Monday, December 15, 2008

Rindu Seorang Anak...


Rasanya bagaikan baru semalam aku menerima panggilan dari Mama memberitahu mengenai kepulangan Arwah Baba menemui Yang Maha Esa. Rasanya bagaikan baru semalam aku berbual dengan Baba melalui telefon sehari sebelumnya. Rasanya bagaikan baru semalam aku menangisi kehilangan Baba yang amat aku sayangi. Tapi hakikatnya, semalam, 14 Disember 2008 genaplah setahun pemergian Baba. Sungguh pantas masa berlalu. Kesan kehilangan Baba amat mendalam dan cukup terkesan dalam sanubari aku ini. Aku yang selama ini agak longgar dengan Baba dan Mama bagaikan kehilangan arah.

Awal kehilangan Baba, aku bagaikan tiada perasaan. Mungkin kerana tiada jasad yang boleh aku iringi ke persemadian. Mungkin juga aku tidak menyedari apa sebenarnya yang berlaku. Semuanya bagaikan mimpi buatku. Tapi lama kelamaan, rasa kehilangan itu bagaikan meruntun jiwa aku. Aku sangkakan hatiku ini keras, tapi sekeras-keras batu, kalau dititiskan air lama-kelamaan akan berlekuk jua.

Menginjak bulan Julai yang lalu, aku sudah merasakan sesuatu yang perit untuk aku hadapi. Aku kehilangan langsung tempat untuk aku mengadu. Benar, Along mengambil tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menggantikan Baba, tapi semuanya tidak serupa dengan apa yang Baba telah tinggalkan. Hari demi hari, rasa kosong itu makin memakan diriku. Aku banyak habiskan masa dengan termenung. Aku banyak melimpahkan air mata tanpa disedari.

Tapi, walau sederas mana air mata ini turun, sudah pasti aku tidak akan dapat mengembalikan Baba kerana Dia lebih sayangkan Baba. Pernah aku berdoa untuk dikembalikan Baba walaupun sekejap untuk aku nyatakan betapa sayangnya aku Baba. Hanya dalam doaku saja mampu kumohon. Mustahil Baba akan menjelma di depan mataku ini. Apa yang boleh diminta supaya aku ditemukan kembali dengan Baba di Akhirat nanti. Aku terlalu rindukan Baba. Aku rindukan suara garangnya. Aku rindukan gurau sendanya. Aku rindukan herdik tempiknya. Aku rindukan semua itu.

Ramadhan yang lalu, kehilangan Baba makin aku rasai. Menjelang Syawal, perasaan itu tidak lagi dapat aku bendung. Aku bagaikan hilang arah punca. Hari-hari di penghujung Ramadhan, kesedihan yang dialami makin menjadi-jadi. Syawal menjelma, dan sewaktu menziarahi pusara Arwah Tok, aku menangis teresak-esak mengadu nasibku kepada sepasang tiang nisan yang berdiri kaku. Ke mana saja yang dikunjungi, selagi ia mengingatkan aku kepada Baba, memang sungai air mataku akan mengalir deras tanpa segan silu.

"Tok....Cek teringat kat Baba"

Pelik, tapi itulah hakikat yang berlaku. Namun hati aku juga ingin berperasaan gembira seperti orang lain. Bermacam-macam ikhtiar dan usaha yang cuba aku buat termasuklah dengan menghantar sampel rambut kepada rakanku di Terengganu untuk mendapatkan ubat yang serasi dengan masalah yang dihadapi ini. Mungkin bagi yang pernah lalui apa yang aku rasakan ini mengerti betapa sedih dan pilunya perasaan bila diuji sebegini. Tapi, kata orang kehidupan ini mesti diteruskan. Dan itulah yang aku cuba lakukan perlahan demi perlahan.

Kesihatanku memang terganggu setelah ketiadaan Baba. Dek kerana aku terlalu memikirkan kesalahan yang aku pernah lakukan terhadap Baba, tekanan darahku mula turun naik dengan tidak menentu. Memang mudah orang katakan sabar, tapi untuk aku yang berhadapan dengan ketentuan Ilahi ini, terlalu sukar untuk aku menerima kenyataan yang Baba telah tiada buat selama-lamanya.

