Friday, March 14, 2008

My 200th Posting


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang kepadaku untuk menulis buat kesekian kalinya. Hari ni, genap 200 bilangan entry di dalam blog Sebuah Pengkisahan Tentang Diriku yang menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa, memberi cetusan idea, dan tempat untuk aku menambahbaik kemahiran menulis untuk aku gunakan dalam kerja seharian di pejabat.
Sempena entry ke 200 ini, blog Sebuah Pengkisahan Tentang Diriku telah diberi wajah baru, yang pada hemat aku lebih ceria dengan warna-warna yang mampu membangkitkan perasaan yang gembira tatkala membaca blog ini.
Untuk para pembaca sekelian, terima kasih atas sokongan, galakan, komen dan sumbangsaran yang amat bermakna dan membantu saya untuk terus menulis di dalam blog ini.
Erk...takde la pulut kuning bagai, penat aku bersengkang mata buat layout baru ni (walaupun template ni aku donlod kat internet). Fuh.....at last berjaya jugak. Hmm...teruskan membaca ek! Untuk yang rasa sentap dengan mulut neraka di blog aku ni, hampun mahap ye! Aku sekadar memberikan pendapat. Untuk yang rasa gembira, teruskan kegembiraan anda itu. Tapi, gembira tu gembira jugak, jangan lupa Yang Maha Kuasa.
Selama berblogging dari tahun 2005 ni, ramai la jugak kenalan blog yang dapat aku temui. Alhamdulillah syukur kepadaNya. Just to name a few of them, Bang Tepak, Dayat, Zoul, LuaqDome, Andhika Tharuna, Mak Merah, LILYLulu, Nurul Serial Plant Killer, Znikli dan yang lain-lain (jangan kecik ati lak aku tak taruk nama korang, kang penuh page ni lak dengan nama-nama), it's a pleasure to know u guys. Appreciate that very much.
Stay tune for more exciting stories.....

Tuesday, March 11, 2008

Terbang Bersama Kelip-kelip

Ehm..nak cerita pasal pilihanraya pun, dah kita tau sapa pemenang sapa pengalah (motif buat ayat macam AF1 dulu?).

Nak cerita pasal Pegawai Tinggi-Pegawai Rendah pun, dah tak larat nak bercerita, sebab di hujung cerita, masih kena bekerja jugak, dengan alasan;

"Ala Tariq, tolong la ye, kawan kamu jugak yang nak kawin tu"

Tak nanges kau dengar?

Nak cerita pasal Kipas, dengar-dengar Kipas dah dibeli oleh tuan baru dan dihantar ke Luar Negara tempat bekas blok Komunis nun.

Jadi...aku cerita pasal pengalaman aku terbang bersama kelip-kelip untuk pulang membuang undi di Negeri Kedah Darulaman hujung minggu yang lalu.

Kelip-kelip? Yaaaa....orang putih panggil Firefly. Daripada pembacaan dan kajian literatur yang aku lakukan, aku dapati;

"Firefly is a low cost airline and a full subsidiary of Malaysia Airlines. It claims to be the first community airline in Malaysia. Its base of operations and hub is Penang International Airport. The airlines first flight was on April 3, 2007 to Kota Bharu.

Firefly flies from two hubs, Penang and Subang in Kuala Lumpur. The domestic flights from Penang are Langkawi, Kota Bharu, Subang, Kuala Terengganu and Kuantan 14 times weekly as well as to Koh Samui and Phuket in Thailand seven times weekly. The flights out of Subang are Penang, Langkawi, and Kota Bharu. The city of Medan in Indonesia has also been earmarked as a destination.

Untuk pembaca sekelian, maaf la ye kalau tak suka tengok cerita kapal terbang. Aku gila kat kapal terbang ni. Macam yang aku pernah nyatakan sebelum ni dalam beberapa siri posting yang aku buat dalam blog ini.

