Tuesday, May 03, 2011

Suntanning by the seashore..........


Mujurlah perasaan kecewa itu ditenangkan dengan kemudahan istimewa di hotel. Di tempat penginapan ini, terdapat satu ruang yang dinamakan Hospitality Lounge yang menawarkan tempat untuk tetamunya berehat sementara menyambung ke aktiviti yang seterusnya.


Kalau bangsa yang jenis kiasu, mesti duduk kat sini lama-lama.


Kat sini ada minuman dan snek percuma. Tapi....kat sini takde pun pengunjung yang bersidai. Kalau la kat Malaya ada benda macam ni, kan best! Cumanya takut ramai yang bukan pengunjung pun tetiba jadi pengunjung sebab ada kemudahan macam ni.


Boleh juga baca buku....disediakan satu almari buku untuk bacaan terutamanya untuk peminat novel tegar. Tapi usahlah kau cari novel Norhayati Brahim ataupun Sharifah Abu Salem. Memang takde la kat sini!


Ataupun, boleh juga rileks sambil baca suratkhabar. Takde berita lain sepanjang kunjungan Fendiosman, balik-balik cerita Kate and William. Yawnnnnnnnnn!!!!


Boleh tahan lama jugak la menunggu bateri siap. Sebab masa dah betul-betul terganggu, Fendiosman merempit ke sebuah spa untuk membuat rawatan muka. Facial katanya!


Terharu sat bila waktu rawatan tu si pembuat facial memuji complexion Fendiosman yang halus mulus tanpa jerawat dan frowning yang biasanya sudah timbul tatkala usia mencecah 3 series. Rasanya dia propah je tu, tapi cukuplah untuk menaikkan lagi seri muka Fendiosman. Hiksssss! Tu blom kira dia puji kening Fendiosman yang tersusun rapi lagi tu.....memang kembang la lubang idung! Kening saya ori ya, tak perlu lukis pakai celak seperti pontianak! Syukur Alhamdulillah.

Selesai rawatan muka, matahari pun dah terbenam. Masa untuk makan malam..........


Seperti yang Fendiosman ceritakan, kat Samui ni usah khuatir dengan tempat makanan yang halal. Insya Allah anda akan ketemu di setiap kawasan pelancongan. Sekurang-kurangnya satu kedai. Tapi, jangan la nak order yang bukan-bukan. Memang limited la....


Menu makan malam adalah tomyam. Bukan tomyam sampah seperti di kedai tomyam di Malaya yang dipenuhi serai dan bawang ya murid-murid.


Dan Fendiosman melanggar pantang buat kesekian kalinya lagi...............NASI YA....KARBOHIDRAT!


Dari acara melanggar pantang, Fendiosman ke Chaweng Town untuk berlibur barang seketika. Jalannya tak sesibuk Kuta ataupun Legian, jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan Bukit Bintang. Tapi susahla nak jumpa orang Malaya.


Ada juga tempat soping ole-ole. Fendiosman buat sedikit kerosakan di sini. Ala...biasa la, fridge magnet adalah benda wajib yang kononnya menjadi trend masa sekarang. Mrasa.....


Dan juga ufti kepada adik Fendiosman yang menyimpan rahsia besar kunjungan Fendiosman ke mari dari pengetahuan Toh Puan.

Oh...di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan yang disajikan.


Majoritinya yang tidak halal la. Namanya kedai seafood, tapi tetap jugak ada menatang ni tergolek atas skewer! Setiap penjuru ada ye!


Tapi jangan khuatir, ada juga yang halal. Seperti thai roti ini. Bendanya terdapat di merata-rata tempat di Chaweng. Dan semunyanya didominasi oleh peniaga dari India dan Bangladesh.


Apa? Thai roti?

Kalau dah dia ni yang buat, THAI kebendanya? Propah la sangat. Terus Fendiosman feeling-feeling kekwat.

"Thai roti aur chennai roti?" Tudiahhhhh...cakap hindi piulaaaa

Terus dia tersenyum kelat...dan mengakui bahawa benda tersebut adalah Chennai Roti. Murid-murid, ROTI CANAI YE......


Tapi....lain dari yang lain! Served with maple syrup. Ada juga with honey, with nutella, dan lain-lain perasa yang menyukarkan kita untuk menolaknya.


Begitulah yang terjadi kepada Fendiosman......tapi kena la tunjuk muka bersalah! Baru la berperasaan sikit.


Hmm...ada banyak kelab-kelam malam yang beroperasi di sini. Satu je pesan Fendiosman, untuk soping, kalau anda datang siang-siang, kedainya memang tutup kerana kehidupan di Ban Chaweng ni hanya bermula pada jam 5 petang hingga 3 pagi.

