Sunday, December 07, 2008

Liaison Duty - Jogging Di Pagi Hari.....

Adapun selama seminggu Fendiosman berkampung di Hotel Best Western Premier Seri Pacific di Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai Liaison Officer bagi AMCDR - Asian Ministerial Conference for Disaster Reduction. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kali ni Fendiosman mendapat tugasan untuk mengiringi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bagi Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof, begitulah gerangan Menteri yang telah diberi tanggungjawab kepada Fendiosman untuk menjaga beliau sewaktu kunjungan beliau ke Malaysia.

Tugasan Fendiosman sebagai Liaison bermula seawal hari Jumaat, 28 November. Setibanya dari Seremban untuk tugasan sebagai Liaison TKSU(P) untuk persidangan pengurusan (haaa...naik turun hotel katanya), terus Fendiosman bergegas ke Dynasty Hotel untuk siri taklimat bersama anggota PDRM di mana Fendiosman diperkenalkan dengan PSO, (murid-murid sekelian, PSO ni kependekan bagi Personal Security Officer, merangkap bodigad yang terdiri daripada anggota PDRM). This time, PSO yang agak senior yang telah diberi tugasan bersama Fendiosman.

29 dan 30 November, seawal jam 8 pagi Fendiosman kena hadir di lokasi persidangan untuk acara LARIAN KERING (dry run katanya) bagi ketibaan para menteri yang diberi taraf tetamu negara. Among 40+ countries yang hadir, hanya 9 yang diberi taraf tetamu. Dan pada 30 November jugaklah Fendiosman kena heret beg masuk ke hotel untuk persediaan ketibaan YB Pehin keesokan harinya. Berangkut la segala kelengkapan untuk seminggu berkampung di Kuala Lumpur.

1 Disember, ketibaan YB Pehin. Seperti biasa sebelum ni, sebelum ketibaan (4-5 hari sebelum) dah kita sebagai liaison ni kena kontek kedutaan negara tersebut untuk maklumat mengenai VIP yang akan hadir. Dari sini kita juga boleh minta gambaran bagaimanakah tetamu yang bakal kita iringi tersebut. Dan dari maklumat yang diterima, YB Pehin merupakan seorang yang sukar berbicara, seorang yang pendiam dan sukar didekati. Cabaran buat Fendiosman. Tapi Fendiosman tenang menerima tugasan. Ada cara untuk mendekati tetamu yang sebegini. Dan niat Fendiosman, Fendiosman nak pastikan walaupun orang mengatakan beliau sukar didekati. tapi Fendiosman tetap nak dekati.

Ketibaan YB Pehin bersama ahli rombongan disambut di KUL dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Seperti tugasan sebelum ini, Fendiosman dengan gembiranya menyambut ketibaan tetamu dan bersedia dengan jawapan sekiranya terdapat soalan yang dikemukakan. Since ada Pegawai Tak Berapa Tinggi dari MKN (Murid-murid sekelian, MKN tu Majlis Keselamatan Negara ye!), yang menyambut ketibaan YB Pehin, Fendiosman biarkan beliau mengentertain. Tapi tetibe ada satu soalan yang orang biasa takkan boleh jawab keluar dari mulut YB Pehin....

"KLIA ni ada berapa terminal ye?"

"Err....errrr....errrr...errrr...." jawab Pegawai Tak Berapa tinggi....lantas dia ushakan tangan ke arah Fendiosman dengan niat untuk menaichi...

Fendiosman tersenyum, dan dengan tenangnye menjawab....

"Yang Berhormat Pehin, di sini ada 3 terminal, Main Terminal Building, Satellite Terminal, dan LCC Terminal. Tapi kalau nak masuk Terminal Kargo, jadi 4 terminal la semuanya"

Tudiaaa....krew penerbangan kah?

"Subang dah tak pakai lagi?"

"Errr....errr...errrr...." sekali lagi Pegawai Tak Berapa Tinggi mengusha Fendiosman...

"Yang Berhormat Pehin, sekarang ni Subang is dedicated for turbo-prop planes, there are 2 sheduled airlines operating from Subang, Firefly and Berjaya Air...."

Heh....sebagai liaison ni, jangan ingat nak pose pose cantik je! Tapi, semua maklumat kena ada di hujung jari. Tempat makan, tempat shopping, lokasi menarik, tempat 'ayam' jika perlu, tempat urut kaki, pasar malam, kedai karpet, kedai batik, dan sebagainya. Kalau tak tau, sila cari kawan-kawan yang ada. Hahaha.....dan kalau dah sesat Barat, sila dail 103 untuk pertanyaan.

