Monday, March 14, 2011

SAYA AMAT MALAS

Entahlah...

Rasa malas tu makin menjadi-jadi sekarang. Malas nak update blog, ala2 macam biarlah bersawang bagaikan rumah drakula

Fendiosman tak mengandung macam Iza Karmila sampai tak dan nak update blog.

Fendiosman amatlah sibuk dengan tuntutan tugas, sampai takdan nak cari bahan nak tulis. Kalau dulu, memang takde keje sangat sebab kat tempat tu tak boleh buat kerja langsung. Nama je Pengarah Kewangan, tapi harammmmmmmmmmmmmmm satu sen habuk pun tak boleh pegang. Tapi bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru! Daripada takde orang tahu, abis sekampung dok bersembang. Abaikan cerita tu, boleh bikin stress jadinya.

Apa pun, terus terang Fendiosman amat malas.....

Rasa macam nak berehat macam beruang ni. Sebab tugas-tugas Fendiosman dah banyak Fendiosman ceritakan serba sedikit. Nak cerita over-over, nanti ada pulak yang print blog Fendiosman bagi kat Suruhanjaya itu......

Jadi, buat masa ni nak zip la mulut sat!

Wednesday, March 02, 2011

3 Benua, 10 Hari (Season Finale......)

Takpalah....untuk siri lawatan seterusnya ke mana-mana destinasi, nanti Fendiosman akan cuba masuk ke tempat-tempat macam ni. Rasanya dalam masa terdekat ni ada kot? Tapi ke mana pulak tatau?

Dalam kesibukan menerokai Old Istanbul tu, travel partner Fendiosman tetibe mengidam nak makan Gozleme. Dari satu kedai ke satu kedai makan, dari pintu ke pintu di Grand Bazaar (kena masuk semula sebab ada barang yang tak dibeli lagi di samping menghasut mereka yang tidak membeli barang untuk menghabiskan wang mereka), letih mencari. Memang ngalahkan wanita mengandung anak sulong yang mengidam.

Akhirnya.....

Ketemu juga kedai menjual Gozleme. Tapi Gozleme makcik ni jual tak sesedap di Ankara pasal dia dah pre-cooked. Agak keras...

Kata partner Fendiosman, yang penting dapat Gozleme! Tadi dah mentekedarah ikan. Ni sumbat lagi Gozleme. Mujurlah masa berselang beberapa jam selepas makan ikan. Kira ikan dalam perut sempat berenang turun la dulu...

Tapi memang cukup untuk menegangkan perut! Sengkak kata orang Kedah.

Abis acara mencekik buat kali kedua, kami ulang kunjung ke Spice Bazaar untuk meninjau buat kali terakhir. Kaedahnya kami nak minum teh free kat kedai abang Salvadore yang kami serbu semalam!

Ehhh, tu bukan Nina Juren pelakon terkenal dulu tu ka? Barangkali beliau bersiar-siar bersama suami tercinta! Lama sungguh tak dengar perkhabaran artis yang sorang ni kan?

By the time kami keluar dari Spice Bazaar, hari memang dah gelap dan cuaca makin sejuk. Sebab dah takde tempat yang nak dituju, Fendiosman tamatkan sesi lawatan hari terakhir dan terus pulang ke bilik penginapan untuk mengemas barang-barang.

Pagi Sabtu, sebelum berlepas pulang, aktivitinya hanyalah melingkar di atas katil sepuas-puas hati memandangkan risiko untuk tidak dapat tidur dalam pesawat amatlah tinggi. Penerbangan pulang berlepas jam 3 petang. Jam 11 pagi, Fendiosman mendapatkan tram untuk ke Ataturk International Airport.

Dalam masa lebih kurang sejam, Fendiosman tiba di Ataturk International Airport dan terus ke kaunter mendaftar masuk. Kata staf MAS, penerbangan pada hari tersebut adalah penuh, dan overbooked! Namun begitu, sebab Fendiosman pergi atas tiket redeem enrich, silalah lupakan hajat untuk dihapgred seperti bonda Phachat sewaktu beliau membuat lawatan ke Istanbul dulu. Mujurlah Fendiosman dapat tempat duduk yang diminta ketika menempah tiket dulu!


