Tudiaaahhhh...gaya hidup ekslusif ala2 orang kaya katanya. Motif? Errr...Fendiosman belajar ni dengan Ratu Sheeba III satu ketika dulu. Ya la kan, bilik kena Super Suite. Makan kena orang hidang. Naik kapal terbang kena orang check-in kan. Beg kena heretkan. Jadi, keluarlah topik ala-ala orang kaya seperti ini. Isk...sudah2lah carut. Bukan dia nak insaf pun.
Haaa....hari ni dalam sejarah, biasanya Fendiosman jarang sangat keluar rumah sewaktu hujung minggu. Kalau tak balik kampung, pi rumah saudara-mara. Kalau tak buat semua tu, Fendiosman melingkar je kat rumah. Sapu sampah, mop lantai, basuh kain baju. Tapi tadi sempat la jugak bersiar-siar bersama Bonda Phachat, Kak Timah Speku dan Cik Mira di Pavillion. Tidaklah memborong, zaman kemelesetan ekonomi ni, kena buat perbelanjaan berhemah. Tak gitu murid-murid?
Hari ni ke Pavili ni dengan tujuan untuk mengutip hadiah sempena bulan Februari di sebuah butik barangan yang ada di sana. Dek kerna Fendiosman ni menjadi ahli Guild Membership di Braun Buffel, jadi dapatlah hadiah pada bulan yang istimewa setiap tahun. Haaaa....gegeh neh sebab tahun lepas orang lain dapat beg kasut yang malatop. Konon feeling2 nak dapat hadiah besar la jugak kan, sekali yang ado saja yang dibagi. Huuuuuuuuuuuuuuuuuu....kachiwa kachiwa. Keychain kulit cenonet je yang dapat. Tapi ikut resit yang dibagi, mahal harganya. Boleh la beli tiket balik Sungai Petani pergi balik naik Malaysia Airlines guna Grab the Deals promotion. Apa pun bersyukurlah seadanya dengan hadiah ittewwww. Daripada takdak, ada la jugak kan.
Alang2 dah melangkah kat kedai, takkan la claim hadiah je kan. Sempena bulan istimewa di kedai Braun Buffel, dapat 20% discount untuk setiap purchased item. Tapi kat situ mana la ada barang kecik2. Paling murah pun ala2 keychain cenonet tu ha. Pusing kiri pusing kanan, taktau nak beli apa. Tengok kasut, satu ribu lebih, takkan la seribu lebih nak letak kat kaki dak? Tengok tali pinggang, yang sedia ada elok lagi. Tengok beg baju, bak kata Bonda Phachat, dari anak gajah, mak gajah, bapak gajah punya saiz semua Fendiosman ada. Belek punya belek punya belek....ya la kan, nak memanfaatkan peluang dapat diskaun yang diberi. Haaa......tadaaaaa....
Dapatlah beli wallet baru yang cantik. Nanges la jugak nak keluarkan duit kan. Almaklumlah, Fendiosman bukan biasa sangat barang2 mahal ni. Selalunya yang simple dan menawan. Hadoilaaaa. Tapi ada satu cerita menarik dalam butik tadi. Ada la satu pasang customer dok nak membeli beg tangan ratus-ratus tu. Tapi sebab dapat 10% discount sajor, terus ala2 taknak beli la kan. Kes sama macam Fendiosman kot? Bajet ciput katanya. Tapi, tetibe salesgirl kat situ kata 20% discount kat Fendiosman, terus la dia tanya sebab dia dapat 10%. Kes dengki la tu...errrr...bulan kau istimewakah? Hahahaha...
Tapi biasa la kan, kalau kiasu tu....kat mana pun dia kiasu jugak. Macam kat atas ni, everything also must grab katanya. Terus nak tepek kat Fendiosman untuk dapat diskaun 20%. Nasib la hari ni angin baik, ala2 menang Grammy Award. Nak tumpang pun tumpang la...apa salahnya berkongsi untuk keselesaan orang lain dak? Sharing is caring rite? Bagi la diskaun yang ada tu kat orang tu jugak. Punya la dia puji Fendiosman sebab baik hati. Errr.....hari ni mood I baik ye, bukan mood model atas pentas tarik pipi masuk dalam sambil melibas rambut. Pelik jugak kan kerenah orang ni? Ada je chance, nak je menumpang walaupun tak kenal. Tapi tu la Malaysia, the uniqueness of it actually! Susah nak jumpa kat tempat lain rasanya.
Puas hati membeli walaupun hati kachiwa dapat keychain cenonet, masa untuk makan la. Feeling2 orang kaya lagi. Pi la makan kozen (orang kampung Fendiosman cakap cuisine bunyinya macam tu) ala2 sambil menikmati Chardonnay dan Salmon yang lazat. Sekali sekala kan.....errr, sila jangan speku gambar di atas ye. Molot orang ni bukan boleh caya sangat! Kang kata Fendiosman tonggang la apa la. Walaupun Chardonnay yang Fendiosman teguk tu spesis wine, tapi non-alcohol la. Boleh diminum tanpa sebarang perasaan was2 ye murid-murid!
Fuh......selesai sepetang Fendiosman bersama rakan2. Tapi tak boleh la buat selalu, bengkrap bengkrap. Minggu depan waktu raya cina nak jalan lagi.....nak breakaway sat! Ke mana? Tungguuuu........cukuplah Fendiosman cakap destinasi yang boleh dicop paspot antarabangsa yang dah nak luput tempoh tahun depan. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu







2 comments:
ooo... begitu asal usul blog ini diprivatekan ye? mcm lebih kurang sama situasi kite nih. nak berblog secara penuh kebebasan pun susah skrg... bukan buh nama pun kan? anyways... semoga suksek di tempat baru k?
enjoy the wallet... tentu couple tu dah jaja kat kawan2 dia... "baiklah mamat tadi tu..." entah2 diorang nak buat hantaran tak hehe...
Post a Comment