Apa pun, Fendiosman sangat senang berurusan dengan YB Pehin sebab beliau terlalu komited dengan kerja. Datang untuk berkonferens, makanya memang konferenslah yang beliau hadir. Takde nak melencong kiri kanan pergi bershopping.

Tapi macam biasa la kan, jadi liaison ni kena aturkan meeting, semak jadual meeting, dapatkan info pasal konferens, aturkan bilateral, itu ini begitu begini. Memang 24 jam kena berada dalam mod sedia. Nama je dok hotel kat KL, tapi tetap la tak keluar jauh. Abis jauh pun ke The Mall.

Hmm..dalam banyak-banyak tugasan yang Fendiosman buat, ada satu tugasan yang Fendiosman rasakan mengeratkan hubungan Fendiosman dengan YB Pehin. Apa eh? Yaaaa....berjogging di pagi hari. Sesungguhnya perkhabaran awal yang diterima memberitahu bahawa YB Pehin sangat menggemari acara jogging di pagi hari. Huhuhu....dan selama beliau berada di sini, memang setiap hari Fendiosman temankan YB Pehin sambil diiringi ahli rombongan yang lain serta abang polis ke lokasi-lokasi tertentu untuk berjogging. (Phachat...aku rasa kalau kau jadi Liaison beliau, mesti kau merungut kan?). Merasa la kena bergegas balik ke Kajang untuk mengambik kasut sukan, stokin sukan dan pakaian sukan untuk berjogging.

Hari Pertama, GYMNASIUM - sebab acara perasmian bermula awal, not encouraged to go out. Hari Kedua - Tasik Perdana. Hari Ketiga dan Keempat - Tasik Titiwangsa. Hari Kelima - KLCC Park. Sebagai liaison yang bertanggungjawab, memang Fendiosman akan sentiasa berada berdekatan dengan tetamu yang diiringi. Cabaran buat Fendiosman, YB Pehin memang cergas, dan pantas. Sehari sekurang-kurangnya 4 KM dihabiskan untuk larian. Bak kata orang, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau, lari cepat-cepat. Jadi, Fendiosman pun turut berjogging seawal jam 6.15 pagi bersama YB Pehin. Dari sini, memang Fendiosman dapat mengenali YB Pehin dengan lebih rapat lagi. Ada saja yang Fendiosman sembangkan. Dari hal keluarga, sampailah ke hal politik. Dari cerita senaman, sampai ke makanan. Pendek kata, memang tidak dapat dinilai peluang yang ada tu.

Satu yang menyebabkan Fendiosman rasa terharu apabila dipuji oleh YB Pehin....

"Wow...you're very fit..."

"Your Excellency.....As a matter of fact, we were tested on our fitness status before they allow us to join the Administrative and Diplomatic Service. We have to finish a 2.4KM run within the time given. So, it is not a problem for me to jog with you like this"

Tudiaaa....goreng apa tatau? Tapi bila lagi nak berbangga dengan servis sendiri kan? Elit dan premier katanya. Matila kena kutuk dengan servis lain pasni. Begitulah ceritanya rutin Fendiosman setiap hari selama 5 hari.

Awal pagi, jogging. Kemudian, terus ke aktiviti-aktiviti yang diaturkan. Petang, Fendiosman akan berendam di jacuzzi dan sauna milik hotel untuk melepaskan lelah seharian bertugas. Malam, sentiasa dalam standby mode. Dan, terus terang Fendiosman katakan, YB Pehin bukanlah seperti yang telah digambarkan. Kena dengan kuncinya, memang YB Pehin akan berbicara dengan senang.

Dan semalam, hari terakhir YB Pehin berada di Malaysia. Tibalah masanya untuk menghantar pulang. Terus selesaikan urusan tiket bersama orang dari kedutaan, bagasi bersama urusetia pengangkutan, dan kira-kira 2 jam sebelum perlepasan, terus ke KUL untuk keberangkatan. Sejurus sebelum berlepas....teringat aku dengan ucapan dari Pehin..

"U have my address rite? Kalau ke Brunei jangan lupa bagitau! Saya bawa kamu ke taman untuk jogging"

Tudiaaa......jogging katanya.

Well, doing a liaison job nampak macam senang. Tapi sebenarnya agak mencabar. Semua terletak kepada kebijaksanaan kita sebagai liaison untuk menjalankan tugas. Semuanya kena pantas, dan sentiasa kena ada plan A, B, C maupun D bagi memudahkan kerja kita. Tapi, janganlah terlalu rigid. Nanti kita pulak yang tak terikut.

