Friday, November 17, 2006

Selamat Tinggal ATMA

Jumaat lepas, seminggu yang lalu aku dah say bye bye kat ATMA selepas seminggu aku menangguhkan tempoh memulakan tugas, and on Monday aku secara official masuk ke KKM, Parcel E. I was so nervous, tak tau apa bala yang menanti. Overall, kesimpulan yang aku boleh buat kerja kat ATMA tu best, tapi bila dah nakhoda buat kapal bergoncang langgar ombak, awak2 kapal akan mabuk. Dan bila kapal dah nak karam, nakhoda yang masuk ke rescue boat dulu tanpa pikirkan awak2. Lepas aku blah ada isu lagi hangat timbul. Kesian la kat manusia-manusia kat atma tu. Aku tumpang simpati kat korang. Semoga tabah menghadapi Pak Meon yang perasan best tu. Kau nak jadi VC? Amek laaaa....tapi kalau dah keras ati camtu, payah orang nak suka. Orang lain pun keje askar gak, takde la macam dia ni. So damn arrogant!

Apa pun, I'll miss every single moment kat ATMA. Untuk semua staf kat Bahagian Akademik, it has been a pleasure to work with you guys. Untuk pensyarah2 sekelian, terima kasih banyak2 atas kerjasama yang diberi. Untuk 6 jahanam, N1 sampai N5, aku sedih sebenarnya. Tapi lumrah hidup, kita kena terima hakikat.

Sebelum aku abiskan hari terakhir aku tu, sengaja aku balik lewat. 1830H aku nak lalu kat roundabout RSAT Sg Besi, sebab ada orang tiup trumpet sambil turunkan bendera. Berentikan kenderaan, senyap. Layan kejap. Sedih seh...pasni nak masuk kem pun belum tentu lagi. Rasanya la kan, mana taknya dah lari keluar MINDEF langsung.

Untuk para pembaca, aku nak mintak maaf pasal lama tak update blog ni. Aku ada komputer yang canggih kat opis, tapi connection internet problem. Port untuk cucuk aku nye line rosak. So dari hari Isnin aku lapor sampai la hari Khamis baru resolve. Mungkin derang kat sini banyak keje kot. Apa pun terima kasih aku ucapkan kat technician yang repair tu.

Tempat baru, aku naik tingkat 9 lapor kat Mr Takmesra. Dan terus dia bawak aku naik tingkat 10 ke unit. Unit Dasar dan Penyelarasan. Compare tingkat 9 dan tingkat 10, walaupun bawah Bahagian yang sama, tapi kat tingkat 9 macam Pasar Borong, riuh rendah bunyinya, naik tingkat 10 alahai macam rumah mayat lak. Opis baru berdepan dengan bilik SUB. Lagi la aku masak....asal dia nak masuk / keluar bilik mesti lalu bilik aku.

Hmm...keje macam biasa. Buat dasar ni kene banyak baca dan tulis. Malay and english. Macam mana aku nak asah lagi skil aku menggarapkan bahasa2 yang boleh difahami dan indah! Kene baca banyak ni.

Staf bawah aku 2 orang je. Takde lagi PAR, takde lagi jurutaip. So sume buat sendiri. Kalau dulu, bole la "Padillll.....amek ni potostat". Skang ni merayau la cari mesin sendiri. Isnin, aku baca dan pahamkan fungsi2 unit, tengok kerja2 mamat yang MIA ni. Selasa, keje mula datang. Rabu, kamis dan ari ni.........ulalala...memang memerah otak namanya. Banyak la pulak nak baca dan ulas. Banyak lagi benda nak karang. Takpe...cabaran namanya. Kalau pikir positif, positif la keje yang akan jadi.

Awal ni, tengok, dengar, serap dan bertindak. Nak kekwatkan diri blom sampai masa lagi. Tapi ada la yang dah kene sembur ngan aku. Ahaks...sembur manja. Bukan teruk sangat pun. Banyak isu gak kat tempat baru ni. Sana tembak sini, sini tembak sana. Lumrah!

