Tuesday, February 23, 2010

Loqlaq Punya Pasai....

Semalam Fendiosman heret beg untuk bertugas kat seberang Laut China Selatan. Dah lama tak jejak kaki kat sini. Last bertandang ke Kuching tahun lepas, tu pun datangnya pagi baliknya petang. Jimat belanja katanya. *Tapi beli tikar kat kraf Sarawak Courtyard pastu jabatan yang bayarkan tu jimatkah? Opsssssssssss! Sapa yang berjimat sekarang ni eh? Sebab Fendiosman dah berurusan dengan hal ehwal peperiksaan, makanya tujuan bertandang ke Kuching ni pun sebab nak jaga peperiksaan la. Forget about the peperiksaan, hari ni Fendiosman nak cerita pasal keloqlaqkan Fendiosman dan jugak pasal erti sebuah kejujuran.



Seperti biasa, sebelum terbang Fendiosman isi perut tangki dulu kat Golden Lounge sambil meluangkan masa membelek BukuMuka sebab nak mengikut perkembangan semasa (sambil membanned mana2 user yang sibuk nak korek rahsia dengan mengadd sebagai fren. Konon manis mulut la kan? Tapi sebenarnya mulut tu busuk Tuhan saja yang tau - * pinjam kata2 Farah Afidavit). Sambil membelek tu, Fendiosman belek jugak henset yang dibawak, dalam hati terdetik jugak bila tengok orang pakai i-Phone, teringin jugak nak pakai satu. (tapi takde la mintak Kementerian bayarkan walaupun dah terlebih kelayakan! Tak gitu? Opsssssssss lagi..) Tapi tu la kan, orang kata benda2 macam ni sensitip, maca kereta jugak, bila kata nak tukar mulalah dia meragam. Benda tu akan terjadi kejap lagi.......heh. Tahyul ke apa ke, Fendiosman pecaya Qada dan Qadar.



3.00 petang, boarding time. Masuk macam biasa, settle down kat seat. Patut 3.15 dah pushback, tapi tak jugak. Mungkin tunggu orang nak naik lagi kot. 3.30, belum gerak jugak lagi. Tetibe dengar announcement dari flightdeck katanya ada technical problem. Ambik masa setengah jam lagi untuk siap. Tapi dalam masa tu jugak nampak lori beg datang, dan kapal terbang gegar2 sebab orang tengah keluarkan beg. Dalam hati terdetik, mesti AOG (aircraft on ground ye murid-murid) dan kena tukar kapal terbang.


Sejam berlalu, mulala Fendiosman rasa bosan sebab langsung tak gerak2. Lagu Gong Xi Fa Chai dah berpuluh2 kali berulang. Passenger lain pakat dok membebel pasal takde information apa2. Dok kejap lepas tu......ada la announcement kata kena tukar plane. Plane yang Fendiosman naik rosak katanya. Tak boleh repair.....

Turunlah kami semua berdedai-dedai nak ke gate depan untuk naik kapal terbang baru. Tapi sebelum tu kena la hold lagi pasal nak load catering segala. Crew pun nak prepare aircraft, jadinya kena bagi sikit masa. dalam dok tunggu tu.........tergelak bila ada sorang pakcik mintak diskaun sebab delay. Boleyyyyyyyyyy?

Sambil menunggu tu, konon ambik gambar sebab nak cerita pasal delay 2 jam ini. Dan inilah gambar terakhir Fendiosman ambik sebelum boarding call untuk new plane, dan henset diletakkan dalam offline mode. Fendiosman ingat, Fendiosman masukkan henset ke dalam poket dan duduk sebentar bagi orang tak reti beratur serbu naik dulu. Pakcik diskaun pun dah lari menerpa masuk. Takut sampai lambat katanya. Motif? Ni la mentaliti orang Malaysia yang sukar sangat nak diubah.

Flight selamat sampai kat Kuching setelah lewat 2 jam. Pukul 7 baru la dapat naik teksi untuk ke airport. Seperti biasa, Fendiosman check poket kiri kanan kot2 ada yang tercicir. Daaaaaaannnn.............gagau punya gagau, henset Nokia Fendiosman tu takde. Gelabah kejap. Mungkin dalam beg besar! Tapi tak mungkin......huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sah tercicir ni!