Pernah aku tanyakan soalan yang membuatkan Mama menangis tempohari;

"Mama, Angah ni jahat sangat ka? Baba marah ka kat Angah? Baba kecik ati ka sebab Angah selalu jauhkan diri? Baba maafkan Angah dak Mama?"

"Angah, Baba sayang semua anak dia. Takdak beza-beza pun"

"Tapi Angah tak sempat mintak maaf dengan Baba...."

"Baba dah maafkan pun Angah...."

Aku tak mahu digelar anak derhaka. Aku sentiasa bermohon kepadaNya supaya aku diketemukan kembali dengan Baba di kemudian hari.

Pemergian Baba juga menjadi titik permulaan kepada kehidupanku dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Dari seorang yang 'nakal', aku kembali mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Dari seorang yang liar, aku kembali ke pangkuan keluarga. Aku tak mahu perkara yang sama berulang lagi. Baba pergi tanpa sempat aku memohon maaf kepadanya. Ghaib, jauh dari pandangan mata.

Baba, Angah rindu sangat. Baba, Angah minta ampun minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Angah banyak buat salah pada Baba. Angah banyak lawan cakap Baba. Angah banyak tak ikut kata Baba. Angah minta ampun Baba. Angah doakan semoga Baba tenang dan bahagia di sisi Yang Esa. Al-Fatihah (Osman bin Haji Yahya : 11 Mei 1948 - 14 Disember 2007)

Baba....Angah Rindu!

21 comments:

perantau.tt said...

Al-Fatihah.. Moga roh Baba sentiasa dirahmatiNya...

Sebagai anak teruskan tanggungjawab menjaga Ibunda tercinta pula...

Moga ianya menjadi peringatan buat kita semua....

nadzate said...

sabaq ya.. emm memang sedih kalau org yang kita sayang hilang, tapi aku tau hang strong enuf hadap bende nih, jangan pikirkan sangat orang yang dah pergi bro.. just panjangkan doa kepadanya..

Zamil Afiq Zulkifli said...

bersabar byk2 ye.. en tariq.. sedih apik bc keluhan/tangisan en tariq..

Adi Osman said...

AZRAL

itu yang cuba aku lakukan la ni. biaqlah kisah aku ni jadi pengajaran buat aku dan orang lain yang membaca.

never take things for granted!


NADZATE

Allah Taala takkan menguji kita kalau dia rasa kita tak mampu nak hadapi dugaan ni!

Ni sebagai tanda yang Dia masih sayangkan aku.....Alhamdulillah


APIK

ya..sabar!
ala hang toksah sedih2 la....

hang pi tanya adik aku tengok, dia pun rasa macam aku rasa ni!

Anonymous said...

Alfatihah..untuk arwah...kebetulan kisah kita hampir serupa,amad memahami situasi...samalah kita tabahkan diri perbaiki kesilapan..

swit@kon said...

al-fatihah...
sedih lah :(
semoga arwah berada di dalam golongan yang diredhaiNya.

Adi Osman said...

AMAD

hanya orang yang pernah lalui apa yang aku lalui ni yang akan paham apa yang aku simpan dan aku pendam!

nampak macam mudah...tapi sebenarnya sangat susah nak ditelan kenyataan itu!


SWIT@KON

ala...jangan la sedih2....
for now, take a good care of your parents.

jangan nanti dah nasik jadi bubur baru nam menyesal!

phachat said...

TARIQ,

aku tak tahu camne kelangsungan idop ko sebelum ni,

aku tak tahu apa yg ko dh penah buat,

aku x tau bape besar dosa ko kat baba ko,

DAN aku tak tau camne hubungan ko ngan arwah baba ko dulu...


tapi kalu aku ada anak, aku tak akan kesal beranakkan engkau.



* ERR... Nama hang ada dibubuh nama atuk hang @ arwah punya bapak nyer nama la... baru aku pasan....

Adi Osman said...

PHACHAT

pernah kau tengok iceberg tak?
kita nampak macam kecik je kan kat atas dia tu! dan kat bawah air tu ada lagi 2/3 yang tenggelam.

sama la macam aku. apa yang kau nampak secara zahir tu just 1/3 daripada diri aku je. lagi 2/3 aku simpan. dan kalau kau bernasib baik, kalau kau selam memang boleh nampak lagi 2/3 part yang tenggelam tu.

mekaseh sebab tak menyesal beranakkan aku! hehehe....
tapi pernah ke kau beranak?

opssss

Rush Murad said...

