Wednesday, February 03, 2010

Seat 2C dan Seaview Suite

Alhamdulillah, hari ni masuk hari kedua Fendiosman di tempat baru, Fendiosman ditarik balik masuk ke Kementerian dan ditempatkan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia gara2 posting panas sebelum ni. Hiks...siap kena panggil dengan Kementerian untuk beri penjelasan. Prinsip Fendiosman mudah, Fendiosman mengaku Fendiosman yang tulis, tapi yang menariknya nama pelaku langsung tak dinyatakan dalam posting. Sapa makan cili dia rasa pedas. Jadi, kalau benar apa yang Fendiosman tulis tu, makanya betullah perkara yang dinyatakan tu dibuat. Makanya bermula dari 1 Februari 2010, kembalilah Fendiosman ke Kementerian, di Bukit Perdana di tengah-tengah bandaraya ittewwwwwww....

Walaupun dah beralih tempat, ada jugak la kisah nak diceritakan. Errrrrrr.......satu soalan, kalau korang naik kapal terbang, korang kisah ke duduk seat mana? Dan kalau seat yang diminati ittewwww dah kena ambik dek orang lain, perlu ke adegan sentap menyentap, adegan marah memarah? Ada la lebih kurang satu tempat tu yang diperintah oleh seorang Ratu yang mempunyai kuasa sakti (sakti tang mana tatau? sila discover sendiri ya), ala2 pergi melawat ke jajahan takluk kalau menggunakan kapal terbang, makanya terketar-ketarlah Mak Inang untuk menempah tempat duduk bernombor 2C. Seat lain taknak. Kalau ada orang lain duduk, orang lain tu la kena keluar. Nak jugak bagi Ratu Bintang Berayun ni duduk. Mungkin kat seat 2C tu ada kuasa sakti kot. Kalau duduk kat seat istimewa tu dapatlah menambah kuasa mistik sang Ratu. Sapa tau kan? Tapi tu la hakikat. Kena jugak seat nombor 2C. Kalau tak dapat, memang Ratu Bintang Berayun murka. Habis diherdik, sama jugak macam cerita Ratu kat posting sebelum ni yang marahkan Orang Gaji pasal tak dapat naik kapal terbang. Macam tu la jugak pe'el Ratu yang sorang ni. Oh Tuhan.............


Tu cerita Seat 2C. Sebab dia Ratu, memang la dia rasa dia deserve layanan yang sebaiknya. Sampai di jajahan takluk, pakat la Utusan di Negeri menunggu di Aerobridge. Wajib ye! Kalau tunggu kat arrival hall makanya perlulah merafak sembah memohon ampun. Kena lalu VIP room pulak kalau nak balik. Nak kata negara Ratu ni besar, takde la sangat. Biasanya Ratu ni suka menakluk jajahan orang lain. Katanya orang lain tak bijak macam dia. Jadi......perlu la ditakeover walaupun projek kat jajahan orang lain tu seciput je saiznya. GilGlam kot? Kalau Fendiosman kat skolah dulu, dapat la gelaran GiPang. Opsssssssssss.....


Hmmm...bila dah sampai kat jajahan takluk, kena sedia Suite yang mewah, walaupun untuk Ratu Bintang Berayun berbedak untuk seketika. Suite ya, dan.....kalau ada laut, suite ittewww mestilah mengadap laut. Kalau takat bagi bilik superior sajor, alamat habislah kena hempuk dengan Ratu Bintang Berayun. Tak Setaraf katanya. Tapi tulah kisah duniawi. Apa yang dikejar Fendiosman pun taktau. Errr....kat Negeri Bawah Bayu dulu ada kisah suite ini, kononnya suite kegemaran Ratu Bintang Berayun dah diduduki oleh orang lain, tapi sang Ratu ni nak jugak duduk bilik tu, mungkin kat bilik tu pun ada Kuasa Sakti bagi awet muda sepanjang zaman. Terpaksalah bagitau kat orang hotel untuk pindahkan orang yang dah sedia ada ke bilik lain, dan masukkan Ratu ke bilik tu. Kalau kelayakan dah terlebih, Utusan di Negeri keluarkan duit poket sendiri untuk memuaskan hati sang Ratu. Kalau tak, almaklumlah..............memang mengamuklah Ratu Bintang Berayun.

Sekadar renungan, perlukan ada manusia macam Ratu Bintang Berayun yang sangat demanding yang perlu dilayan bagai menatang minyak yang penuh? Mungkin la dia rasa dia Ratu, dia lupa untuk merenung rakyat di bawah. Kalau kerajaan yang ampuh macam Soviet Union pun boleh jatuh, apa lagi Ratu yang rapuh bukannya ampuh ittewwww. Tuhan Maha Adil. Wallahua'alam

3 comments:

cacah said...

tak patut betul ratu ni.. kalau jlo ke mariah carey ke takpelah nak demand itu ini semuanya duit hasil titik peluh diorang...

harap2 kita semua dijauhi la sikap macam ni...

Angah said...

Makanya bila Ratu turun takhta nanti, dia boleh la turun sendiri tanpa apa2 adat istiadat keberangkatan..

azanov said...

pelik ada orang mcm ni. amat bersyukur masa urus golongan kelas atasan termasuk KSU kat KTAK dulu, tak pernah diorang kisah. kita pulak yang menggelabah lebih takut diorang tak selesa...