Untuk urusetia.....mekaseh la eh sebab bagi peluang aku jadi Liaison. Untuk Agensi Pusat, a.k.a JPA, mekaseh sebab keluarkan surat lantikan. Appreciate that very much. Untuk kawan-kawan liaison, especially 334 clan, it has been a pleasure to work with you guys. Untuk abang polisku, nice to know u. Untuk yang tak dapat tips...jangan kecewa! Temanya, jangan terlalu mengharap! Anggap benda tu sebagai rezeki. Ada.....alhamdulillah. Takde.....jangan marah.

18 comments:

phachat said...

PENDI!!! Kalu aku diajak berjogging petang pun bukan takat merungut, Pehin tu pulak kena pujuk aku jangan terjun bangunan! Nak2 lagi di pagi2 kejut semata nk ajak lari2 berapa keliling tuh, mau tetiba ko jumpa aku atas katil ala2 Kurt Cobain! OD katanya...


Tapi tahniah la atas kecemerlanganmu itu, bangga aku mdapat anak sepertimu! Kitalah Putri harapan bangsa... oopppsss!!! Lepas ni mulot2 bising durjana tu ko pegilah jumpa, kibas sikit rambut depan mereka! Ni namanya makan garam awal u olllsss... Kalu x takkan i oollsss ada hypertensi!!!

Adi Osman said...

PHACHAT

ODkah?
Terjun bangunan ye?
Dengan syarat kau musti berkemban ala2 di Kuala Berang ittewww....

Ya memang betul kitalah puteri harapan bangsa berkumpul dari seluruh tanahair katanya! Memang aku telah mengharumkan nama sekolah! Ahahahahha....

MOLY said...

Salam Aidiladha buat fendi osman dan keluarga

:)

Jijie Armidza said...

Bunga Raya tu bukan kira salah satu terminal ke?

Adi Osman said...

LILYLULU

salam aidiladha to u too


KARAD

hmmm
for commercial use, only 3 are listed. bunga raya is not a commercial terminal tho...

perantau.tt said...

err satu ko tk citer kan.. masyukk tak?

Adi Osman said...

AZRAL

ish...hat tu kira private and confidential.

cukuplah aku katakan yang aku kena isi borang untuk declare. hahahahaha

XiGorX said...

kira masyukk la tu...emmm...hehehe

Adni Ariff said...

jangan lupaa, tiga puluh persennnnnnnn!!!

patik dapat jam dinding. kena declare kah?

Adi Osman said...

XIGORX

masyuk la kot!
rasanya yangt tertinggi dalam persidangan tu kot?


ADNI ARIFF

karaoke je boley?

Rush Murad said...

bukan ker masa latihan berlari tu u dipapah segala?... i still hv the pics u know.... :D

Dedicated khas utk abang polisku... berapa byk dapat duit raya from Pehin???

Adni Ariff said...

boleh boleh... dengan jumlah jam terkumpul sebanyak 20 jam.(macam kira jam berkursus utk buku log latihan tu..)

bile dah lengkap 20 jam maka terlangsailah hutang tersebut. muahahahahaha... kalau gi dgn kwn2 yang lain, nanti bleh claim pakai resit original. amacam? :P

Adi Osman said...

BANG SHIDI

dipapah tu bukanlah saya. tapi seorang rakan yang telah kudokong sejauh 1 KM di belakangku ini....

hehehehe.....


ADNI ARIFF

wahhhhhh

sudah pandai menggunakan buku log!
kagumnye dengan budak2 didikan siti hijer ni!
heheheh

Lt. Mohd Azriza said...

Ko memang hebatlah Tariq.Respek3!Very informative too.

Adi Osman said...

COMRAD

ish...biasa je ni!
skadar menceritakan pengalaman

Naqib Osman said...

haha..bleh la jadi ADC aku pasni..mcm cemerlang ja..

DBI said...

so jogging lima hari tu..ada kempis ker itu perut..? :-)

salam aidil adha

Adi Osman said...

ADIK

waaaa....ang berangan nak ADC noh?
bukan ka la ni ang jadi ADC buddy ang?
ahahhaha


BANG DBI

sejurus balik menjadi liaison....kite dah mengamalkan amalam jogging ni setiap petang kalau keadaan cuaca mengijinkan!

lalalala

dah susut la sikit!