Tuesday, February 28, 2006

Cuti-cuti malaysia..trip mengejut ke TGG

Ladi lada ladi lada...hari ni keje macam biasa la kan. Smalam punch out kat mesin punch tok kaduk tu 1830 hrs..Gedegang! Bunyi kuat serata alam dengar. Hek hek..cadangnye bulan 3 ni nak amek WP3 la, masuk 0830, balik lambat pun takde kesan sangat. Pagi2 boleh la rilek2 buat bekpes kat umah.


As promised, hari ni nak cerita pasal cuti2 Malaysia kat Terengganu (Negeri Cantik Budaya Menarik) last weekend. Balik je otstesen dari JB Jumaat petang, terus check in untuk AirAsia (AK6336) ke TGG. My fist trip naik AirAsia, excited la jugak kan. Jumpa Muhaimin INTAN, at least ada kawan time terbang nanti.
The flight departed at 2030, delayed dari time sebenar at 2005. Gate penuh dengan orang. Huhu...boleh bezakan la orang naik MAS ngan AirAsia, cara serbu ke gate tu lain ckek. Masuk, gate closed macam biasa la terbang naik 737-300. Laju weh dia bawak, sebab delayed. Gegar tak hengat time nak approach, macam lalu Jalan Klang Lama satu masa dulu. Aku sempat la beli cap AirAsia buat tambah koleksi cap kat umah tu. Sampai je TGG, my fren fetched me terus balik umah dia. Letih tak hengat gara2 tido tak cukup aku terus la landing atas sofa. Wowo....tak sedar dah. Tido mati.
Sabtu pagi, time to pusing2 bandar TGG. 1st tempat tuju, Pasar Kedai Payang, mencuci mata dengan batik2 untuk mamaku, mak bondaku, kak umiku, dan juga kak iparku. Beli gak dodol manis bungkus daun tu, skali dengan keropok ikan (dah selamat dalam perut aku ni ha). Sebab bateri kamera aku abis, gambo kat Payang tak sempat la diambil. Terus ke Batu Burok, makan nasik kerabu tapau dari Payang tadik. Cantik lak pantai ini. Sesambil tu ngunyah ikan goreng yang amat la sedap. Manis sehhh...nikmatnye makang ikang fresh. Padan la orang TGG sume pandai2 blake...makang ikang fresh gamaknye! Amik angin sambil sembang2. Hehe...lama dah tak mai tepi pantai. Last skali time berjemur kat OBS dulu. Soon, jalan lak ke Kuala Ibai. Amek gambo mesjid glamer tu..haa ada kat awal posting tu. Cantik la pulak tgk dari jauh. Tapi kan...mesjid cantik2 camtu, kalau semayang stakat 2-3 saf je...isk, sedey lar (macam la aku pi jemaah kat mesjid).
Dari Kuala Ibai ke chendering, pantai lagik...ni gambo2 kat kuala ibai ngan chendering. Lepas pusing2 pantai,aku serbu kilang noor arfa kat chendering.Konon nak beli batik, tapi bila pikir batik tak bape penting sangat nak dipakai. Kensel. Sesambil tu tengok gak la orang buat crystal, canting batik. Gigih sehhhh...kagum aku!