Dah la kot. Nak menaip ni pun curi2 masa. Kalau kat ATMA keje bermusim. Kat sini sentiasa ada. Nak sesuaikan diri dengan suasana kat tempat baru ni takde masalah rasanya. Usaha, doa dan tawakkal...insya allah berjaya

Thursday, November 09, 2006

Salah Tema la pulak...

Malam tadi g majlis raya Alumni UKM kat PUSANIKA UKM. Cik Noey jemput last weekend. Mintak hadir ke majlis raya. So lepas keje semalam, balik umah siap2 la nak ke UKM. Ajak si Wawa sekali, dia pun kata dapat jemputan. Konon Cik Noey cakap dress code Baju Melayu. Aku gigih la iron baju sebelum mandi. Ye la, nak masuk majlis kene la ikut apa yang diberitahu.

1930h aku gedeh2 naik moto ke umah Wawa, dia kata tengah siap waktu aku nak turun dari umah. Sampai je terus dia dah ada kat bawah. Mula2 budak Wawa ni malas nak pegi. Kata Cik Noey tetamu ramai yang senior2 grand2 ni. Aku pun prepare la sebaik mungkin, ye la kan imej kita kene jaga gak.

Cik Noey cakap majlis mula 2000h. 1945 bertolak, 1955 sampai. Masuk UKM, sampai PUSANIKA nampak kosong lagik. Aku dah gelabah dah. Kot2 salah tempat. Skali nampak Cik Noey dengan baju kaler merah ubi tu. Lega sikit, usha lagi tengok orang yang datang, Mat Ting Pengetua Kajai pakai batik. Aku lagi gelabah.

Sebelum sampai, dalam kereta aku cakap ngan Wawa kalau orang tak pakai baju melayu kita balik. Sebabnye slalu kat UKM tu, orang tak dress to code slalunye. I learn based on experience, melainkan kat Pusat Kebudayaan, sebab selalunya majlis yang diadakan ada tema.

Sampai je, terus call Cik Noey, sebab nampak Mat Ting tu pakai batik aku ngamuk kat dia. Aku kata nak balik. Cik Noey kata Mat Ting boss, so dia pakai batik. Lepak la dalam kereta sat gosip2 ngan Wawa sambil perhati orang2 yang datang. Batik, batik dan batik. Sume batik.

Wawa ajak balik. Aku pun dah rasa nak balik sebab nampak cam kitorang je pakai baju melayu selain Cik Noey. Panggil Cik Noey kata nak balik. Dia suruh stay jugak. Dia kata Ayen nak datang, call Ayen dia kata pakai Baju Melayu gak. Bertambah geng. Tapi apa yang nampak VIP2 sume pakai batik. Chess....

Here we are, ni kawan2 seperguruan ngan aku. Aadyamaatra Alumni. Ayen, Me, Cik Noey & Wawa. Dah cukup korum kalau nanak wat show ni.


So bila majlis dah nak mula, baru la kitorang menyelit. Nasib baik takde ucapan. Terus ke acara makan. Tapi tetamu yang datang nampaknye ramai students dari alumni. Yang alumni pulak, yang keje di UKM. Alang2 dah datang makan je la. Orang nak bagi makan. Ye dak?

At last ada gak budak pakai baju melayu, tapi tak complete. Baju Melayu, ngan slack, sandal. Cik Noey kata lengkap! Alahai, rasa nak cabut je samping ngan songkok tu. Tapi kesian lak kat Ayen ngan Wawa.

Makan dan makan...terus makan. Banyak lak makanan, tapi orang tak ramai. Agaknya pasal majlis Mat Ting wat kot? Lepas makan terus cabut la, perut dah kenyang. Takmo rimas2 kan badan ngan baju melayu. Ye la dah kene cerempet, nak panas pun kawan sendiri. Tapi pasni kalau wat majlis camtu takmo caya lagi la.

Moral : 1. Jangan caya kalau majlis ciput2 ni (nak2 kalau alumni UKM yang buat), pakai la baju sesedap rasa kalau derang yang wat majlis.

2. Sediakan baju extra dalam kenderaan anda (ni kalau g majlis besar2 la), kalau salah tema boleh tukar on the spot. Takde la nak malu masuk majlis.