Seperti biasa, Fendiosman membuat tinjauan ke Exec Lounge di Istanbul.

Sendu sajjah lounge ini!

Untuk pemegang Kad Emas, boleh masuk free. Tapi kalau ada kawan-kawan nak ikut, kena bayar 50 dollar ye murid murid! Tak berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Sementara menunggu pesawat berlepas, Fendiosman membuat sedikit lagi kerosakan terhadap matawang yang masih berbaki!

Dan inilah hasilnya......tapi harganya murah jika dibandingkan dengan harga di KLIA. Masih untung la di situ.....

Seperti yang dikata, memang sepenuh-penuh ummat yang akan ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan itu!

Inilah burung yang membawa Fendiosman pulang.....setelah hampir 11 jam mendengar tangisan bayi yang tak reti diam, dan bapanya yang berdengkur langsung tak ambik pot anak dia menangis, serta ibunya yang kusut mengawal lagi 3 anak yang terbang bersama, Fendiosman selamat mendarat di KLIA. Mujurlah layanan MH yang Fendiosman terima, (sekali lagi Fendiosman diajukan soalan yang sama....U NI CREW KAN?) membuatkan rasa hangin nak baling bassinet itu dapat dikurangkan.

Untuk Muhammad Hazam dan isteri, Ainol Zuhaida serta anak-anak Jasmine & Dahlia di Cairo, Fendiosman ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menerima kunjungan Fendiosman. Walaupun dalam keadaan kelam kabut mengurus kegawatan semasa yang berlaku, namun Fendiosman tetap dilayan dengan sempurna tanpa cacat cela. Paling penting, misi untuk menziarahi pusara ayahanda Fendiosman di sana dapat dicapai.

Untuk Mohd Nor Azrin dan isteri, Iza Karmila serta anak mereka, Annur Zulaikha yang bambam ittewwwww.......pun Fendiosman rakamkan ucapan terima kasih tak terhingga. Walaupun periukmu hangus sebab memasak, tapi kegigihan kamu semua melayan dan menerima terjahan Fendiosman amatlah Fendiosman tidak dapat lupakan. Ada rejeki Fendisoman pergi lagi. Provided korang posting kat tempat lain la pulak. Mana tau dapat cross posting ke....hiksss

Tamatlah siri jalan-jalan Fendiosman pada kali ini. Heh....kerosakan keseluruhan yang Fendiosman buat adalah.......cukuplah sekadar menyatakan yang Fendiosman mengikat perut pada bulan ini. Heh..............paling penting, pengalaman yang dapat ditimba itu amatlah bermakna dan mengajar Fendiosman erti kehidupan di tempat orang. Jauh perjalanan luas pandangan!

Tuesday, March 01, 2011

3 Benua, 10 Hari

Masih mengekalkan harga yang sama seperti Aya Sofya, pengunjung akan dikenakan caj sebanyak 20 Lira untuk masuk ke dalam kompleks Topkapi Palace ini.

Seperti sebelum-sebelumnya, kenalah bergambar dulu di lokasi kejadian.

Rasa macam ada kat overseas pulak....hiks!

Di pintu masuk Topkapi itu, diletakkan pelan kawasan istana. Memang strategik, luas, dan betul betul dio atas bukit, di tepi laut!
Sebahagian besar istana ini dah ditukarkan menjadi muzium.

The Topkapı Palace Museum is under the administration of the Ministry of Culture and Tourism. The palace complex has hundreds of rooms and chambers, but only the most important are accessible to the public today. The complex is guarded by officials of the ministry as well as armed guards of the Turkish military. The palace is full of examples of Ottoman architecture and also contains large collections of porcelain, robes, weapons, shields, armor, Ottoman miniatures, Islamic calligraphic manuscripts and murals, as well as a display of Ottoman treasure and jewelry.

Ada jugak la dipamerkan Pedang Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat Baginda. Bekas tapak kaki Baginda, serta spesimen yang dikatakan janggut Baginda. Tapi gambarnya tak boleh diambil ya murid-murid. Sekadar melihat saja.

Suasananya memang damai......

Dengan kedudukan di tepi laut, ditambah dengan angin yang sepoi sepoi bahasa, tempat ini cukup indah untuk menyaksikan pemandangan kedua-dua benua yang dipisahkan oleh selat Bosphorus!