Harga kat kilang ni boleh tahan gak...ada baju batik siap jahit RM305, kainnye saja Rm199, bila aku tanya knape baju siap sampai seratus beza, salesgirl tu cakap, upah jahit. Aiyaaa...sampai seratus upah jahit. Apa kejadahnye? Selesai kat noor arfa, dah petang dah. Letih nak jenjalan. Tapi sempat la aku snap signboard bukti aku datang TGG. Kang orang cakap aku kencheng lak kan. Petang pi beli lekor kat sebelah nak ke Aryani resort tu..apa nama tempat tah..aku lupa. Beli ikang goreng tepi laut lagik..layan shinchan sambil makang ikang. Malam, kuar pi minum air buoh gelas beso. Kawan aku tu makan laksa penang. Knape laksa penang? Kalau laksa penang pi la kat penang. Ni kat terengganu, buat la laksa terengganu. Hik hik hik....
Esok pagi2 lagi dah siap2 nak balik ke KUL. catch flight 0855hrs, kali ni MAS. Check in, mintak tingkap seat, load tak ramai 60 pax je, tapi AirAsia nye flight penuh bagaikan sardin. Dah takde mende kat airport tu, gi la jenjalan sat makan nasik dagang sedap gile kat warung tepi airport. Sebab sedap sangat, tapai la bawak balik kl. Bagi housemates tersayang makan. Hahaha...dah dekat waktu nak terbang, masuk departure gate. Ada 2 bijik planes, MH ngan AK, so, snap gambar la. Apa lagi..AK plane ni Jalur Gemilang scheme. Aku suka tgk plane AK dari luar, sebab kaler2 dia meriah. Bendera la, kartun la..macam2. Tapi dalam dia Masya Allah, seat nak lunjurkan kaki pun susah. Seat pitch tak selesa, kalau MH beso ckek. Sesuai la ngan tambang yang nak dibayar. Hehe..yang MH tu adalah plane yang aku nak naik. Sedang aku lepak kat departure hall, heran aku tgk orang bersongkok bagai bentang karpet kuning kat tarmac. Apa la agaknye, sultan nak naik kot? Boarding time..aku tanye pram "Tuanku Sultan nak berangkat ke KL ke?" she nodded...so kapal terebang aku ada sultan naik ngan family. Gambo kat bawah ni rembongan sultan dan permaisuri serta anak2 dan pegawai pengiring juga dayang2 istana. Seat sultan warna kuning seh...siap ada bantal kuning lagik. Sultan yang pakai baju warna coklat tu, permaisuri pakai baju coklat muda tudung coklat. Sedondon....Pram hari ni sangat la protokol, announcement dari Leading pun tersusun, cakap slow and steady. Ready for pushback, door closed, armed and cross checked. Sempat la aku amek gambo airport dari runway dan juga permandangan bandar Kuala TGG, muara sungai TGG actually. Cantik! Flight hari ni tak penuh. Macam biasa OJ la, kali ni 2 gelas aku sental. Memandangkan tak ramai pax, aku ke dapur blakang tu sembang2 ngan pram. Sempat la tanya rutin keje dia, bila tuanku naik cmane kene keje bagai (macam la aku tak penah layan tuanku kan?). Tapi lain negeri lain adatnye..Diorang ni friendly sangat. Apa la cik pram tu tulis ek? Sampai orang amek gambo pun tak sedar. Mamat ni plak hepi2 sangat. Sembang lagik, offer kacang masin. Amek 5-6 bungkus...sedap la plak. Tapau bawak balik umah la ckek.
Hahaha...dok kejap lepas tu ready for landing. Dah sampai KUL, amek limo balik umah la terus. The trip was so nice. To my friend in TGG, terima kasih sebab tumpangkan aku kat rumah. Really appreciate it! Sekali sekala jalan2 cuti camni macam seronok plak. Err..nak pi mana plak ye lepas ni?

