Haaaa..kita sambung kisah Fendiosman terbang ke Jakarta ittewww dengan siri II ye murid-murid. Adapun Fendiosman terbang bersama Malaysia Airlines ke negara seberang. Dengan hanya RM247, Fendiosman berjaya mendapatkan tiket untuk acara melakukan kerosakan terhadap wang sendiri. Orang kata naik kapal terbang kaler merah tambang murah tu lebih murah, tapi nak makan kena beli, nak check in luggage kena bayar, jadi Fendiosman terbanglah bersama Malaysian Hospitality ini. Macam mana dapat tiket murah? Haaaa...murid-murid sekelian, bukalah website Malaysia Airlines, dekat page utama tu akan nampak Get The Deal, klik di situ dan daftar secara gratis (motif cakap Indon?), kendian belilah tiket anda sesuka hati. Dan....walla....anda akan dapat tiket yang murah tanpa perlu bersesak-sesak di LCCT. Tapi kalau nak tempah seat nombor 2C tu tak dapat la! Opsssssssss....
Tepat jam 6.05 petang, pushback, and soon after that we were airborne! Sebelah Fendiosman pelancong Jepun. Mrasa la feeling2 bila nak pi tandas terus buka slang....
"SUMIMASEN....."
Dengan penuh sopan katanya. Balik dari toilet, kau tak pitam bila Jepun tu bantai cakap Jepun habis-habisan?
"CHOTTO....CHOTTO...."
"CHOTTO....CHOTTO...."
Ala2 cakap Jepun sikit2 saja katanya.....(sambil menunjukkan simbol sedikit dengan menggunakan tangan - padahal muka dah merah neh! Hamek kau!)
Tapi bila Jepun tu blur nak pilih makanan, yaaaa......akulah penyelamat. Hiks....ayam katanya! Terus tanpa banyak cakap, Jepun tu pun pilih menu yang sama seperti Fendiosman, yakni nasi tomato dan kari ayam.
Kekenyangan katanya. Sambil bersandar di seat 5A yang dicadangkan oleh bonda Phachat ittewww. Sebab seat 5B kosong, dan 5C dihuni oleh Jepun pelancong, makanya Fendiosman conquer la 2 seats, satu buat letak suratkhabar Borneo Post yang diambil kat aerobridge! Motif? Sah la kapal terbang tu datang dari Sabah kan?
Kurang lebih jam 7 malam waktu tempatan, yakni 8 malam waktu Malaysia, maka tibalah Fendiosman ke destinasi. Suami Pidah yakni Incik Harris yang berkhidmat di Kedutaan Malaysia (both of them are 334 clan) telah sedia menunggu di balai ketibaan. Tapi gawat seketika di imigresen, seperti yang Fendiosman dah ceritakan di part I sebelum ni. Kau tak haru warganegara Malaysia isi kad untuk Warganegara Indonesia. Salah Fendiosman gak sebab tak baca kad tu di bahagian depan. Main terus isi je. Moral of the story; sila baca dengan teliti ya murid-murid!
Destinasi pertama, terus ke Planet Hollywood untuk mendapatkan beberapa helai Kaus sebagai ole2 untuk Sang Jerung dan abangnya Sang Gabra. Hampir 500,000 kerosakan yang dibuat pada malam pertama. Harus diingat Fendiosman hanya ada 2.6 juta saja dalam tangan ya! Dan 150,000 telah disimpan buat cukai lapangan terbang sebelum berangkat pulang ke Malaysia.
Terus ke kedai untuk makan malam. Ala2 masakan Bugis. Rib soup. Tapi tak tertelan Fendiosman walaupun rasanya lazat. Sebabnya penuh dengan kolestrol ye. Fendiosman tengok Incik Harris khusyuk memakan daging berkolestrol tinggi itteww tanpa sebarang masalah. Tapi tekak Fendiosman dah kembang, rasa macam lemak tu membeku kat dalam je. I cannot go la this way...tapi mujurlah dispedo oleh Incik Harris. Kalau tak rugi la kan! Selesai acara makan malam, teruslah pulang ke rumah Incik Harris yang berada berhampiran dengan Kedutaan Malaysia. Pitam Fendiosman tengok rumah ala2 sinetron. Ya Ampun, kok berada di tempat orang kaya pula. Waaaaaaaa......sambil mulut ternganga sebab takjub
Malam ittewwww, Fendiosman berseketiduran dengan Incik Harris dengan suhu bilik yang cukup untuk memberi kesemputan yang amat sangat kepada Fendiosman. Walaupun selimut yang diberi amat tebal, tapi memang Fendiosman tak boleh tidur dalam suasana ada aircond. Sah akan keluar bunyi2 yang tidak sepatutnya mengiringi tidur Fendiosman. Haaa...ni gambar diambil dari balkoni rumah Incik Harris, jirannya je dah rumab besar macam tu, jadi bole la korang teka rumah diorang ni besar mana pulak....kan?
Acara pertama adalah melakukan kerosakan di ITC Kuningan dan juga Carrefour Ambassador. Di ITC Kuningan, terus mengarau 2 pasang baju (kemeja lengan pendek yang vavooom dan tshirt warna limau mandarin - feeling-feeling hari imlek katanya). Gambonye takde sebab Fendiosman terlalu excited tengok barang barang ittewwww. Untuk makluman, kalau masa yang singkat di Jakarta, dan anda risau sebab tak boleh ke Bandung, haaaa ITC Kuningan ni penyelesaiannya. Banyak barang2 FOS ada di sini. Silap haribulan lebih murah dari yang di Bandung. Tapi orang Malaysia saaaangat suka ke Bandung, seperti yang Fendiosman jumpa kat Rumah Mode, ke kiri rakyat Malaysia, ke kanan rakyat Malaysia, rasa macam sale kat SOGO KL pulak. Hehehehe.....
