Thursday, October 11, 2007

Salam Lebaran

Para pembaca yang terhormat,

Adapun kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Minta maaf dari hujung rambut (sapa yang botak tu.....aku kira kulit kepala la ek), hingga laaaa ke hujung kaki. Sekali lagi...sapa-sapa yang sentap, sapa-sapa yang kecik ati, sapa-sapa yang rasa mulut aku ni mulut neraka (sekali dengan tulisan aku kat sini laa), sapa-sapa yang marah kat aku, kira 0-0 la.

Malam ni Insya Allah aku balik ke Bandaraya Sungai Petani yang membangun itu. (read : membangun tu pasal banyak tempat2 baru sampai aku sesat di bumi sendiri). First time aku bawak kereta untuk balik beraya. Selama ni opsyen yang ada dengan bas ekspres serta terbang di awann biru. Cuti agak panjang. Panjang? Pasai apa panjang? Hes hes hes....ada projek sikit! Nanti kita tengok dalam posting yang mendatang.

Ok la kot. Malas nak mengarut panjang-panjang. Kang aku terlazer abis la kena mintak maaf banyak-banyak kali lepas ni. Kan? Hati-hati di jalanraya. Pandu cermat, jiwa selamat. Jangan laju-laju sangat....nanti kena saman baru tau! Saman? Sapa kena saman? Aku ke kene saman? Lalalalalala......

Monday, October 01, 2007

Treasure Hunt PPTD

Posting kedua untuk 1 Oktober 2007 ini merujuk kepada poster di atas berkenaan acara Treasure Hunt PPTD Muda yang bakal berlangsung pada 3-4 November 2007 dari Kuala Lumpur ke Kemaman.

Kepada sesiapa yang berminat, syarat-syarat adalah seperti berikut:

1. Minimum seorang ahli PPTD di dalam sebuah kereta. (so..kalau korang ada kawan PTD, ajak la dia masuk ataupun, kalau kau sorang je PTD yang teringin nak masuk, kau ajak la sedara mara ataupun kawan-kawan untuk join).

2. Penyertaan minumum 2 orang dan maksimum 4 orang.

3. Umur minimum peserta adalah 15 tahun. Kanak-kanak yang belum baligh diharamkan masuk (aku amek umur baligh maksimum lelaki, 15 tahun).

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM150 sekereta...kereta provide sendiri aaa. PPTD takde de nak provide kereta. Ye la kan, kalau jadi JUSA baru laaa gomen kasik kereta. So, toksah berangan orang nak provide kereta.

Untuk penyertaan, boleh hubungi Encik Husaini Rahman; 03-88854068 atau Encik Ridzwan; 03-88854247. Cepat...penyertaan terhad!

Sambil-sambil cari harta karun, sampai kat Kemaman tu boleh la kedarah Sata kat tepi pantai, pastu kopi dan roti bakar kat kedai kopi Hai Peng tu...nyum nyum...lalalala..

Iftar Ramadhan Siblings '97

Dah bulan puasa kan...makanya acara-acara berbuka puasa beramai-ramai ni memang dah menjadi rutin. Hotel-hotel, restoran-restoran, dan syarikat-syarikat katering akan menawarkan pelbagai harga untuk buffet ramadhan dengan harga yang pelbagai. Dari serendah RM10 hingga mencecah RM150. Tapi berbaloi ke kalau RM150, makannye sikit je?

Apa pun, last Saturday, again I had the opportunity untuk berbuka dengan a few Siblings '97 members. Siblings '97? Apa itu? Heh....this is a circle for us, ex students of Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang class of '97 (kau sekolah arab kah? hahhaa...wahid, ithnain, thalatha, arba'a, khamsa, sitta, stata, kreta....yada yada yada). The event is held annually (ni baru tahun ke-2, Insya Allah tahun-tahun depan kalau ada rezeki boleh buat lagi laaa)

Tempat? KAGUMAS Katering (ada kawan aku sebut bunyinya KARGOmas - anak syarikat Malaysia Airlines kah?). Harga? RM25 per pax. Makanan? Boleh la tahan, tak banyak sangat, tak sikit sangat. Rasa? Not bad laa....tapi highlights was berjumpa kembali dengan kawan-kawan yang membesar sama, makan sama, tidur sama, berak sama, outing sama...semua sama laaa. Some of the faces memang muka yang sama; I mean bila kenduri pun diorang, bila ada apa-apa pun diorang (termasuk aku la tuuuu).

At 6.30 in the evening roughly, mula la manusia sampai. Haaa..tengok la tu, yang single tetap la single kan. Yang bawak anak bini suami segala. Isk..dah kertu rupanya diriku ini. Well...nak cerita panjang-panjang takde idea la pulak ari ni. Takpe la....meh kita rujuk kepada gambar-gambar saja. Sekeping gambar ada seribu cerita terkandung di dalamnya.

Meh kita tengok caption gambar ni. Aku rasa mak-mak budak ni dok cakap lebih kurang gini la kot gamaknya;

Ain : Haaa....Irfan, ni Kaseh....bawak-bawak la kenal ek! Mana la tau kot-kot nanti mama bisan ngan auntie Syerry ke...

Syerrry : Ye tak ye gak kan....berbisan la pulak kita ye nanti! Dah la sekelas....berbisan pulak tu...agaknye kalau jadi kan, cmane la kenduri diorang nanti ek? (matila berangan)

Irfan : Hai Kaseh...(wink wink!)

Kaseh : Maaaaaaa...tengok dia ni, gatal!

Baju belang: Kaut lagi..kaut lagi..kene cepat ni! Kang abis lauk rugi je aku bayar banyak-banyak.
Bedah : Nakk...makan ni nakkk...sedap oooo! Auuummmmm

(Kesian budak tu Bedah oiii...macam kene paksa makan je...). Yang lagi dua tu dok jadi Kak Tom dan Jenab kot? Terjongket bibir bergosip hah!Mierul : Bini aku tengah sarat tuu...kau taknak jadi bisan aku ke? Diskaun boleh tak nanti? Ala...kawan-kawan beb! Takkan laaaa nak berkira kot?

Mudz : Hmmm...prospek, prospek.....

Well...here are the attendees, seperately guys and gals (ye la kan...sekolah arab katanya).Bila aku belek balik gambo aku dalam sini; takde laa beso sangat ek! Ada lagi yang lebih kimpy dari aku. Ngehehehe......Ahamdulillah, dah takde binatang kaler ungu dalam cermin lagi. Lalalalala....laariiikkk....