Haaaaaa.....tudia, awat tetiba ada latihan menembak ni? Sapa kena tembak? Heh..adapun posting ni masih panas dari oven. Fendiosman baru je sampai dari Melaka. Pagi tadi seawal jam 7 dah bertolak untuk sama-sama join aktiviti PPTD. This time, it is PERTANDINGAN MENEMBAK PPTD. Menembak? Fendiosman reti menembak kah? Atau speku semata-mata?
Heh....hasil kegigihan Fendiosman menjadi PENDUDUK (istilah untuk Penembak Duduk), Alhamdulillah.....berbayar la jugak! Johan katanya! Ni aktiviti menembak berpasukan. Kategori menembak piring. Kalau solo punya kategori tu, Fendiosman masuk dalam top 20 gak, tapi top 20 dari belakang la. Hebat kan?
Ni antara markah2 yang diperolehi penembak yang ada. Tengok la score tu. Orang lain seratus lebih. Fendiosman dapat 65 markah saja dari 2 sesi menembak target. Point to ponder, Fendiosman tak reti kerja sorang-sorang. Kalau berpasukan tu, boleh la saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Bak kata Salim Parlan;"sebab kamu jatuhkan 1-2 piring tu la team kamu menang"
Betul jugak kata dia tu. Waktu mula-mula tu rasa kerdil sangat bila nak dibandingkan dengan those otai yang sangat la terer menembak. Tapi walaupun small contribution dari Fendiosman, tapi dengan small tu la team Fendiosman dapat menewaskan kumpulan2 yang hebat yang ada basic menembak yang kukuh. Macam tu jugaklah dalam kerja sehari-hari, kadang-kadang kita tak rasa pun kita ni contribute, tapi walaupun kerja stapler kertas, still dikira a contribution jugak kan?
Murid-murid semua, pertandingan ni adalah sebahagian dari aktiviti tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Dari golfing, dinnering (ada ka perkataan ni?), treasure hunting, bowling, paintballing, hinggalah ke shooting. Macam-macam ada....
This time, acara menembak ni diadakan di Akademi JPJ kat Melaka. Tak ingat lak nama tempat sebab masuk ke dalam tempat jin bertendang. Rasa jauh sangat masuk ke dalam dari tol Ayer Keroh tu.Hmm...the event was divided into 2 categories. Target shooting, and plate shooting. Murid-murid sekelian, plate tu bukanlah piring terbang melayang mahupun pinggan Arcopal yang dibaling ye! Tapi plate yang ditenggekkan di atas stand dan para penembak akan menembak plate itu. Haaa...kategori ni la yang Fendiosman dapat hadiah tu!
Well, here are some of the photos taken during the event;
The target board. Pertandingan ni dibuat dalam jarak 10 dan 15 meter. Nampak macam senang, tapi tangan menggigil seh! Nampak macam dekat, tapi....seksa jugak nak menembak tu. Ya la kan, bukan hari-hari kita menembak. Lain la kalau ada pendedahan intensif. Tak gitu?
Officers on duty. Ni pengasuh-pengasuh dan urusetia dari Akademi JPJ yang terlibat dalam acara kami. Ada pengasuh yang ala-ala diam. Ada pulak yang pokpek-pokpek sampai langsung tak boleh nak concentrate. Concentrate? Ish...tak reti menembak, disalahkan pulak pengasuh.
The safety briefing. Beretta is the firearm used for the event today. Fendiosman pun tak tanya pulak model mana. Banyak jenis Beretta ni. Can someone identify the firearm please? Safety briefing ni perlu sebab peluru yang digunakan adalah peluru hidup. Extra precaution needed.
Kononnya dok feeling tembak tepat la tu! Err...rasa macam model breakaway pun ada gak. Hiks. Ni kaedah fotogedik namanya. Bukan candid ye! Memang posingnye camtu!
The master of the event. Salim Parlan. Ala..kalo korang penah tengok TV pasal penguatkuasa JPJ tu, ha ni la Pengarahnya. Zaman kat INTAN sama-sama ngan 334 clan dulu, memang puas la kitorang kena herdik dengan dia. Bukan apa, nak suruh kami jadi orang. Kalau tak, Fendiosman rasa Fendiosman tak jadi macam sekarang ni.
The plate shooting. Ye, tengok tu, ada piring segiempat diletakkan kat atas kayu tu. Ha...kau tembaklah sampai jatuh. 1 team, 3 orang, 7 peluru each, 10 plates. Fendiosman berfungsi sebagai pemula tembak (in the event of SERI, pemenang ditentukan berdasarkan sapa yang tembak dulu). Part ni Fendiosman sangat suka, sebab bila wisel bunyi je, terus Fendiosman tembak. Kena target tu.....abaikan la dulu eh! Yang penting, team I tetam menang ok! *matila bongkak!
The target shooting. As you can see, the one with white shirt in the red rectangle is Fendiosman. Nak amek dekat2 tak boleh. Sebab tak dibenarkan masuk ke lapang sasar atas sebab-sebab keselamatan. So, amek gambo dari jauh saje la...Apa pun, it was so enjoyable. Biasa la, pi mana2 event PPTD ni mesti ada muka 334 clan. This time pun ada jugak la kitorang menyemak. Liaison pun 334, fasi PAC pun 334, PPTD pun 334. Ish...awat ni? Takdak orang lain dah ka? Hmm..penat, tapi seronok sebab dapat release tension, nak pulak waktu menembak tu dapat pulak membayangkan menembak kepala orang-orang yang kita tak suka macam Kawan Plastik Celah Bedah, dan yang sewaktu dengannya. Harapnya tahun depan ada la lagi aktiviti camni.
To the organizer committee, Kerel and the gang, congratulations for organizing this. Kudos to all of you!
11 comments:
tahniah le ye en. fendiosman.....
hidup 334!!!
Yg tu x salah aku Beretta 9mm
KARAD
mekaseh.....
tanpa peminat2 semua saya takkan mampu ke tahap ini!
hahahhahaa......
feeling glamerkah?
ADIK
oooo ya ka?
mana la aku reti sangat bab2 pistol ni...
takdak keperluan nak guna
pssstt... TARIQ, aku ada keperluan nak guna Baretta tersebut. Bila aku boleh pinjam?
PHACHAT
Nak pinjam Beretta ya?
Sila berhubung dengan TSP di talian seperti yang anda ketahui sebelum ini...
fendi.. aih puji lebih nampak SP... ade pape ke nih.. hahaha...
uwah!! hebat2.. tak kirala berapa ko shoot .. tapi JOHAN tetap JOHAN beb..
AZRAL
hish...mana ada aku puji lebih2...
aku puji cmane pun, tetap gak dia tak nampak aku ni. am not his peberet....like others!
NADZATE
ye....tapi ada orang tetap tak caya aku menang. siap kata aku tukar scorecard lagi tuuu!
pawer..memang pawer..hihihi mata tajam tuh. en tayo, bila mau pegang micropon plak ni??? ada orang kerinduan nak dgr suara lah!
SWIT@KON
takde maknenye tajam...
rabun jauh ada la...
hahahahha
pegang mic?
dah selalu pegang la.....
tak caye tanye cik adni.
kat seremban seminar pegang, kat KL liaison pun pegang.
kan adni kan?
jangan salah tembak sudey !!
:D
Post a Comment