Pagi yang indah di Bandung setelah lega menjalani rawatan scrub dan urut dimulakan dengan sarapan yang tidak begitu sihat yakni ayam goreng KFC dan nasik serta pergedil serta sup sayuran dan secawan Pepsi bersama supir yang begitu ramah ittewww. Memandangkan kedai-kedai hanya bukak pada jam 9 pagi, makanya Fendiosman hanya check-out dari hotel pada jam 8.30 dan disusuli dengan sesi makan memakan dan sembang menyembang berkenaan hal ehwal semasa selama kurang lebih satu jam. Kenyang, cukup untuk mengalas perut sampai ke petang. Sebab misi untuk berjalan di kedai-kedai ittewww mengambil masa yang agak lama, makanya perlulah perut ini diisi dengan sekenyang mungkin. Heh......
Jam 9.30, mulalah acara mencuci mata di sekitar Jalan Dago, lebih kurang 13 kedai semuanya Fendiosman jejaki. Errrr..bukanlah untuk diri sendiri, sebab malam sebelumnya dah Fendiosman buat kerosakan lagi sekitar 200 ribu untuk sesi scrub dan urut. Jadinya, hanya sekadar menjamu mata dan mendapatkan baju Ed Hardy yang ada tengkorak segala tu untuk Sang Model Cleo dan Maduku. Kiranya masa Fendiosman ittewww memang diperuntukkan untuk mencari baju yang amat susah dicari ittewwww...sebab saiznya nak saiz paling kecil. Kalau saiz Fendiosman tu sah selambak boleh dapat. Huuuuuuuuuuuuuu.......dari kedai ke kedai Fendiosman jejak untuk memuaskan hati dan berlaku lagi kerosakan sekitar setengah juta rupiah sebab terbeli baju kerja dan seluar berjenama katanya. Hadoilaaaa hadoilaaaaa........
Dari kedai ke kedai....satu persatu Fendiosman teliti......lenguh kaki ni tapi gagahkan la jugak demi mencari baju Ed Hardy untuk beliau ittewwwww. Pasai apa minat baju tu tatau?
Dari Jalan Dago, Fendiosman dibawa pi Rumah Mode. Tempat ni penuh dengan orang Malaya yang ala2 bersoping sakan ye. Harga.......Fendiosman tak nasihatkan untuk ke tempat ini, sebaliknya pergilah ke kedai Mode Plus dan kedai bersebelahan di hadapan Rumah Mode, sebab orang tak ramai, harga pun jauh lebih murah dari kedai di depan ittewww. Errr....Mode Plus ye, bukan Pijat Plus. Kalau Pijat Plus...lain maksudnya. Kang kau pitam pulak tengok tukang urut gelek2 bukak baju...hahahahahaaha......paham tak murid-murid? Haaa..ni antara wajah orang Malaya yang dah kecewa dan keletihan setelah melakukan kerosakan bermilion rupiah di Rumah Mode. Harus termenung ya!
Haaa...sedih pun ada, kagum pun ada dengan budak2 kecik ni. Gigih mencari rejeki demi sesuap nasik. Tah sekolah ke tidak budak ni, sempit sangat idupnya.Waktu Fendiosman abis membeli-belah, ujan lebat turun. Menggelabah la takde payung. Nak tunggu ujan berenti, lambat lagi nampaknya sebab langit gelap sangat. Depa ni macam tau je ada orang memerlukan, terus dibawa payung, dan kita boleh gunakan payung ittewwwww, pastu bayar la. Kasik la 1000 ke, ala2 berpatutan. Kalau jauh2 tu kasik la lebih sikit. Dulu waktu Fendiosman jadi kabaret, teringat di Jakarta pun sama jugak keadaannya. Jalan becak, pastu nak lintas kena lalu satu kayu yang budak ni letak, skali abis lalu kena bayar daaaa. Tapi ok la kan, takde la terhegeh2 nak tunggu supir datang dengan jalan yang macet ittewww, dengan jarak dalam 50 meter, bagi je la kat budak tu dak?
