Friday, February 10, 2006

Kabaret di INTAN



Hmmm...hari ni berpeluang nak menulis lagi skali. Takde pape yang menarik pun. Hari ni kelam kabut melayan panel audit. Baru buat adequacy audit. Datang semak2 dokumen. lantak pi la depa...janji aku bahagia.
Gambo kat atas ni aku suka sangat. Gambo kenangan time DPA. Ex sidang B, ni time modul sintesis dah. Time aku tgk cd sidang B ada gambo ni. Aku snap la guna power dvd. Tetibe je aku jadi mekap artis la dalam gambo ni! Ada ka patut... apa pun, time DPA tu tetibe profesyen yang dah lama aku tinggalkan. Jadik kabaret keji semula. It was fun. Dah lama aku tinggalkan benda tu. Tup tup ada balik. Konon dah abis blaja tu nak stop la. Tapi, takde gak. Tak boleh stop pun.
Gambo ni time wat malam pesta muda mudi. Kebetulan kat INTAN dulu i was the exco. Portfolio kebudayaan. Well, aku hantam buat scene kabaret. OK je..apa pun thanks to all members, midy terutamanye. The nite was so great. Show sume lagu 60's. Hmm...ajak kitorang kenakan PPKs ngan PPs suruh naik stage. Buat macam keretapi tu..nari ramai2. Haha...acara tari menari ni terus la sampai la abis DPA. Pi modul luar pun dapat kontrak menari2 ni. Kelakar la plak. Apa pun, menari poco2 beramai2 tu adalah yang paling best. Time OBS, tengok si Presh gelek2 mak aii meletopp...
Well, time has come for malam merdeka...kene organize lagi! Mujurla aku exco semester 1 je, ni keje Midy as exco untuk 2nd term. Time malam merdeka tu, menari lagi. So bergabung la dengan Chen, Rafiza, Nik Yon, Miriza, Hui Jinn, Sara Leonie, Rezal, Jojie dan Well. Dapat create satu team menari yang ala2 mantap kot! Ahaks. Zapin ghalit was awesome. Still aku dok ingat lagi step dia sampai skang nih. Veri der cantik. Ada pose2 break dengan couple lagi....hahaha. Si Rezal menari terus telinga melekat kat bahu. Kira naik syeh la tu. Aku kagum gak la dgn capability kawan2 aku ni. Walaupun bukan penari, tapi effort yang derang bagi amat2 la dihargai. Tapi bukti2 tu takde dalam gambo. As aku ada limited collection of photos. Sori la sangat2 (gambar yang ada ni ihsan rafiza ngan aku nye je). Sapa2 yang baca ni kot2 nak bagi gambaq kat aku, amat2lah di alu alukan.


Next show, malam deeparaya. Sebulan bulan posa tu aku latihkan budak2 ni menari. Kali ni aku dapat new sets of dancers. Budak2 non malay kene buat team derang. So kali ni team aku ada addition, dan ada jugak pengurangan. New faces, Elfian, Mimi, Yunus Idung, Jimie, Ainu, Zaaba, Midy (can u believe it?), Farah Afidah (aku tau kenapa lampu asek fokus kat dia je)...whilst Rafiza ngan Rezal maintain dalam group. New dance, Zapin Kak Ani lompat2 ngan joget Siti Nurhaliza. Letih gak mengajar. Zapin tu ya Allah lamanye nak mengajar. Joget tu kejap je. Budak2 ni senang nak ikut pasal catchy, menari macam berlari! Zapin tu step lagi senang tapi sebab lompat sana lompat sini, kelam kabut la!
Lagi skali show meletop. Thanks to all dancers. You guys memang best! Macam dancer IB lak. Aku teringat si Elfian dengan muka bongkaknye tu! Alahai...aku suh sengeh dia buat muka vogue! Sume budak ni (dancers i mean) enjoy dgn show tu. Pengarah INTAN tgk show tu terus request untuk malam KSN. Here we go..malam KSN! Menari lompat2 lagi hahaha
"Dagang ke mari zapin berkampung...bla bla bla..ya salam ya salam senandung ya salam"

To all my fellow dancers kat DPA, it has been a pleasure to dance with u all...tak dapat lupa! Gambo kat atas ni kenangan sebelum show malam KSN. Kalau dapat diputarkan masa, nak je aku menari lagi ngan budak2 ni! That's all for today!

