Sunday, February 21, 2010

Home Cooked Meal by ModelCleo

DISCLAIMER : BLOG FENDIOSMAN NI DAH TAK TERKUNCI LAGI. JADI, TAK PERLULAH TERHEGEH-HEGEH NAK MENCARI PASSWORD ATAUPUN BERTANYA KEPADA ORANG RAMAI APAKAH PASSWORD UNTUK MASUK KE DALAM BLOG INI. SILALAH BACA SEADANYA. KALAU RASA-RASA TERSENTAP, BAWAK CURSOR KE BUTANG X DI SEBELAH KANAN, DAN KELUARLAH DARI BLOG INI.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN TUAN / PUAN.




Mungkin sebab cuaca, mungkin jugak sebab terperangkap dalam rumah sewaktu Pejabat Kesihatan buat semburan nyamuk aedes tempoh hari, makanya hari Jumaat malam mulalah Fendiosman rasa aura tak sedap badan, hidung dah mula kebanjiran, dada dah mula ketat. Aksi menggunakan pam pun terpaksa digunakan. Dan seharian Fendiosman berselubung di dalam rumah untuk meredakan ketidakselesaan badan ittewww. Satu perkara yang menarik, Fendiosman takkan demam pada hari kerja, biasanya macam tau2 je badan ni kan, hari minggu barulah demam nak menyerang. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Konon hari Sabtu tu nak menghantar titipan Sang Model Cleo dari Bandung dan Jakarta, tapi sebab dah crash kat rumah, barang titipan tu terpaksalah diambil sendiri. Sangat tak mampu untuk bangun sebenarnya. Waktu kunjungan Sang Model Cleo sekeluarga, terpaksa senyum ala2 Miss Universe dalam keadaan suara yang husky ittewwww. Well guys, that is the so-called PERFORMING ARTS. Pernah tengok cerita Mera Naam Joker kan? Sebab Fendiosman pernah jadi kabaret, kira reti la sikit benda2 ni.


Hajat di hati mulanya nak breakfast dengan Sang Model Cleo kat Kelana Jaya, sudahnya terbalik pulak, beliau yang datang bertandang ke rumah madu dan anak2 tiri. Opsssssssssssss..........*habislah sensasi isu ini. Kekasih gelapkah? Atau anak ikan kah? Atau driver yang hensem di kota Paris? Tapi yang menariknya bila Sang Model Cleo kata nak masak.........


Tapi memang diakui la Sang Model Cleo sangat pandai memasak. Bab masakan barat ni memang dialah yang pakar. Errr...skillnya sama kot seperti menebas bola di padang. Dulu dah datang sekali masak seafood pasta, ni datang lagi dengan menunya ala2 kozen (read: cuisine). Cara garnish pun dah meningkatkan napsu Fendiosman untuk melantak walaupun mula2 eksen tak berselera. Ceh......



Bahasa Melayunya, Ayam bersos istimewa bersama kentang lenyek dan sayuran.....sangat Malaysia Airlines. Mungkin sebab pengalaman Sang Model Cleo terbang di awan biru satu masa dulu. Really appreciate the home-cooked meal. Kalau Fendiosman sorang2 kat rumah, tekanlah nombor Mekdonel, lantas disuruh hantar BurYam dan Orange Juice.



Apa pun, Fendiosman gumbira sebab ada lagi manusia boleh dipanggil Sahabat. Susah dah nak jumpa macam ni skarang. Tapi, yang paling Fendiosman gumbira sebab titipan yang Fendiosman dapatkan di Jakarta itteww berjaya menambat hati Sang Model Cleo dan Maduku, nanti kalau ada rejeki kita pi cuti sama2 ya! Hiks.....

Errr..........lepas Sang Model Cleo balik, Fendiosman kembali memakai uniform orang sakit. Dan............

Terus berselubung sehingga malamnya....

Alhamdulillah hari Minggu ni hidung yang banjir berkurangan. At least, takdelah terganggu aksi heret beg di airport esok. Ke mana tatau? Yang pasti bukan tempat duduk 2C ya! Opssssssssssssssssssssss! Fendiosman terlepas cakap pulak....

1 comment:

swit@kon said...

terlajak perahu bleh diundur. terduduk seat 2C buruk padahnya. hahahaha. wah!!!! untung badan encik adi masak sedappppp. gila lama tak jumpa! sejak2 dah tak menziarah kotak ijau ni. huhu.

encik pendi g mana ni???? nanti hapdet ye!