Memang lebat sungguh hujan. Moralnya; sekitar bulan 2 kurang sesuai la kalau nak sightseeing kat Jakarta dan Bandung. Memang ujan lebat. Kalau ala2 mode hilangkan diri seperti Fendiosman, tak kisah la ujan ke tidak. Sebab Fendiosman tidaklah pergi untuk melawat Tangkuban Parahu maupun Puncak. Waktu Fendiosman ambik gambar ni sebenarnya tengah hujan ais. Tercengang la kejap, dengan aksi opocots sebab bunyi kuat jatuh atas bumbung. Dah si supir tu terangkan benda tu hujan es, barulah Fendiosman paham. Takut gak...buatnya cermin pecah kan?
Dalam hujan yang lebat ittewww, sempat la jugak ke Kartika Sari untuk beli brownies yang sangat glamer. Sebab sorang wanita ni kirim, Fendiosman pun beli la kan...sudahnya bila makan Fendiosman yang ketagih. Heh...Fendiosman salahkan dia sebab ajar Fendiosman makan brownies yang sedap ittewwww. Dah la takde kat tempat lain, kan dah susah. Agaknya kalau mintak AP nak import Brownies Kartika Sari ni dapat tak ha? Tah apa la diorang mandrem letak dalam brownies tu, sedap sangat. Rugi ooo kalau tak makan. Tapi rasanya orang Malaya lebih suka pergi beli kain baju. Ingat tak kisah Fendiosman di Jepang dulu? Alaaaa...kisah bersama datin2 tu? Opssssssssssssssssssssssss......
Heh......selesai selama 6 jam lebih merayau bersama supir di sekitar Bandung, masa untuk pulang ke Jakarta. Tiket dah dibeli lebih awal. Lagi skali Argo Gede menjadi pilihan, tapi kali ni tiket murah pulak, 55 ribu. Pasai apa eh? Sebelum tu, sental dulu la makanan di Hoka-hoka Bento. Sempat jugak membuli waitress di situ. Hahahahha
"Konnichiwa......" kata waitress ittewww....
"Konnichiwa....Ogenki desuka?" terus ala2 blur minah waitress..
sampai di kaunter....
"Korewa gyuni-ku desu ka?" lagi blur minah tadi.............
hahahahahaha...........*matila bongkak, dalam kapal terbang hari tu tau pulak kau malu!
Sudah makan.....Fendiosman berangkat menuju ke gerabak Argo Gede
"Arigato gozaimasssssss" kata manager restoran pulak...
"Hai...domo arigato gozaimas..." sambil tunduk ala2 Jepun...
minah manager tu blur lagi...
hahahahahahahahhahahahaha....jahat kan? (*tapi betul ke Fendiosman cakap tu ha? Jangan2 salah tajwidnya dak?)
Hujan sepanjang perjalanan pulang, tapi pemandangan naik tren dari Bandung ke Jakarta vv. sangat cantik ye murid-murid. Rugi kalau tak naik. Siap ada pengumuman kalau lalu tempat2 penting macam terowong terpanjang Jawa Barat. Memang puas hati la. Harga pun tak mahal. Walaupun naik bas lagi cepat sampai, tapi pemandangan yang cantik ittewwww.....tak dapat diungkapkan la.
Dalam Argo Gede ada bantal ye.......tapi behave ye murid-murid. Jangan buat aksi rembat merembat di sini. Sila tahan nafsu rembat anda. Kira dalam 3 jam tu boleh la lelapkan mata, atau makan mie rebus yang tah berapa kali ulang pramugari tu menjual......
Tiba di Jakarta, Incik Harris sekali lagi menumpangkan rumah beliau yang bagaikan sinetron ittewww untuk malam yang kedua. Dan...acara karok di kedai karok Inul pun berlangsung......tapi takde la gambo. Udah la dulu untuk part IIII ni, dah panjang meleret.......kita sambung lagi siri akhir nanti yaa.....









2 comments:
cedapnyer choc chip brownies kartika sari *imagining kesedapannya sambil air liur meleleh*
kalau tahu ke Bandung pasti kirimin pisang cheeeseee!
Post a Comment