Monday, February 27, 2006

Kapal Terbang laaaggiii?



Puh...meeting kat JB was ok. Sebenonye meeting tu untuk pencalonan hadiah akademik konvo utm. Since ATMA takde pencalonan, jadi kehadiran aku dalam meeting tu hanyalah sebagai hiasan. (teringat rancangan memasak, daun bawang dan cili potong sebagai hiasan, macam tu la aku dalam meeting tu). Dengar Timbalan2 Pendaftar sume bertekak dalam meeting. Aku buat bodo je la dalam tu. Dah la malam sebelum tu tido lambat..maka mengantuk yang teramat sangat. Dengar2 sikit meeting, makan time...awal la plak habis. Kul 11.30 dah abis, hari jemahat kan, sume orang nak balik solat.


Selesai je urusan sume, bertolak la ke Senai Airport. Macam biasa la kan. Check in and here is my boarding pass. Kalau kat JHB, kertas nipis tu je..
Sori la, kualitet gambo ni masih la jugak blur. Lepas masuk departure hall, macam biasa, plane spotting time. Tapi kat JHB ni mana la ada banyak plane macam kat KUL. Sempat la jugak snap ragam manusia2 kat airport tu. Time aku masuk tu, dah ada crew yang tunggu, labuhkan bontot ku ini kat sebelah pilot2 yang bawak aku terbang satlagi. Sesambil sembang tentang career diorang. Apa pun bersyukur ke hadrat Allah aku dah ada keje yang tetap. Mata meliar tgk gelagat orang. Tengok pram sume bergosip....hehehe. Tah apa la yang disembangkan diorang tu kan? Mungkin pasal jadual yang padat? Tak pun pasal MAS tengah kerugian. Hahaha...

Tunggu punya tunggu..airport pun padat dengan manusia. 2 flights akan depart dalam masa yang berdekatan, berselang 5 minit. dengar derum2 bunyi enjin and here comes my plane. As usual, a 737. Mendung je cuaca kat Senai. Heh... time ni boleh la buat plane spotting. Ada la 2 bijik kapal. Tapi out of sudden mai lagi sebijik Dash-8 Berjaya Air. Penuh mat saleh turun, transit je...isi minyak. Tunggu lagi..sambil baca novel melayu cintan cintun. Weirdo, tapi tu la hakikatnye, koleksi novel kat umah tu tdah bersepah. Tuhan saje yang tau. Tapi kan...novel2 ni menarik untuk dibaca. At the same time kalau ada masalah yang berlaku dalam idup, mana la tau kot2 ada persamaan dengan novel tu, leh gak relate kan..selesaikan accordingly. Mengantuknye...pada muka tido lambat lagi. Tunggu lagi....kat depan gate tu. Tukar crew nampaknye...first keluar pilot dulu...then crew...bila crew dah keluar maksudnye masa untuk boarding dah dekat la kot. Akak pram sorang ni tak nyempat2 tak masuk dalam plane. Dia nye leading rileks lagi...dia lak excited nak hop in the plane. Hahaha...sah2 terlalu komited dengan keje...dah sedar kawan dia tak naik lagi..terus terstop, toleh belakang. Aku pun kadang2 terasa teringin gak komited gile dengan keje ni. Hehe..sangat la poyo. Terpikir gak, pasal family ke, kawan2 ke. Tah le, dah jadi gomen servant ni, pandai la bahagikan masa seadilnya, separuh untuk negara, separuh untuk keluarga. Kan kan kan? Sambil2 dok tunggu boarding, tangan capai pen ngan kertas, sibuk je kira claim. Hahaha...
Nampak gayanya flight hari ni full. Boarding time, orang2 yang kiasu akan serbu dulu plane, siap potong Q lagik. Aku dah lali dengan ni. Tapi tahap kesabaran aku tu ada gak batasnye. Ini olang aaa, sudah ala potong itu balisan..aku cuit bahu dia "Sir, do you mind to step aside and join the queue? We are queueing right here!". Slalu jawabnye akan bunyi cenggini "I'm in hurry" Masalahnye, kapal terbang tu akan depart dalam masa yang ditetapkan, kalau naik dulu macam la dapat smapai dulu kan? Aku buat muka toya aku, aku cakap balik "Is this sort of training u've got from school? Queue please..." Jari aku tunjuk ke belakang...dengan orang semua tengok aku, peduli apa. Adil namamya. Kalau aku boleh beratur, knape dia tak reti beratur?
Masuk plane, as always ada tukang greet kat depan pintu. "Hi sir, gud afternoon, welcome onboard." Tempat duduk kali ni 16A, window seat. Comey gak pram ari ni. Hehe...settle down dekat seat, bukak paper hari ni. Tak dan nak baca pagi tadi. Sesambil tu cuci mata, dan kat sebelah kanan ni la hasil cuci mata di petang hari...mantap! Mmmmmm (teringat Wan Rosman punye ayat) Hahaha...1550hrs, gate closed, doors armed and cross checked! Ready for departure to KUL. Kat sebelah tingkap ada plane nak ke KCH. 5 minit awal dari kitorang. Tido2 ayam jap sambil mendengar safety demo. Sesambil tu terpandang terminal. Amek gambo Senai Airport dari atas runway....kira comey la jugak. Tapi deserted la. Takde horang....cmane la ek? Orang yang bukak cafe sume tu. Musti bosan kalau orang takde. Ahaks! Soon after takeoff, macam biasa serve air la kan. Kali ni aku mintak OJ, sempat lagik snap OJ (kali ni banyak cket, tak macam milo separuh smalam) bersama barf bag dan juga safety card. Beserta tuan empunya gambo cuci mata tadi. Jeng jeng jeng....ayu..muka ala2 innocent. Ku ingatkan Melayu, rupanya Chinese, tapi Malay look.