Buat kenduri Hol tak?

Adni Ariff said...

al-fatihah. sbb tu kita kena appreciate apa kita ada hari ni. dah ilang baru terasa,kan?

*sniff*

skatype said...

1stly..
salam blog n salam snggah..
mmg trsntuh atie kcil ni bc blog bro.
pepun..
gua doakan smoga arwah baba bro dtmpatkan brsma org2 beriman..
amiiiiinnn..
nyway.
sbar ye bro.
stiap yg idup.
pasti merasai mati..

Adi Osman said...

BANG SHIDI

kenduri tu anytime boleh buat. tak perlu tempoh2 tertentu. sama jugak tahlil dan bacaan surah. asal teringat je, kena la buat!


ADNI ARIFF

yes....
untuk parents kita, memang camtu.
never ever let them sad....


SKATYPE

mekaseh...
memang sentiasa kena bersabar menghadapi ujian ini

Azram said...

Meleleh airmata baca your entry this time. Elok juga lepaskan perasaan dan jangan dipendam. Doakanlah saja yg baik utk arwah, doa anak yg soleh yang dinanti-nanti arwah.

tim'ots said...

sedih baca entry ko ni...takziah tariq...sesungguhnya Allah lebih menyayangi baba ko...Al-fatihah.....

tapi jgn terlalu sedih sampai ko terlupa dgn mama ko dan adik beradik ko yg lain...yang pergi biarkan pergi, yg ada ni perlu dijaga supaya pisang tak berbuah dua kali...walaupun tak mustahil masa akan dtg, dgn GMO pisang boleh berbuah berkali2....pastikan ko tak mengulangi kesilapan yg sama...err...ko paham kan maksud aku?

NISREEFA said...

Alfatihah buat baba awak tariq.. Tak tau pulak baba awak meninggal..

Adi Osman said...

AZRAM

kak ida mungkin tau kot macam mana saya rasa. sebab kak ida pun penah alami benda yang sama. pak tam mi dulu pun suruh kak ida balik, tapi kak ida tak dan jugak nak balik kan?

saya pun rasa macam tu gak kak. dia ghaib terus. tak dan nak kata apa2, terus dia hilang.


TIMOT

ye timot. aku memang takkan abaikan mana2 part yang pernah aku abaikan dulu!

sekarang ni, kalau boleh hari hari aku nak tengok mama aku!


NISREEFA

dah setahun ima.....
kau nampak aku hepi kan?
tapi kalau kau tenung mata aku dalam dalam.....kau mungkin dapat rasa aura kesedihan tu!

xtopak said...

dh lama aku x singgah blog ko.. hari nih br berkesempatan nk bacer. bos2 semua xde. aku jadik bos kat ofis. muuuaaahhahahahaha...

anyway, sayu jer aku baca post yg satu nih.

tetiba aku teringat kat lagu nasyid rabbani.. PERGI TAK KEMBALI.(ye, kekadang saya layan gak lagu nasyid.. jarang tp aderlah gak sesekali tu. hehehe...)

yg dah pegi, kita doakan. yg masih hidup, kita hargai.. termasuklah diri kita sendiri.

..jgn sedey-sedey.. SENYUM! =D

Adi Osman said...

ANAKTOKBIBAH

bos kau yang nama DATIN HIJER tu ke?
hehehehe....

sue...kalau kau sayu, sayu lagi hati aku yang menulis ni.

menitik air mata ni bila aku baca. walau berkali-kali aku baca posting ni, tetap menitik laju.

Cybernetics Mind said...

Salam...semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan2 yg beriman...amin

mummysyafie said...

sedihnya baca entry kali ni..mmg saya tak penah lagi merasa apa yang awak rasa..tapi sebagai umatNya..kira harus bersabar..

kekadang apa yang berlaku tu banyak mengajar kiter erti kehidupan..

bawak banyak bersabar erkk..insyallah...satu jalan yang lurus dan luas akan terbentang dihadapan..

Al Fatihah