Show kabaret pun ada. Show bogel-bogel macam di Patpong pun ada. Cumanya tak la semeriah di Patpong yang menjadi pusat penternakan aktiviti seperti itu!


Yang pasti, the night will never end at Ban Chaweng. Cumanya awas, ada ramai Transvestite, Money Boy dan Cur yang kerja shift malam yang sentiasa minat dengan poket anda. Dan mereka juga sangat agresif. Jadi......................hati-hatilah ya! Semoga anda sentiasa dilindungi daripada kejahatan! Amin!

Monday, May 02, 2011

Suntanning by the seashore..........


Bila cuaca dah agak reda, berpandukan peta yang diprint dari Malaysia, Fendiosman mulakan eksplorasi untuk menjelajah pulau.

Ada bermacam-macam kaedah yang boleh digunakan. Ada teksi yang suka-suka letak harga macam di KL juga walaupun terang-terang letak METERED TAXI. Ada juga jeep yang boleh ditumpang. Beskal pun ada. Tuktuk takde la plak......

Kalau banyak duit, hirelah supir beserta kereta sekali. Tapi Fendiosman mempunyai bajet yang terhad. Makanya......


Kenalah naik motor menjadi matrempit skuter kaki kepit! Harga untuk sewaan skuter sebegini adalah bergantung kepada tempat sewaan. Kalau dari hotel, harganya 400thb untuk 24 jam, paspot takyah ditinggalkan kepada pemberi sewa. Kalau sewa kat luar, murah, 250thb je, tapi.............lagi tak pulang moto, lagi tu la dia pegang paspot kita! Jadi, demi keselamatan, Fendiosman memilih untuk membayar sedikit lebih tapi paspot boleh Fendiosman simpan dalam safety box.


Nak explore ni tak susah. Semuanya dah tertulis dalam peta. Destinasi pertama Fendiosman ke lookup point antara Chaweng dan Lamai. Tantekkkkkkk.


Pemandangannya sangat breathtaking!


Tapi, untuk membreathtakingkan pemandangan tu....mak aiiii! Mengah ya murid-murid!


Dan cuaca di Samui ini amatlah panas sehinggakan peluh memercik bagaikan air hujan! Jalan kejap, dah rasa nak tumbang. Kenalah berehat seketika untuk dapatkan kembali mood untuk bergambar!


Aksi dimulakan dengan posing atas batu ala2 ikan duyung naik ke darat ya! Peluh tetap tak dapat dicover ya. Lencun!

Selesai feeling2 duyung, beralih la pula ke pemandangan indah.....


Serta suasana laut yang terhampar meluas!


Dan demi posing ini, Fendiosman memberanikan diri berdiri di depan khalayak ramai yang terpinga-pinga melihat kegedikan Fendiosman. Tapi sebab Tyra Banks kata kita kena slambe untuk berposing, makanya inilah hasil keselambaan itu!

Selesai penggedikkan di situ, Fendiosman teruskan menaiki motorsikal melalui pekan-pekan kecil, hajatnya nak melihat kawasan Muslim di Samui.


Akhirnya, ketemu jua di Hua Thanon. Cuacanya masih terik sehingga keringat tak kering di serata celahan. Ceh...............

Hua Thanon ni mempunyai hampir 350 orang penduduk Muslim yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan. Suasana di kampung ni macam di kampung-kampung nelayan di Pantai Timur. Yang penting, Fendiosman boleh menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur. Tapi, slangnya slang ala2 Kelantan la.....

Di sini memang terdapat madrasah yang didirikan khusus untuk kanak-kanak beragama Islam belajar ilmu agama dan mengaji Al-Quran. Demikianlah kata-kata pakcik tua yang bercerita dalam dialek Pattani yang sangat pekat.

Memandangkan masa yang diambil di lookout point tu terlalu lama ditambah piulaaa dengan hujan yang turun di awal pagi, sedar tak sedar dah tiba waktu makan tengahari pun.


Fendiosman singgah la di warung yang ada di situ untuk menjamu selera.


Ampun.....pendosaan seterusnya dibuat! Demyuhhh...nasik lagi! Ohhhh


Walaupun rasa bersalah sebab makan nasik. Demi mengenangkan perut yang lapar, Fendiosman gagahkan jua untuk melahap (ayat cover....hiks). Kedai akak ni cmane la nak oda Salad, ni je yang ada. Pastu nak oda lauk je kang dia heran lak. Nasik je la opsyen yang ada. Huuuuuuuuuuuuu


Seterusnya, selesai mengisi tangki, Fendiosman menjejaki pula Hin Ta Hin Yai. Batu ni ditakrifkan sebagai Grandmother and Grandfather rock.