Overall, ok la...aku tido je. dengan wake turbulance lagi! Aiya...berkocak OJ dalam perut aku. Heh! 1650hrs arrival at KUL. Tunggu beg...then terus tukar baju, lepak2 sementara tunggu flight kul 8 ke TGG. Aku nak pi cuti2 mesia. 1st time naik AirAsia. Jumpa lak ngen Muhaimin INTAN. Sembang2 la, tak buat plane spot, cuaca dah gelap, kamera aku takde flash...bazir je amek gambo. Sembang apa yang patut...dah nak kawin rupenye budak ni. Aku bila lagi? Kawin ke dikkk? Hahahha

OK, untuk hari ni sampai sini je. Next posting, aku letak la gambo2 aku amek kat TGG. Cerita ceriti ckek. Tapi sebelum aku abiskan posting aku ni, nak pesan kepada pembaca sekelian, kalau korang rasa blog aku ni tak best, atau tak suka blog aku ni..toksah la baca..sebab ni blog aku, suka ati aku nak tulis apa pun, Tak payah nak menjoyahkan diri cakap sana cakap sini pasal blog aku. This is Malaysia, and I have my right to speak. Sori la ye, just terasa sedikir distracted dengan cerita dari Kak Jaja tadi!

Thursday, February 23, 2006

Outstation ke JB...


Hmm..hari ni aku masuk opis kejap je. Half day. Tu pun banyak la keje yang dapat. Tuhan saja yang mengerti. Chewahhh. Apa pun, hepi rasanya sebab gaji dah masuk. Maka aku pun mula la membayar koleksi utang piutang aku yang menimbun tu. PTPTN oh PTPTN...hehehehe
Aku malas nak cerita pasal keje ari ni. Meh kita tgk trip report aku ke JB. Esok aku meeting kat UTM. Ptg ni aku gerak ke JB. My journey starts at 2.30 to KLIA from Transit Putrajaya. Macehh Aszmy sebab amek aku kat umah tadi.
Sampai KLIA dalam pukul 3, check in..merayap kejap pi pharmacy cari barang. Minyak rambut tertinggal. Skali takde la plak brand yang aku nak. Kene la cari kat JB gamaknye. Hmm, ni boarding pass aku (sori la ek, gambo blur, tangan aku menggeletar)....naik ekonomi je, memandangkan GCC overbooked. Huhu, melepas nak melepak dalam Golden Lounge..


Sementara menantikan kapal ke JB 1720hrs, lepak la kat anjung tinjau dulu. Tgk kapal terebang turun naik. So, here are the photos taken:



Malaysia Airlines 737-400. Tak tau dari mana dia mai. Tak check pulak kat screen di belakang aku. Heh, lepak nye lepak lagi, ada la pulak Air Asia 737-300, lat kampung boy scheme. Kapal ni penah teropocot skidded kat Kota Kinabalu satu masa dulu.



Bosan lak spotting planes siang2 cenggini, tak nampak banyak sangat. Nun kat ujung gate kat satellite building tu ada Royal Brunei Airlines Airbus A320. Tak nampak sangat dalam gambo ni, cenonet je. Lepak lagi, tengok kat runway ada macam kapal warna biru nak landing. Aku rasa macam MAS nye kapal je, dan betul la sangkaan aku, MAS 777-200 Freedom of Space, yang ni baru sampai dari Shanghai Pudong (PVG). Cantiknye alahai...lepas ni nak tunggu yang warna merah la plak, nak amek gambo. Tapi macam takde je hari ni. Some other time maybe.

