Saturday, April 23, 2011

Komunikasi katanya.........

Kata orang, kalau nak menjadi contoh, kena la tunjukkan yang terbaik kepada semua yang ada. Kitalah yang terbaik dalam segala bidang. Fendiosman bekerja di satu tempat yang mempelopori bidang komunikasi di negara ini. Dari perancangan dasar, dari penggubalan undang-undang, semuanya berasal dari tempat yang Fendiosman bekerja.

YAB Perdana Menteri pun ada blog, ada jaringan laman sosial, dan sentiasa mengemaskini perkembangan beliau di dalam jaringan media baru yang dimiliki.

Adapun, Fendiosman kadang kala menghilangkan bosan di pejabat dengan melawat blog-blog tertentu. Kadang kala, waktu tengahari Fendiosman skip lunch, dan Fendiosman isi masa dengan mengemaskini blog Fendiosman ini, ataupun membaca blog milik orang lain, ataupun juga mencari bahan-bahan yang menarik seperti resipi masakan yang mungkin boleh dicuba sewaktu hujung minggu.

Skodeng kata orang....

Bukan mengganggu produktiviti pun. Masa senggang katanya


Fendiosman bukanlah bayang-bayang yang sentiasa nak menghantui hidup orang. Fendiosman juga bukanlah Meriam dari Kampung Paku Laris yang sentiasa menuntut bela dan berdendam dengan orang sekeliling yang telah menjahanamkan masa depannya.

Tapi malangnya..........................

Laman-laman itu semua telah disekat aksesnya. Memang tak boleh cari resipi la lepas ni. Bagus sungguh agensi yang mempelopori sektor komunikasi ini. Terus violate......

Hatta laman forum Malaysianwings.net tempat Fendiosman biasa membaca bingkisan mengenai dunia penerbangan di Malaysia pun kena sekat. Memang mantap! Menepati tema....KOMUNIKASI demi melahirkan masyarakat berilmu katanya.....

Jadi, maaflah kalau Fendiosman lambat mengemaskini blog ye murid-murid!

Tuesday, April 19, 2011

Demi sebuah cita-cita

Fendiosman ada sebuah cita-cita. Bukanlah nak jadi pramugari, ataupun IFS. Apatah lagi menjadi jurutera maupun doktor perubatan.


Melihatkan model-model memakai baju slimfit, Fendiosman menjadi terliur. Heippppp...bukan terliur melihat model ye murid-murid. Tapi, saiz baju mereka itu. Bukanlah untuk memakai baju seperti mereka itu, tapi cukuplah saiznya itu berpadanan dan tidak menggelebeh di sana sini.


Sekarang, Fendiosman memakai saiz 15 1/2 untuk baju. Yakni saiz M nak ke L. Teringin nak kecikkan baju ke saiz S. Iri hati melihat mereka yang pakai saiz-saiz kecik ni. Apa saja boleh diletakkan di badan tanpa sebarang perasaan gusar.

Makanya, Fendiosman pun inginlah kecikkan saiz. Dari saiz M nak L tu ke saiz S. Heh....supaya tampak segak dan bergaya katanya.......

Jadinya.......

Kenalah Fendiosman disiplinkan diri dengan aktiviti senaman membentuk otot.


Kalau dulu, dengan menjadi kabaret, bentuk badan berjaya dikekalkan.....


Kini, kegigihan membuat senaman itu amatlah perlu dititikberatkan. Contohnya dengan membuat sit-up. Ataupun duduk bangun dalam Bahasa Malaysia.


Dan juga push up......agar sesuatu benda itu terletak pada tempatnya ya murid-murid.
Mrasalah dengan gambar lingerie! Heh...tapi nak buat push up ni Fendiosman tak larat. Aci tak buat push up versi perempuan? Yang letak lutut atas lantai tu! Huuuuuu........


Semuanya Fendiosman rasakan perlu demi mendapatkan bentuk badan yang ideal. Bukanlah nak ketul-ketul muskul segala, tapi sekadar cantik dipandang mata.

Sebabnya

Spare tyre dah berlebih-lebih muatannya.

Semoga Fendiosman terus tabah dan gigih mendapatkan bentuk yang menarik demi kepuasan diri sendiri. Amin.................

Thursday, April 07, 2011

Sebulan Setengah......Lapan yang hilang!

Cahaya dari langit memancar ke pinggan makanan yang Fendiosman pesan sejak dua menjak ni. Walaupun Caesar Salad tu ada crouton, tapi Fendiosman singkirkan crouton itu dan letakkannya di pinggan sebelah tanpa sentuhan walau sedikit pun! Demi menjaga kejelitaan katanya!

Sebagai penari, apabila postur anda kelihatan seperti meja kopi sewaktu menari, itu bermakna badan anda dah out of shape. Meja kopi itu bermaksud sesuatu yang besar yang diletakkan di ruang tamu, dan hanya berfungsi sebagai hiasan apabila tetamu datang. Berat ya murid-murid. Gambar di atas diambil sewaktu acara joget lambak di Istana Budaya satu masa yang lalu. Sungguh mengerikan ya dengan keadaan sebegitu.

Makanya....sebeginilah hidangan makan Fendiosman saban hari!

Ikan grill tanpa karbohidrat berlebihan. Walaupun sos di sebelah tu nampak lazat, boleh diminimakan dan gantikan dengan sos bawang putih! Melihat kawan-kawan yang lain makan dengan gembiranya menu berkarbohidrat tinggi memanglah satu cabaran yang getir yang perlu Fendiosman lalui.

Tapi...kena gigih la. Cukuplah dengan menikmati lauk-lauk dan sedikit saja makanan berkarbohidrat. Saban hari Fendiosman hanya mampu melihat saja keseronokan mereka menjamah makanan yang Fendiosman gemari satu masa dulu.

Sebelah malam....inilah makanan Fendiosman!

Sekali lagi, tiada nasi ya murid-murid. Kena kreatif dalam menjadikan masakan menarik untuk ditelan!

Abis sangat, kalau dah buntu, ikan sadin pun jadi la. Rebrand la sikit supaya nampak macam makanan mahal. Mustahaknya, mesti ada sayur untuk membantu proses pencernaan. Kalau tak, sembelit ya murid-murid.

Dan....sila sukat kandungan karbohidrat yang anda cuba ambil setiap hari. Kadang-kadang makanan tu nampak sedap dan sedikit, tapi karbohidratnya.....................ohhhh! Menakutkan. Jadi dengan semangat yang kental, Fendiosman gigihkan jugak untuk tidak makan makanan yang berdosa dalam kuantiti yang banyak.

Kesannya buat masa ni, Fendiosman membuang lebih kurang 8kg dalam masa sebulan setengah. Ini gambar terbaru yang Fendiosman ambil kira-kira 10 minit yang lalu.

Dan sila bezakan dengan gambar Fendiosman yang ini! Mungkin tak ketara sangat, tapi hanya Johari saja yang mengenal Maniam. Fendiosman lebih gigih untuk menurunkan lagi berat badan. Jadi....marilah kita tidak makan nasik selama sebulan lagi!