Eheh..hari ni aku ada cerita menarik yang hendak dipaparkan. Bukan pasal kerja harian aku, tapi pasal sesetengah orang yang mengganggap kalau posting kat MINDEF, akan dapat pangkat seperti tentera.
Untuk makluman, pangkat tentera hanyalah untuk tentera, dan kami sebagai orang awam takkan dapat pangkat tentera tu. Ada la manusia yang aku katogerikan sebagai mangkuk hayun dok cerita serata alam yang dia ni ada pangkat tentera. Sebagai staf MINDEF, aku menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini. Pangkat yang ada dalam tentera tu adalah dikurniakan dan ditauliahkan oleh SPB Yang DiPertuan Agong, dan bukanlah senang2 je nak dapat.
Well, ni adalah ceritanya. (Rasa macam mami jarum lak):
Pada malam jumaat lepas, aku ke UKM nak tengok Festival Senitari MAKUM, (pertandingan tarian inter IPT). Ada la beberapa kerat kawan2 sama PTD yang datang tengok. For those yang attend, thanks for coming. Meriah gak la suasana. Ada la sorang kawan aku ni PTD sama batch, ex UKM gak, ala kalau datang UKM sah2 la jumpa staf2 UKM yang kenal.
The very next day, sabtu tengahari, aku pulak berjumpa dengan sorang staf UKM tu. Makcik ni kerani kat kolej kediaman. Haa, ni part yang menarik untuk dipaparkan:
Akak X : Ehhhh lamanya tak jumpa
Aku: biasa la kak sibuk ckek
Akak X : Keje mana skang
Aku : Akademi tentera malaysia
Akak X : Askar ke?
Aku: Tak la..saya buat admin, kakitangan awam...
Akak X : PTD ke?
Aku : A'ah akak...kementerian pertahanan hantar ke situ
Akak X : Kementerian Pertahanan? Sama la dengan *****
Aku : Ha ah...tapi lain2 department
Akak X : Eh...dok kat kementerian pertahanan takde pakai pangkat apa2 ke?
Aku : Takde kak..saya orang awam...
Akak X : Eh, takkan takde kot...**** skang pakai pangkat Lt Kdr TLDM sama macam Mejar tentera darat la kan? Skang terlibat dengan pembelian kapal perang.
Aku : Setau saya kak, kalau nak pakai pangkat kene perkanan tuanku
Akak X : Dia dah pegi kursus 6 bulan dah...tu yang dapat pakai pangkat...
Aku : (dalam hati) 6 bulan tu pi INTAN la....mangkuk nye ****, slambe je ko mengencheng orang kat UKM ni
Aku :Entah la akak...agaknye tuanku dah perkenankan dia untuk pakai pangkat. Tapi slalunye orang awam takde pakai pangkat2 ni. Kalau tentera ada la, kalau PTD macam kitorang ni, takde. Sebab kami diambik keje oleh JPA, dan bukan ATM.
Akak X : Tapi **** cakap dia ada pangkat. Dah complete kursus sume.
Aku : Tah la akak, agaknya ada la kot.
Perbualan tamat kat situ je. Aku jadi malu, jadi meradang dan sakit hati. Slambe je nak kencheng orang2 yang tak mengerti apa2. Kalau dah jadi orang awam, mengaku je orang awam.
Takde pekdahnye nak mengaku ada pangkat. Bukan ada dapat gaji lebih pun! Kan kan kan? Dah tu, suka2 je cakap beli kapal la beli apa la. Kan senang kalau cakap "Saya keje kat MINDEF, bahagian sekian sekian". Ni lagi mau mengaku berpangkat bagai.
Aku bukan bengang pasal dia ada pangkat ke apa ke, yang aku bengang pasal dok cerita benda lain kat orang. Cerita apa yang ada sudah la. Aku jadi malu pasal kawan sama perkhidmatan dengan aku dok habaq benda ni.
Pengajaran, kalau nak kencheng orang, tengok dulu cemane keadaan sekeliling. Ada tak kawan sekeliling yang masuk sama2 jadi PTD. Kalau ada, pikir dulu betul2. Bukan aku nak menggalakkan kencheng ni, tapi pikirlah dulu. Dunia ni kecik, kalau kita ingat takde orang kenal kita, silap besar la. Kan kan kan?
Hmm..berbalik kepada festival tari MAKUM aku tgk ujung minggu lepas. Overall, menarik. Pemenang: UM sapu bersih sume anugerah, melainkan anugerah kostum kreatif terbaik (UNIMAS). Johan UM, naib johan UNIMAS, ketiga UiTM Sarawak. Tahniah kepada pemenang.
3 comments:
nasib baik dia tak bgtau dia skrg dia ngah 'kawan baik' ngan org ada gelaran @ bukan org awam gakss.. saper tuh?? inspektor aleeza?? hesheshes...
aiyaaa...
kene ejek ka?
nama jaja tu kan kiut!
aku rasa aku tau sapa...
at the same time aku rasa aku tak tau sapa.
tapi bila tengok blog lain, aku rasa aku tau sapa jugak iteww.
tak pe yer tariqss, malam nis kiterrss buat ketupats yerr...
kalu betul lah bilangan * ko tu betul, ada 5 * ek, rasanya orang iteww aku tau dahs...
Post a Comment