Huh, bosannye, last skali, nampak la kapal Air Asia yang baru, Airbus A320 yang dicat dengan warna Manchester United, aku dok berkira-kira brapa la Air Asia bayar untuk dapatkan hak mengecat kapal ni. Tapi apa pun, cantik sangat. Gambo tak clear lagi la, camera murah la katakan. Tangan ketar2..huk huk

Sedar tak sedar, dah nak 1605 hrs, aku pun gerak la ke Contact Pier nak masuk departure hall. Makan Burger King dulu kat dalam tu, lapo sangat perut. Haha....Tunggu nye tunggu, dah 1645 hrs, masa untuk bergerak ke gate, boarding time. Tapi kapal takde lagi, tak sampai pun lagi. Uhuk uhuk, menganga kat luar gate B7. Dok lepak kejap gate bukak, aku duduk la nunggu masuk, tayar kapal pun tak nampak lagi...soon, here we go, this is the plane, siap dengan catering truck skali aku amek. Hehe...


1710hrs, time for us to board the plane, aku kekadang terpikir, kalau dapat jumpa kawan aku si Oja bawak kapal terbang yang aku naik ni kan best. Si farah pram aku dah penah jumpa on duty. Mintak mintak la Oja yang bawak plane ni. Haha..masuk kapal, i was greeted by this lovely pram, nama aku tak pasan, gambo dia kat sebelah, blur la jugak. Dung dang dung dang, safety announcement bagai, we were soon ready for take off, aku sempat gak record depa ni buat aksi2 safety procedure. Tapi tak reti nak letak lak dalam ni. Nanti la aku mintak sape2 ajarkan aku letak2 video dalam ni plak. The weather was partly cloudy, kira gegar la jugak kapal aku tu tadi. Hek hek, cuak seh...dah manyak kali terebang pun masih lagi cuak. Hmm..macam biasa, kalau dok ekonomi, ada milo, tak pun OJ (jus oren la). Kat bawah ni aksi pram menghidangkan air, dan juga air milo aku yang sekerat cawan tu (kedekut tol) beserta dengan Going Places, inflight magazine.


Tengah aku mengelamun lepas minum milo tu, suara FO (first officer, co-pilot la tu) buat announcement, "saya Hasnirizal", tergezut aku, terus aku bangun ke galley, tanya cik pram kat atas ni,

"FO awak hari ni Rizal yang gelap2 tu ek?", dia senyum, angguk...sah la Oja kawanku itu..tercapai gak cita2 aku nak rasa kawan aku bawak kapal terebang.

Cik pram tu ke depan, katanya nak bagitau Oja aku ni kawan dia. Hehe...turbulence teruk lagi sebelum landing, apa pun Oja turunkan kapal tu dengan lembut skali. Tak rasa pun hentakan ke tanah...smooth..this is what I'm looking for. Hehe...sampai je airport, deplane, Oja dah tunggu aku kat depan , tersengeh...

"OK tak aku landing tadi?" sah sah la aku puji, kembang mamat tu. Hajat di hati nak posing dalam kokpit, tapi Si Oja pun macam bizi je, turnaround jkejap je kat Senai. Some other time maybe. Keluar arrival hall...terus amek cab ke Puteri Pacific, skang ni bukan Pan Pac lagi dah...melepas lagi nak accumulate Enrich points. Landing time kat bilik...ni gambar permandangan JB di waktu senja dari bilik aku, tu kat belakang ada Selat Tebrau, siap ngan Tambak Johor skali. Pasni ada jematan lak kan..siap bengkok lagi jematan tu...

Dan dan je aku teringat lagu dalam Best 104 tiap tiap petang kul 6.

"Johorlah baharu...johor baharu nama negeri, aduhai lah sayang....."

Apa pun, the flight was great, terngiang-ngiang kata Oja tadi "Thank you for flying with Malaysia Airlines" Awesome! Harapnye flight aku lepas ni pun ok la kot...Cukup untuk hari ni, ngantuk aaaaa...esok pagi meeting kat UTM. Mari......panjang la plak posting ni..hahaha