Tuesday, February 16, 2010

Terbang ke Seberang, PART I

Dah lama Fendiosman tak melancong ke luar negara. Terakhir yang Fendiosman kunjungi ialah ke Nihon pada tahun lepas. Tu pun sebab dapat tajaan untuk kursus, kalau tak memang tak ada la nak jenjalan neh. Bizirina katanya. Tengah-tengah satu ketika sebab sangap di rumah sewaktu hujung minggu, Fendiosman terbeli tiket ke Jakarta untuk melancong. Dah terbeli, kena la termintak kelulusan KSU untuk melancong. Kena la jugak teruruskan itenerary, dan kena la jugak terpergi. Makanya sempena Gong Xi Fa Chai ni (kalau kat Indonesia, katanya Hari Imlek - mana mai tatau?), Fendiosman akan jejakkan kaki ke Indonesia, lebih tepat ke Jakarta dan Bandung. Dengan siapa ya? Ehmmmm....sorang-sorang je. Tak mampooo nak spedo sapa-sapa, dan kawan-kawan pun ada plan masing-masing. Almaklumlahkan, cuti panjang.

Makanya, semalam selepas kerja, bergegaslah Fendiosman ke pengurup wang di bandar Kajang untuk menukar wang Rupiah. Kejadian menyayat hati ye murid-murid. Mukaku muka Indonkah? Fendiosman hulur duit, dia cakap Indon. Fendiosman cakap Melayu, dia balas Indon. Tapi dengan orang sebelah dalam kaunter, dia reti pulak cakap Melayu. Huuuuuuuuuuu....hangin neh.....sambil mengetap gigi..

"Awak ni orang Indonesia ke?"

"Tak...saya orang Malaysia"

"Habis tu apsal cakap Indon dengan saya? saya orang Malaysia"

"Gaya abang macam orang sana...."

Bleh? Sedey tau....dah berkali2 kena macam ni. Dulu kat Mekah waktu buat umrah pun sama jugak. Polis Arab ingatkan Fendiosman kanak-kanan Indon yang datang kerja tanpa permit ke Arab Saudi. Harus diminta paspot katanya. Errrrrrrrrrrrrrr.....sekali lagi, Muka Fendiosman ni muka Indon kah?

Check in seawal 24 jam sebelum penerbangan. *Mengikut jejak langkah bonda Phachat jugak. Sebab nak ambik seat 5A. Kiasu la kan......salah bonda mengajar anakanda macam ni. Huuuuuuuuuuuuu....

Dah berkesempatan ke international area kat KLIA tu, makanya apa lagi, ke Golden Lounge Regional la kan....Lounge ni Fendiosman ala-ala kali kedua melintas. Kali pertama dulu takat jengah je. Kali ni, duduk dan makan......dan berbagai lagi aktiviti termasuk posting blog ini.

Menu yang lazat. Sup ekor cicah roti.


Memandangkan terlalu banyak masa untuk dihabiskan......makanya pusing2 la dalam lounge ittewwww, termasuklah ke dalam tandas yang bagaikan boleh baring di dalamnya.

Barang Aigner neh....nasib lah Fendiosman tengah berkelaluan baik. Kalau tak....hahahahahhahaa! Murid-murid, barang2 di dalam Lounge bukanlah untuk dikarau bawak balik ye. Nanti security kantoikan, payah nak menjawab. Lagipun, takde maknanya nak berangkut, sampai kat departure gate, sah kena buang dalam tong sampah. Jangan bawak cecair naik pesawat ya! Tapi, sebab badan dah hangit, satu hari tak mandi dari pagi, jadi...............


Kau mampu feeling2 mandi ala2 Sofea Jane macam Fendiosman?

Insiden salah warganegara tidak selesai di situ sahaja ya murid-murid. Di boarding gate, orang lain dapat kad warganegara asing, Fendiosman diberi kad warganegara Indonesia, walaupun dah terang-terang Fendiosman tunjuk paspot Malaysia yang kaler merah tu ye! Kesannya, kena la tahan dek imigresen kat Soekarno-Hatta sebab salah isi landing card. Fuh.....sentimen sangat. Err...selesai dulu part satu. Nanti kita cerita lagi ya.

4 comments:

swit@kon said...

serius diva meletup! sambil mandi kah. waaaaaaaaaaaaaaaaa. soka!

en pendi, bilakah nak layan kemerduan suara lagi ni. sudah rindu la...;)

phachat said...

Wahahaha, seat kiasu 5A or 5F tu la sebagai pengimbang kuasa Diva katanya...

p/s: Wah, gmbr separa terlampaukah last skals ittiew?? Larikkkk....

Ezri Shamsuddin said...

mcm mana la ko boleh ambik gambar time mandi dan boleh wat feeling2 lak tu...

azanov said...

apa best nya seat 5A, 5F tu.. ruang kaki kah? ke bassinet.. heheh (kena ada orang bawa baby melalak2 sebelah ko... huu haru)