Kompleks ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ada mess tentera, ada penginapan, ada perpustakaan, ada bilik berkhatan, ruang untuk sida-sida, balai mesyuarat, balai tetamu, harem, dan pelbagai lagi elemen yang dikumpulkan di satu tempat. Tapi sekarang ni tak semua tempat boleh dimasuki. Hanya sedikit saja yang dibuka untuk pelancong.

Setelah selesai menjelajah Topkapi, Fendiosman beralih pula ke Galata Tower yang terletak nun di atas bukit berhampiran tempat makan tengahari pada hari sebelumnya.

The Galata Tower (Galata Kulesi in Turkish) — called Christea Turris (the Tower of Christ in Latin) by the Genoese — is a medieval stone tower in the Galata district of Istanbul, Turkey, just to the north of the Golden Horn. One of the city's most striking landmarks, it is a high, cone-capped cylinder that dominates the skyline and affords a panoramic vista of Old Istanbul and its environs. The nine-story tower is 66.90 meters tall (62.59 m without the ornament on top, 51.65 m at the observation deck), and was the city's tallest structure when it was built. The elevation at ground level is 35 meters above sea-level. The tower has an external diameter of 16.45 meters at the base, an 8.95 meters diameter inside, and walls that are 3.75 meters thick. There is a restaurant and café on its upper floors which commands a magnificent view of Istanbul and the Bosphorus. Also located on the upper floors is a nightclub which hosts a Turkish show. There are two operating elevators that carry visitors from the lower level to the upper levels. Entrance to the tower costs 10 TL (Turkish Lira).

Nak sampai ke kaki menara tu......alahai, memang menyemputkan! Tapi Fendiosman kagum dengan makcik-makcik bertongkat yang masih kuat kudratnya memanjat tangga ini. Fendiosman? Semput hokehhh.....

Sebab nak naik tu kena 10 Lira, tidaklah Fendiosman gigih menjelajah naik ke atas. Cukuplah posing di perkarangan menara saja.

Posing penuh perasaan.....
Dah juga posing ala2 Malaysia Airlines yang sopan menutup mulut......(tak caya tengok website diorang...memang tutup mulut camtu....)

Puas berehat mengumpul kembali tenaga, waktu pun dah mencecah jam 12 tengahari. Masa untuk makan semestinya!

Sekali lagi ke warung di dalam pasar ikan.....(oh ya...kakak pegang makanan tu pun Warganegara Malaysia, beliau sangat berani mengikuti kami walaupun baru beberapa minit kami kenali pada hari sebelumnya. Dan pada hari kedua kami mengembara, beliau masih setia mengikut kami....)

Demi mendapatkan ikan segar yang dibakar. Tapi kali ni Fendiosman taktau tajuk ikan yang Fendiosman makan itu! Macam ikan sebelah pun ada jugak....

Perut kenyang hati riang.....
Rasanya macam dah selesai semua tempat dikarau. Nak masuk ke Hammam, mahal sangat. Harga di Istanbul adalah berlipat-lipat kali ganda kalau nak dibandingkan di Ankara. Jadinya, abaikan......

Hammam tu apa ya? Yaaaa....sejenis tempat mandi untuk aktiviti Turkish Bath.

A Turkish bath (Turkish: Hamam) is the Turkish variant of a steam bath, sauna or Russian Bath, distinguished by a focus on water, as opposed to ambient steam. In Western Europe, the Turkish bath as a method of cleansing the body and relaxation was particularly popular during the Victorian era. The process involved in taking a Turkish bath is similar to that of a sauna, but is more closely related to ancient Greek and ancient Roman bathing practices. A person taking a Turkish bath first relaxes in a room (known as the warm room) that is heated by a continuous flow of hot, dry air allowing the bather to perspire freely. Bathers may then move to an even hotter room (known as the hot room) before splashing themselves with cold water. After performing a full body wash and receiving a massage, bathers finally retire to the cooling-room for a period of relaxation.

Takpalah....untuk siri lawatan seterusnya ke mana-mana destinasi, nanti Fendiosman akan cuba masuk ke tempat-tempat macam ni. Rasanya dalam masa terdekat ni ada kot? Tapi ke mana pulak tatau?

to be continued.....