Ok la kot, apa pun kenyang la makan kat situ. Mekasih Cik Noey....

Wednesday, November 08, 2006

Emergency Leave

Isnin malam, sedang elok aku dinner dengan JP69 dan awek, phone aku menjerit. Tengok number dari Bota. Ada apa la pulak ni ye?

"Di...mak ni, ni nak kabo, Pak Dollah kamu sakit kuat. Udoh 3 haghi tak sedornye"

Oh ye Pak Dollah tu adalah sdare sepupu kepada ayah aku. Jejak kasih waktu Modul Penempatan Kampung. Lama sangat bapak aku dan makcik2 aku tak jumpa dia. Kebetulan aku kene kat Bota. Satu malam waktu solat maghrib, hajat bapak aku nak jejak sepupu dia tu tercapai. Allah Taala dah tetapkan pertemuan tu. Alhamdulillah.

So, lepas mak angkat call, aku dail Haji Osman Yahya, maklumkan kat dia pasal perkara ni. Then, Hajjah Umi Kalsom Yahya (mak ngah aku ni terus nangis...lama tak jumpa dia kata). Lastly, Hajjah Habsah Yahya (tapi mak ngah aku dah dail dulu mak su aku ni...). Settle makan (sedap pulak nasi goreng Sri Gading kedai Abang Zek ni), balik umah bapak aku call lagi suruh pegi melawat jugak.

Kak Umi dah nangis2. Takut apa2 jadi, nanti takdan jumpa, siap mintak number telefon mak angkat aku nak cakap personally (umah Pak Dollah takde telefon). Aku pulak kepenatan. Dah la ujan, nak pegi malam tu jugak alamat membahayakan diri sendiri. Kalau diorang yang nak redah pegi, alamat tak sampai la kot. Dah la taktau kat mana orang tua tu tinggal.

Diskas dengan Kak Umi, last2 decide nak keluar awal pagi. Aku nak maklumkan kat Pengarah Akademik yang aku nak EL. 1st time aku amek EL sepanjang aku bekerja (since aku grad dulu laaa). Tapi benda dah urgent macam ni, baik la berkorban sikit.

Arwah tok punya pesanan "Kalau nak tengok biaq la waktu orang dok celik lagi, kalau dah keraih, toksah tengok pun takpa"

Pagi semalam, seawal pukul 5 Kak Umi dah call aku nak suruh siap2. Aku kat Kajang, dia kat Ulu Klang, nak ke Klang Lama umah Mak Bonda. Dalam pukul 9 bertolak ke sana, pukul 11 sampai. Laju la hai kezen aku Zairin ni bawak kete.

Kak Umi...bila start masuk Tapah je, hah ni ke Bota...(teringat cerita Shrek..."are we there yet" sepanjang jalan).

Sampai je Bota terus la ke umah Pak Dollah. Sebelah je dengan umah keluarga angkat aku. Hantar diorang, tengok Pak Dollah serba sikit, terus melapor diri aku kat umah mak angkat. Kat situ la melepaknye. Mak masak baikkkk nye, siap jamu kitorang sume makan.

About 5 hours kat situ, balik la ke KL semula. Ziarah, makan, sembang2 cite keluarga (Tu Kak Umi ngan Chu la). Aku dok umah mak angkat. Tapi bonet kereta penuh la barang yang dibagi. Keladi, Daun Pisang (isk..) daun itu daun ini, Jagung..macam2 la ada. Seb baik bukan musim buah macam aku pegi tahun lepas. Kalo tak haru. Mak tapaukan kue kapal terbang kasik bawak balik. Ayah pun hepi..mana taknye, baru je aku balik ke sana ari tu..dah muncul smula.

Apa pun, aku puas pasal dapat temukan Kak Umi ngan Chu dengan Pak Dollah. Thank God sebab menempatkan aku kat Bota tu, kalau tak alamat tak tau la apa cerita Pak Dollah tu.

Enuff for today...mari peningkan kepala dengan orang2 periksa kat ATMA ni

p.s Ari ni takde gambo, pasalnye tak bawak kamera pegi sama.