Monday, January 23, 2006

PTD, MINDEF dan pangkat askar

Eheh..hari ni aku ada cerita menarik yang hendak dipaparkan. Bukan pasal kerja harian aku, tapi pasal sesetengah orang yang mengganggap kalau posting kat MINDEF, akan dapat pangkat seperti tentera.
Untuk makluman, pangkat tentera hanyalah untuk tentera, dan kami sebagai orang awam takkan dapat pangkat tentera tu. Ada la manusia yang aku katogerikan sebagai mangkuk hayun dok cerita serata alam yang dia ni ada pangkat tentera. Sebagai staf MINDEF, aku menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini. Pangkat yang ada dalam tentera tu adalah dikurniakan dan ditauliahkan oleh SPB Yang DiPertuan Agong, dan bukanlah senang2 je nak dapat.
Well, ni adalah ceritanya. (Rasa macam mami jarum lak):
Pada malam jumaat lepas, aku ke UKM nak tengok Festival Senitari MAKUM, (pertandingan tarian inter IPT). Ada la beberapa kerat kawan2 sama PTD yang datang tengok. For those yang attend, thanks for coming. Meriah gak la suasana. Ada la sorang kawan aku ni PTD sama batch, ex UKM gak, ala kalau datang UKM sah2 la jumpa staf2 UKM yang kenal.
The very next day, sabtu tengahari, aku pulak berjumpa dengan sorang staf UKM tu. Makcik ni kerani kat kolej kediaman. Haa, ni part yang menarik untuk dipaparkan:
Akak X : Ehhhh lamanya tak jumpa
Aku: biasa la kak sibuk ckek
Akak X : Keje mana skang
Aku : Akademi tentera malaysia
Akak X : Askar ke?
Aku: Tak la..saya buat admin, kakitangan awam...
Akak X : PTD ke?
Aku : A'ah akak...kementerian pertahanan hantar ke situ
Akak X : Kementerian Pertahanan? Sama la dengan *****
Aku : Ha ah...tapi lain2 department
Akak X : Eh...dok kat kementerian pertahanan takde pakai pangkat apa2 ke?
Aku : Takde kak..saya orang awam...
Akak X : Eh, takkan takde kot...**** skang pakai pangkat Lt Kdr TLDM sama macam Mejar tentera darat la kan? Skang terlibat dengan pembelian kapal perang.
Aku : Setau saya kak, kalau nak pakai pangkat kene perkanan tuanku
Akak X : Dia dah pegi kursus 6 bulan dah...tu yang dapat pakai pangkat...
Aku : (dalam hati) 6 bulan tu pi INTAN la....mangkuk nye ****, slambe je ko mengencheng orang kat UKM ni
Aku :Entah la akak...agaknye tuanku dah perkenankan dia untuk pakai pangkat. Tapi slalunye orang awam takde pakai pangkat2 ni. Kalau tentera ada la, kalau PTD macam kitorang ni, takde. Sebab kami diambik keje oleh JPA, dan bukan ATM.
Akak X : Tapi **** cakap dia ada pangkat. Dah complete kursus sume.
Aku : Tah la akak, agaknya ada la kot.
Perbualan tamat kat situ je. Aku jadi malu, jadi meradang dan sakit hati. Slambe je nak kencheng orang2 yang tak mengerti apa2. Kalau dah jadi orang awam, mengaku je orang awam.
Takde pekdahnye nak mengaku ada pangkat. Bukan ada dapat gaji lebih pun! Kan kan kan? Dah tu, suka2 je cakap beli kapal la beli apa la. Kan senang kalau cakap "Saya keje kat MINDEF, bahagian sekian sekian". Ni lagi mau mengaku berpangkat bagai.
Aku bukan bengang pasal dia ada pangkat ke apa ke, yang aku bengang pasal dok cerita benda lain kat orang. Cerita apa yang ada sudah la. Aku jadi malu pasal kawan sama perkhidmatan dengan aku dok habaq benda ni.
Pengajaran, kalau nak kencheng orang, tengok dulu cemane keadaan sekeliling. Ada tak kawan sekeliling yang masuk sama2 jadi PTD. Kalau ada, pikir dulu betul2. Bukan aku nak menggalakkan kencheng ni, tapi pikirlah dulu. Dunia ni kecik, kalau kita ingat takde orang kenal kita, silap besar la. Kan kan kan?
Hmm..berbalik kepada festival tari MAKUM aku tgk ujung minggu lepas. Overall, menarik. Pemenang: UM sapu bersih sume anugerah, melainkan anugerah kostum kreatif terbaik (UNIMAS). Johan UM, naib johan UNIMAS, ketiga UiTM Sarawak. Tahniah kepada pemenang.

Thursday, January 19, 2006

CoLA, ITKA, gaji....alhamdulillah

Hari ni dapat payslip...berdebar2 aku bukak tadik. Chewahhhh

lebih kurang camni la dia nye details:

Gaji Kakitangan Awam XXXX.XX
Elaun Khidmat Awam 300 .00
I.T Perumahan 210.00
CoLA 150.00

Alhamdulillah...dah naik sebagaimana yang dijanjikan. Thanks kepada semua yang terlibat, dan terima kasih kepada semua yang prihatin kepada nasib kakitangan awam yang duduk di kawasan yang kos sara hidupnye tinggi. Lepas ni berkira2 nak bayar PTPTN secara terus melalui potongan gaji. Biar gaji yang masuk tu suci murni tanpa sebarang noda. Ahahaha...Potong KWSP so dapat la lebih dalam 300 dari gaji sebelum ni. Tapi kata orang tua tua, makin besar periuk, maka makin besar la keraknya. Aku risau gak tuh. Apa pun, aku ingat pesan bapak aku

"Kalau ada duit seringgit, takkan nak belanja seringgit setengah?. Belanja lima kupang sudah la, abih banyak pun lapan kupang. Lagi dua kupang taruh..." hati2 dalam perbelanjaan...tapi kadang2 aku rasa aku ni terlalu boros. Apa aku berkenan aku main amek je. Nasib baik la dilahirkan bukan sebagai ahli soping ternama. Kalau tak, duit gaji aku abis camtu je. Ni gaji bulan ni berkira2 nak bayar balik duit plastik aku. Ari tu dah terbayar bil telepon yang tetibe naik tinggi. Huhu...duit duit...lagi tak habis, lagi tu la ada je mende yang nak blanje. Apa pun bulan ni leh la bernyawa ckek, pasal claim ada untuk membantu mengurangkan beban kehidupan.

Hmm, that's all for today. Saje je, sebab tengah hepi dapat elaun banyak bulan ni. Syukur Ya Allah...