Sengaja aku mendapatkan tiket Firefly untuk pulang mengundi di kampung gara-gara keinginan aku untuk menaiki pesawat Fokker-50 yang sudah terlalu lama tidak aku naiki. The last was in 2004 during my trip from KCH to SBW. Alang-alang menda alah Fokker ni dah ada kat Semenanjung kembali, heh...apa kata kita cuba rasa.

Syarikat ini beroperasi dari Sultan Abdul Aziz Shah Airport (SZB), mudah untuk sesiapa yang berdekatan dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur, tak perlu lagi untuk travel ke KLIA ataupun LCC KLIA di balik ceruk nun. Sewaktu aku melangkah ke SZB Jumaat lepas, serta merta kenangan lalu menjelma kembali. Ye la kan, lama sangat dah tak naik dari situ!

Check in was easy-breeze, tak perlu beratur panjang, dan tak perlu berasak-asak untuk beli Xpress Boarding kalau nak naik dulu macam Air Asia. Tapi, biasa la kan, SZB ni macam ghost town! Tapi takde la kosong macam Alor Star (AOR).

That afternoon, flight turned to be a full-flight! Tapi, sebab seat dah memang ditetapkan, no tolak-tolak, no kiasu feelings among the passengers. Kiasu? Yaaa....ni berlaku waktu aku nak pulang kembali ke Kajang pada hari Ahad. Seorang wanita sepet yang travel bersama-sama keluarganya membeli satu Xpress Boarding untuk penerbangan tersebut! Aku pun beli jugak. Bila pengumuman masuk dibuat, wanita ni terus tolak orang dan menerpa masuk lantas meletakkan beg dan barang-barangnya di kerusi 1A,B,C,D,E,F. Whole seats taken untuk ahli keluarganya. Dan bila aku cuba alihkan barang-barang tersebut, ini jawabnya;

"That seat taken oledi..."

"Taken? Why there are no people seating?"

"They come later....they queue now!"

Sungguh kiasu. Aku senyum kembali kepada wanita itu, dan berkata;

"I pay for the Xpress Boarding and I have the right to choose where I want to seat, and I insist to seat there..."

Sambil jari aku menunjukkan ke arah tempat duduk bernombor 1A. Dalam kekalutan itu, datangla seorang anak kapal berskirt merah singkat, dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi. Wanita kiasu itu menerangkan situasi, dan aku menerangkan yang aku membayar untuk perkhidmatan itu dan aku hendak duduk di kerusi yang aku tunjukkan! Walla...berjaya! Kalau rambut aku panjang, sah aku buat libasan rambut sambil tersenyum kekwat! Wanita Kiasu mencemik...lantak kau la. Memang dah keturunan kiasu. Sampai bila-bila akan kiasu.

Berbalik kepada cerita Firefly, flight was on time, service was superb. Superb? ye laa..kat check in counter aku rasa ada sekampung manusia yang buat proses check in. Kat boarding gate, ada sekampung lagi yang jaga gate. Hehe...gotong royong katanya!

In-flight service pun ok. Ala-ala AirAsia la gak, kena beli kalau nak dapatkan makanan, maupun air secawan. Tapi skirt diorang takde la singkat sampai nampak pangkal pantat! Boleh gak bekerja dengan gembira.

Tapi satu je la, mentaliti orang Malaysia ni, the bigger the better (apa yang bigger tatau? teeeettt). So..kapal fokker kecik berkipas ni takde la ramai orang yang gemar sangat. Memang a bit shaky, but it was a very enjoyable ride! And after an hour in the plane, we landed safely at PEN. Seronok dan menyeronokkan.

Sapa-sapa yang nak cuba, silalah ke Firefly untuk menempah tiket anda.

p.s: aku tak dapat bayaran apa-apa untuk mempromosi syarikat ini....sekadar berkongsi apa yang baik untuk rakan-rakan sekelian.