Sampai kat hotel, kalut telefon Lost and Found KLIA, suruh cari kat gate B10 dan B11, tapi reply kata takde henset yang dijumpai melainkan buku dan beg. Fendiosman suruh jugak cari dan akan call keesokkannya. Sambil tu, call jugak Lost and Found Kuching (semua ni bawah Malaysia Airlines sebab Fendiosman naik MAS), dan semua data diambil dengan teliti. Nombor seat, nombor penerbangan, dan maklumat yang berkaitan. Dalam hati ni memang dah terdetik kejadian nak tukar henset sebab tengok i-Phone ittewwww. Memang menyesal. Walaupun dalam henset Fendiosman takde .3gp yang bukan-bukan, tapi ada banyak alamat dan nombor2 penting yang takde Fendiosman save kat tempat lain. Orang Lost and Found tu kata kalau diorang jumpa diorang akan call Fendiosman bagitau.

Pada masa yang sama, call Maxis untuk block line takut2 orang jumpa henset pastu gayut tak hengat! Hati dah gundah gulana. Risau sebab henset cicir walaupun ada satu lagi henset dan satu lagi nombor yang boleh digunakan untuk kecemasan. Tidur tak nyenyak. Siap mimpi jumpa henset tu................

Hari ni, Fendiosman buat kerja pun tak senang. Call MAS KLIA lagi sekali, hampa jugak jawapan. Sedih lagi, sebab konon nak kena beli henset baru. Kalau kat KLIA dah tak dapat, mungkin kat Kuching pun takde. Halaaaaahai.....tapi tak putus harapan jugak, Fendiosman call MAS Kuching, kot2 ada henset. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnn.......

Alangkah gumbira tidak terkata bila Lost and Found Kuching kata henset ittewww tercicir di bawah Seat 5D, tempat Fendiosman duduk dalam penerbangan tadi. (bukan seat 2C ye murid-murid. Fendiosman tak layan naik kelas bisnis.....).

Bergegaslah ke epot Kuching untuk dapatkan kembali harta berharga Fendiosman ittewwwww. Masuk pejabat Hilang dan Jumpa (sangat direct translationnya ye), terus diambil maklumat2 yang ada....dan henset Fendiosman ittewwww disahkan dan kembali ke tangan Fendiosman tanpa sebarang cacat cela. Syukur sangat.

Fendiosman amat berterima kasih atas layanan yang diberikan ittewwww. Kepada anggota Hilang dan Jumpa MAS Kuching, kepada Captain Arabi dan FOnya yang kimpy ittewww, kepada LS Kishore Nair, FSS Felicia Ang, FSS Noor Aini, FSS XXX yang Fendiosman lupa nama, dan FS YYY yang Fendiosman turut lupa nama beliau, serta crew cuci-cuci kapal terbang Kuching, Fendiosman amat berterima kasih. Walaupun henset tu orang kata ala2 boleh beli baru, tapi kejujuran dan kesungguhan yang Malaysia Airlines tunjukkan amatlah Fendiosman puji. Memang selari dengan cogankata Malaysian Hospitality is always about you.

Moral: Jangan loqlaq, dan sentiasalah seluk poket untuk semak barang2. Sebelum tinggalkan kapal terbang / bas / kapal / teksi / kereta, pastikan semua barang anda ada. Jangan lebih kompidens ala2 ye. Dah ilang enset baru nak gelabah, padanlah muka....huuuuuuuuuuuuuuuuu

2 comments:

swit@kon said...

hehehe. takpolah bang pendi. sebab flight delayed tu la jagi haru gitu. :D nasib baik hado kan?

tahniah la MAS.
tapi customer service tak reply lagi cemana i nak trannsfer points cc to enrich ni. hmmmph

sza_kdh said...

betui la..kalau kata nak tukaq keta ja mesti keta tu 'merajuk'..mesti nak kena 'ambik ubat'..selalu jadi lagu tu...aduhai...