Errr....Fendiosman teruskan acara Menghilangkan Diri Di Hujung Minggu ini dengan membeli tiket ke Bandung dengan menaiki KA Argo Gede dari Gambir ke Bandung. Masa perjalanan hanya 3 jam dan dapat juga menikmati pemandangan yang indah. Tapi henset Fendiosman tak berapa nak bernyawa dah, makanya perjalanan pergi hanya beberapa gambar saja dapat diambil.

Tiket ke Bandung. Kelasnya eksekutif, harganya 65,000. A must for Malaysian yang suka adventure. Pemandangan yang aaaaamat indah bila dah melepasi Jakarta. Ada sawah, ada gaung, ada bukit, ada terowongan, macam-macam ada......rugi kalau tak naik tren kalau ke Bandung.
Gerabak A, kereta 3, mrasa la feeling2 nak naik Shinkansen macam kat Nihon aritu. Huuuuuu....berangan! Tapi Argo Gede ni pun ada pramugari dan pramugara ya....yang ke hulu ke hilir menjual
"Mie rebus mie goreng nasi goreng enak, sambil menikmati perjalanan pak....sedap!"
Kalau sekali dia mai takpa la, ni sepanjang 3 jam tu........mau dekat 15 kali dia lalu lalang buat jualan. Mencari rejeki lebih katanya.
View seat 7D berlatarbelakangkan Monas.Monumen yang terkenal di Jakarta.
Hmmm....ni la view kabin kereta api ittewww. Menarik kan, sangat berpatutan dengan tambang yang dikenakan. Kerusi yang empuk dan selesa......
Dalam seat-pocket di depan tempat duduk, ada doa untuk memulakan perjalanan. Di balik belakang kaler hijau ni, ada juga doa untuk lain-lain agama. Boleh jugak dipraktikkan di Malaysia rasanya. Errr...bila terbang takde lak doa Bismillah.....rasanya inilah cara untuk kita ni ingat kepada Allah yang Maha Berkuasa yang mampu melakukan apa2 saja sepanjang perjalanan.
Ada juga majalah ala2 Going Places. Tapi dalam Bahasa Indonesia, yang agak sukar untuk Fendiosman ngerti apa yang cuba disampaikan. Takut tersalah maksud kan. Kalau orang Indonesia, butuh tu maksudnya perlu. Kalau Malaysia cakap butuh? Tak ke kau kena hempuk dengan bapak kau? Betul tak murid-murid? Jadi bila membaca majalah ini, Fendiosman sangatlah teliti supaya faham apa yang cuba disampaikan.
Paling kagum ada Sales on Train. Walaupun barang2 tu lokal. Tapi gigih pramugara menolak cart dari cabin ke cabin untuk jual. Satu lagi benda menarik yang boleh buat dalam tren KTMB. Mungkin dengan cara itu, ramai lagi yang sanggup naik public transport sebab ada daya penarik.
3 jam dalam perjalanan sambil menikmati pemandangan, haaaaaaa tibalah Fendiosman di Stasiun Bandung. Supirnya sudah menunggu. Sehari setengah dengan supir ni kosnya 600K. So, sila congak ye dari awal tadi dah berapa Fendiosman melakukan kerosakan terhadap rupiah yang Fendiosman ada.
Terus supir membawa ke Hotel penginapan yakni Holiday Inn Bandung, dengan hanya 70USD, Fendiosman berjaya mendapatkan bilik ini. Ada yang lagi murah hotel sebenarnya, tapi sebab Hotel ini boleh menyebabkan Enrich Fendiosman bertambah, makanya apa lagi....duduk la di hotel berbintang 4 ini. Ramai jugak rakyat Malaysia yang turut menginap di sini. Ramah semuanya, tapi sebab muka Fendiosman ala2 Indon, pakcik makcik Malaysia tu tegur Fendiosman dalam bahasa Indon ya. Sentimen lagi skali di sini. Oh sedehhhhhhhhhhh....
View from the hotel window. Sangat cantik. Dengan tempahan internet itteww, Fendiosman dapat welcoming drink for 2 (yang langsung Fendiosman tak guna), 2 biji epal sebagai welcoming fruits, 5 botol air (2 coke & sprite, 2 Coke X dan 1 minuman beraroma....hat ni Fendiosman tak paham), dapat juga transfer airport / stasiun (pun Fendiosman tak guna) dan juga beberapa kemudahan lain. Dengan 70 USD. Memang mashyukkk la kan. Kerosakan lagi terhadap duit Fendiosman telah berlaku. Hiks..........
Aktiviti malam pertama adalah acara LULURAN DAN URUTAN oleh tukang pijat yang dah Fendiosman booking awal2 lagi. Urutannya bagus, sedap dan abis daki dikeluarkan. Gambar tu takde la....sebab keadaan sewaktu urut tu lagi sensasi daripada gambar mandi feeling2 Sofea Jane. Kang kena hentuk lak, kata Fendiosman buat aksi menggiurkan.....huhuhuhu...selesai acara malam yang pertama. Kita sambung lagi dalam siri terakhir ya......


















2 comments:
awww kalau lah encik pendi berjaya letak gambar urutan dan luluran nescaya rating blog naik mendadak. hahaha. sure lagi sekali sofea jane marah. hihihi
bab naik tren ke Bandung tu memang nak try. tapi bila? entah la. :D
memang best. teringin lagi nak ke sana.. tak tergambar pulak selesa naik train ke bandung tu. dulu aku naik van lalu highway, jem nye macam highway plus time raya.. main tawakal jew..
Post a Comment