Thursday, January 14, 2010

Kena Layan Macam Raja Ke?


Hari ni nak merenung sejenak. Kisah ratu bertakhta di pundak setelah sekian lama. Nak tunggu turun, Masya Allah lama lagi, hampir sedekad katanya. Tapi apa boleh buat, kononnya feeling2 best jadi ratu. Memang makin lama makin naik lemak la dibuatnya. Kalau korang la kan, kena ke layan bos bagaikan raja?


Bila dah feeling2 raja, kena la ada orang gaji yang kena buat semua kerja. Isk....pelik bin ajaib. Naik kapal terbang beg cenonet pun kena orang check in kan. Lepas tu, bila terlepas kapal terbang, habis orang gaji kena maki hamun. Kononnya sebab orang gaji tu la dia terlepas kapal terbang. Errr..dah tau naik Kapal Terbang Merah Tambang Murah, perlu ke dilayan bagaikan nak terbang kelas Business? Ingat kapal terbang nak tunggu gamaknya. Tetap gigih nak hadir event sampai hujung. Sudahnya, bercucuran la orang gaji sorang tu sebab dituduh menyebabkan dia tak boleh naik kapal terbang. Hishhh......macam ni punya orang pun ada ka?

Tu satu la kan, belum kira cerita bila outstation. Ada jugak bibik kena jadi tukang seterika baju. Takde masa la katakan. Bizi sebagai ratu memerintah rakyat jelata. Baju sorang gosok, tudung sorang lagi gosok. Ada pulak lagi tukang teman tidur. Dah nak bilik sebesar hamparan saujana mata, pastu nak kena orang temankan. Perlukah? Bila orang taknak teman, habis satu bilik mesyuarat kena hambur. Hadoilaaaa...ini macam punya orang pun ada noh? Fendiosman kerja dengan Citygirl dulu pun tak susah nak dilayan macam ni.

Kalau naik kereta, haaaaa...kena ada orang bukakan pintu kalau pergi melawat jajahan takluk. Errr.....ni satu hal. Bila orang demanding, jangan dilayan sangat. Tapi masing-masing nak jilbon. Nak disayangi. Pakat la dok berebut buka pintu. Belum kira cium tangan waktu bersalam lagi. Hadoilaaaaaaa...jadi ibu bapakah sampai kena cium tangan? Atau setaraf dengan Duli Tuanku yang perlu Menjunjung Duli? KSU pun tak macam tu! Boleh bukak sendiri pintu.....

Bab makan satu hal la. Kena ada pulak pramugari pergi serve. Kalau tak serve, alamat tak terusik la makanan. Nak2 kalau yang buffet. Memang takkan pergi beratur ambik. Kena proper katanya. Ada sorang Pegawai Tinggi yang sangat dipuji. Walaupun dah berstatus B, tetap jugak pandai beratur untuk ambik makanan. Ni baru level C.....dah feeling2 seperti Permaisuri Agong. Kau mampoooo? Hmmm.....kalau dengan Fendiosman, jangan harap la nak diserve sebegitu. Sila ambil sendiri. Macam mana la bila dia pencen nanti ha?

Agaknya kalau ada tukang pakai tukang londeh baju seluar dalam, mesti laaa dia suka. Boleh jugak cuci daki yang terlekat. Isk.....ehmm....pendapat Fendiosman, kadang2 tu.....walaupun dia feeling2 ratu, tapi kalau tak dilayan takkan la dia jadi ratu. Ni makin dok layan, terjongket la kening dia...tak gitu murid-murid? Hai....entahlah....dunia semuanya! Wallahua'alam...

3 comments:

Elle Kamarudin said...

aku suka gmabar paling last hehehe

swit@kon said...

kalau ratu bermaharajalela, pasti lambat la nak turun takhta. :(

buka pintu, ciyom tangan. tu semua zaman lampau k

alieya akasha azman said...

hahaha.....tuanku...