Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem

Tahun 1987, satu petang di bulan Ramadhan, di Kampung Permatang Batu Lintang, Tikam Batu, Kedah. Kelihatan seorang wanita sedang menyiapkan hidangan buka puasa untuk seisi keluarga. Sang suami pergi ke pekan membeli kuih tepung talam kegemaran. Jam sudah menunjukkan jam 7, kira-kira lagi setengah jam, masuklah waktu berbuka puasa bagi kawasan kampung tersebut.

Wanita tersebut membancuh teh o ais, dan menghidangkannnya di atas meja. Seorang segelas. Memang nampak menggiurkan, dengan percikan air kesan dari kondensasi yang terbentuk di gelas yang sedia terhidang di atas meja. Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang berpuasa masuk menerjah ke dapur dan menyaksikan keindahan makanan yang terhidang di atas meja tersebut.

"Maa, ni ayaq apa?"

"Haaa...hat tu ayaq teh, buat buka posa nanti...."

"Buat la satu, nak jugakkkk"

"Tu dah ada ataih tu.....satlagi kita minum la sama-sama"

Gara-gara terliur, lantas gelas berisi teh o ais itu terus dicapai walaupun waktu berbuka hanya beberapa detik cuma. Hajat di hati konon taknak bagi dikesan, tapi tetap jugak minum sampai setengah gelas. Lalu, gelas tersebut ditinggalkan, dah kanak-kanak tersebut terus pergi bermain di luar rumah seolah-olah beliau juga tengah berpuasa dan menantikan waktu untuk bersama keluarga. Bapanya sudah pulang dari pekan. Tiba-tiba, terdengar pekikan dari dalam rumah..........

"Heyyyyyyyyyyyyyyyyyyy, sapa minum teh ni haaaaaaaaaaaaaaaa?"

Semua yang di luar macam terkejut....

"Angahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, curi minum ka?"

"Dak aihhhhhhhhhhhhhhhhh"

Kanak-kanak tersebut cuba berdalih.....

"Kalau tak minum awat tinggai sekerat ja ni?"

Alamak................kantoi!!!!!!

Selepas itu, duduklah kanak-kanak itu melihat orang lain berbuka! Dia? Ohhhh....kena la sabar sat sebab dia dah berbuka awal lagi! Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan? Padan muka!

Heh, tu kenangan puasa Fendiosman sewaktu Fendiosman darjah 1. Rasanya dalam kesemua adik-beradik Fendiosman ni, Fendiosman yang paling kecoh bila puasa. Siap boleh buka tutup puasa! Air dalam kolah bilik air tu toksah kira la kan? Memang lazat sangat, ditambah dengan kesejukan yang cukup untuk menggegarkan iman.

Tapi itulah kenangan. Memang tak dapat lupa. Dan, kenangan ni bila diputar kembali, boleh tergelak sendiri! Heh............

Jadinya, pada kesempatan ini, Fendiosman nak ambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat tidak kira di mana saja anda berada. Semoga Ibadah Puasa pada tahun ini diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Dan diharapkan kita diberi kekuatan untuk melakukan lebih banyak kebajikan sebagai Muslim. Amin.............

2 comments:

swit@kon said...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA tuk encik pendi. senang2 marilah berbuka puasa bersama.

Hambali ® said...

selamat berposa mamu .... kami tak berapa sihatla lepas balik kl haritu .... dok melepek ja di hotel ....