Sesuatuh kan dengan bentuk Grandfather rock ni! Tetibe teringat Menara Effiel.....


Menyentuh kepala katanya! Opsssss


Sempat juga Fendiosman skodeng......celah batu pun jadi! Hikssss


Dan atas semangat gedik untuk berposing, sekali lagi Fendiosman jayakan usaha untuk mendapatkan gambar terbaik dari tempat kejadian walaupun mentari menyinar tegak di atas kepala. Panas ye batu tu murid-murid!


Posing punya posing, gamaknya kamera pun dah tak tahan tengok Fendiosman menggedik, teruslah bateri habis time tu! Ingat nak posing lagi, terpaksalah pulang ke hotel dengan hati yang sedikit terluka sebab kena charge semula bateri kamera itu. Cheeewahhhhh.....

Sunday, May 01, 2011

Suntanning by the seashore..........


Sebelah malamnya Fendiosman tak ke mana-mana pun. Hanya berpeleseran sekitar kawasan hotel sambil merancang program untuk hari kedua.

Makan malam pertama di hotel termasuk dalam kos kerosakan yang patut dibayar, yakni tersenarai dalam pakej penginapan yang ditempah. Candle light dinner konon. Tapi kalau dah sorang-sorang, nak candle light hapanya?

Memandangkan pakej itu termasuk dalam harga penginapan, Fendiosman gagahkan jua untuk menjamah. Tapi ada la dua tiga benda yang Fendiosman main kuis2 saja.....


Appetizer, fried fish cake with spicy sauce....berdesing telinga ya dengan fish cake yang amat pedas itu.....

Soup of the day......tapi sebab ayam kan, taktau status sembelih ke tidak, makanya skip! Takat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. F&B manager siap tanya Fendiosman,

"Is everything okay sir? You seems like not enjoying your meal!"


Main course.......terkejut Fendiosman dengan lauk pauk yang dihidangkan. Paling kanan tu tolak tepi la sebab ia adalah sejenis ayam ye! Yang tengah2 tu ikan, dan paling kiri adalah sayur-sayuran. Sebab dah takde opsyen, demi menahan kebuluran, Fendiosman menyentuh nasik setelah tiga bulan tak memakannya! Ohhhh...sungguh nikmat beras siam.


Dan pendosaan terhadap makanan terus dilakukan terang-terangan dengan hidangan terakhir.........pencuci mulut katanya! Nampak gayanya, balik Malaysia nanti kena puasa sebulan untuk menggantikan makanan yang berdosa ini!


Selesai makan, Fendiosman meneroka lagi suasana hotel pada waktu malam! Dengan cubaan untuk menggunakan night mode pada kamera pengganti ini!


Cantik jugak la pool dia dengan teknik pencahayaan yang ada....


Beach bar yang macam ada tak ada orang je.............


Dan suasana pantai yang sangat mendamaikan! Hanya deburan ombak yang kedengaran pada ketika ini.

Malam pertama dihabiskan dengan bergolek-golek di atas katil king yang empuk, dan pada hari kedua, seawal jam 5.30 pagi Fendiosman dah bangun. Katanya subuh awal kan...


Heh...konon nak saksikan matahari terbit la kan.....


Serta suasana di hening pagi yang cukup mententeramkan! Tapi....bila dah dapat kamera, lain pulak jadinya!


Mula-mula, secara tak sengaja Fendiosman terambil gambar ni....

Bila macam dah terasa potensi model boleh menggedik, maka terhasillah gambar seperti ini untuk diri Fendiosman....


Satu, pose wajib mendongak ke langit. Kali ni kita guna pandangan sisi pula...


Dua, posing posture penari la kunun......


Tiga, menadah mentari di tapak tangan!


Empat, jurus mengepung mentari!


Lima, menunggu mentari luruh.....

Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi demi keselesaan para pembaca sekelian, Fendiosman bagi 5 keping je la!


Sejurus selepas sarapan, acara Fendiosman bermula dengan berjemur menerima vitamin D semulajadi!


Paling mustahak adalah untuk mereliasisasikan impian membaca di tepi pantai! Dengan buku tebal yang dihadiahkan oleh seseorang, Fendiosman cuba mulakan acara itu sambil duduk berdepan dengan hamparan lautan.....


Yaaaa....walaupun Fendiosman setakat baca sampai chapter 7, tapi....kira berjaya la jugak! Hari seterusnya rasa macam nak sambung lagi!


Cuaca pagi agak suram, dengan langit yang mendung dan hujan rintik-rintik membasahi bumi. Nampaknya rencana penerokaan pulau terpaksa ditangguhkan seketika sehingga hujan reda. Kalau tak lencun ya murid-murid!