Tuesday, March 04, 2008

Kisah Kipas

Hari ni aku nak berbicara pasal kipas. Dalam dunia ni, ada bermacam-macam jenis kipas. Ada kipas tangan, ada kipas meja, ada kipas siling, dan lagi advance, penghawa dingin yang mampu menyejukan suasana. Lagi besar dari penghawa dingin, kita panggil chiller. Lazimnya chiller ni kita guna kat bangunan-bangunan besar. Contohnya kat bangunan kementerian aku ni...dan banyak agensi-agensi kerajaan yang lain.


Pelik tapi benar. Ada pun kipas ni banyak kegunaannya. Sesetengah orang guna kipas ni untuk keringkan peluh, ada yang guna untuk sejukkan badan. Kalau kat hostel, ada yang gunakan kipas untuk keringkan pakaian untuk dipakai esok hari. Dan, paling menarik ada jugak yang gunakan kipas untuk mendapatkan sesuatu. Mendapatkan sesuatu? As if kau bukak kipas kau dapat barang? Ajaib!!Kuasa kipas ni memang best. Bayangkan, dengan bilah-bilah yang ada dan kuasa pusingan kipas tu, mampu menukar sesuatu keadaan ke keadaan yang lain.

Kisah kipas ni memang ada di mana-mana. Sampaikan orang yang ada kipas yang besar ni mampu mengalahkan orang yang takde kipas. Walaupun orang yang takde kipas tu lebih hebat, lebih berpengalaman, lebih segala-galanya, tapi sebab dia takde kipas, dia takkan dapat apa yang dia hendakkan. Ada la satu kisah temuduga untuk mendapatkan suatu jawatan tu. Calon-calon dipanggil entah dari mana. Katanya ranking pencapaian menjadi asas utama, tapi tiba-tiba orang yang di ranking bawah dapat dipanggil sedangkan orang yang di atas dipandang sepi. Kenapa ek? Mungkin pasal orang yang di atas takde kipas. Kalau betul-betul telus dalam melaksanakan kerja, kenapa la tak dibuka iklan? Biar semua orang yang rasa nak mintak boleh mintak? Tak gitu?

Ehm...kisah kipas ni jugak la menyebabkan ada orang yang ketinggalan ke belakang. Ada satu sesi pemilihan calon untuk menjawat jawatan pegawai rendah dalam kerajaan negara Boleh, dan para pegawai rendah yang dah masuk dalam servis dipanggil untuk membantu memilih. Dalam ramai-ramai pegawai yang terpilih untuk membantu, rata-ratanya dapat 1 atau 2 sesi. Tapi, ada jugak yang dapat kesemua sesi. Kenapa ek? Persoalan tu timbul di benak rata-rata pegawai rendah, hatta ada yang dipanggil untuk sesi taklimat, tapi satu sesi pemilihan pun tak dipanggil. Ish..sungguh hebat kuasa kipas ye!

Hmm...kesian orang-orang yang takde kipas. Gara-gara tak berkemampuan nak beli kipas, habis ditinggalkan oleh orang yang suka dikipas. Untuk orang-orang yang suka keadaan berangin, bayangkan satu hari kipas tu dah tak mampu nak berikan kuasa (bekalan elektrik putus ke.....kipas patah ke...ataupun pemilik kipas dah jumpa orang lain untuk dikipas), jangan pulak mencari orang yang tak mampu nak beli kipas ni untuk meminta pertolongan. Sesungguhnya orang yang takde kipas ni mana la reti nak mengipas.

Untuk orang yang ada kipas, jangan anggap kipas anda tu tahan selama-lamanya. Dengan teknologi yang canggih, mana tau kan, satu hari nanti peranan kipas dalam masyarakat dah tak penting lagi. Maka secantik dan sepandai mana pun anda mengipas, tetap tak memberikan sebarang erti kepada orang yang dikipas.

Kalau tutup rezeki orang lain tu.....Insya Allah, Laknat ke atas anda....
Wallahu A'alam.

(cerita ni berkaitan dengan subjek kipas. jadi, kita hanya cakap pasal kipas je. takde kaitan dengan apa-apa yang berlaku di sekeliling kita)