............sampai saja kat pejabat tu, awal2 dah dibagitau, pejabat tu tak perlukan bibik jaga peti besi sebab dia dah ada tandey yang setia dalam paksa menjaga ketenteraman peti besi itu. Tudiaaaahhhhhh.....pasai apa tatau? Bibik tu pun pasrah dengan keputusan tuai rumah (*aik..tetiba beralih pi Sarawak ni? motif?)
Nak dijadikan cerita, datanglah sepasukan Sherlock Holmes ke pejabat tu nak memantau hal ehwal pengurusan rumahtangga. Gali punya gali...dan gali lagi, 5 hari 5 malam berkampung sebab nak tengok macam mana tuai rumah jaga hal ehwal rumahtangga beliau ittewwwwwwww. Bila Sherlock Holmes tanya bibik, bibik bagitau la dia tak jaga duit! Lantas, Sherlock Holmes heran bin ajaib sebab patutnya bibik tu yang patut jaga, tapi bibik sekadar jadi Tua Pek Kong sajor. Takat perhati dari jauh katanya. Tak bagi sentuh langsung. Satu sen habuk pun tak boleh pegang. Takut terpesong. Ya la kan, bibik2 ni tugasnya mengemas. Kang takut habis dikemas. Musnah la peluang tuai rumah untuk cari habuk. Hahahaha.....
Tapi, bila Sherlock Holmes buat laporan, ditegur la kenapa tuai rumah tak bagi bibik jaga peti besi duit. Sebab dan terang2 dalam surat kata bibik kena jaga peti besi. Errrr....rumah tu sebenarnya dah ramai bibik, tapi bibik dari Putrajaya ni KETUA SEGALA BIBIK sebenarnya. Daaaaan.....bibik2 tu sebenarnya tak boleh terima hakikat yang KETUA SEGALA BIBIK dah masuk. Tetap jugak nak berkasar dengan KETUA SEGALA BIBIK tu. Bila dah Sherlock Holmes bagi kenyataan sebenar, yang bibik dari Putrajaya tu adalah KETUA SEGALA BIBIK, teruslah KETUA SEGALA BIBIK menjeling kat semua isi rumah. Bagitau yang dia tu KETUA SEGALA BIBIK. Patutnya dia jaga peti besi duit. Hahahaha.....time tu, memanglah KETUA SEGALA BIBIK rasa kemenangan sangat. Walaupun tak sebesar mana, tapi bila ada kejayaan tu walaupun sedikit, teeeeeeeeeeeeeeetap rasa puas!
Bila dah puas hati, makanya perlulah buat libasan rambut kat semua yang hadir. Kekwat katanya. Hari ni KETUA SEGALA BIBIK tersenyum saja. Barulah tuai rumah tau sapa itu KETUA SEGALA BIBIK. Harapnya lepas ni bila SCOTLAND YARD pulak nak masuk, lagi dibuka segala isi rumah untuk pengetahuan rakyat jelata. Walaupun KETUA SEGALA BIBIK tu muda lagi, tapi jangan ingat dia tak reti buat kerja. Kadang2 yang muda ni lebih tau walaupun ada yang tua terlebih dulu makan garam. Kalau dah terlebih makan garam ni bukannya apa, ada potensi untuk sakit darah tinggi. Tak gitu? Kaaaaan?
Errr...korang paham ke cerita Fendiosman ni? Kalau tak paham, buat2 paham je la. Kalau nak pahamkan jugak, masuk sekolah blajar rajin2. Insya Allah jadi pandai satu hari nanti! Hahaha.......apa pun MEMANG PUAS!





9 comments:
rasa mcm faham.. sebab nak kena follow karektor utama ceritera ni.. Ada Tuai Rumah, Ketua Segala Bibik & Sherlock Holmes (Bukan CSI kah?)..
Mcm mana la perasaan Tuai Rumah yer..
faham...faham...1st time faham...dulu yg cter tunang2 ngan kawen2 tu x faham...hehe..
saya faham! saya faham! hihi! tahniah di atas kemenangan tuan =)
memang mencabar nak memahami plot ceritera ni tapi kalo dah memang sama-sama bibik, aku akhirnya paham jugak, hahaha
aku pun paham jugak..betul gak, respon tuai rumah camne plak? masih menidakkan Ketua Segala Bibik ke?
faham.
tapi part ketua segala bibik dah ala2 konpius.
kakak kening ok ke la ni? hik hik
tahniah....
yang penting selepas in harusla KETUA SEGALA BIBIK melibas ke hulu hilir mana2 bibik yg x ikut peraturan...
ape reaksi tuai rumah??? wahh...harusla tercabar atas stetmen Sherlock Holmes ittew
faham,
kakak kening tu tuai rumah eh?
oh... faham sangat... hebat lah! :)
Post a Comment