Friday, January 13, 2006

Lamanye tak post entry!

Ya allah, sedar tak sedar dekat dua minggu aku tak post entry. Sangat la bizi kehidupan ini! Last week aku ke JB, outstation lagi. Takde mende pung, pi hantar jubah konvo budak2 ni, then amek result bercetak SISKA untuk semester lepas.

Duit kering..tuhan saje yang tau cemane perasaan bila otstesen takde duit. Dah aku bawak si padil opisboy aku ni, lagi la muka sedih dia duit takdak. Dia datang kat tepi aku, bisik "bos, ada duit lebih tak? duit saya dah abis la, nak pinjam boleh?!" alahai...sedih plak aku dengar. Aku bos, takkan nak bagi pinjam? Konflik. Aku bukak wallet, tgk brape yang aku ada, sebab standby untuk hotel (in case kad kredit reject).

Slow2 aku tarik a few notes 10 hengget,

"nah...hamek la, buat makan ngan beli rokok!"

"bila nak bagi balik bos?" padil cakap

"tak yah, tu buat blanje, saya tau kamu takde duit"

situasi camni akan selalu berlaku dalam kehidupan seorang pegawai, nak kene treat orang bawahan properly. Same case goes to my boss. Kalo pi makan ngan aku, dia yang bayarkan. Sampai aku pun naik segan. Tapi lately sejak2 aku balik dari INTAN ni, kira cowteam la, sape nak bayar dulu..ari ni aku bayar esok dia bayar! camtu la seadanya.

Dan trip ke JB tu, aku tak stay kat usual hotel aku check in. Kali ni disebabkan budget ciput, i decided to go to Seri Malaysia Larkin (90 hengget termasuk tax untuk gomen staff). Kalau stay Putri Pan Pac (168 incl tax). That was the 1st and last time ever staying kat Seri Malaysia JB. Bilik baru dia syellek perabot terus letak customer kat dalam. Bau....huh...sakit kepala aku. Katil, azab. Siap kepala katil yang lekat kat dinding tu boleh jatuh. Ngeri ahhhh. Takmo aku stay situ lagik!

Hmm..balik kl macam biasa la kan, masuk2 pejabat je dah melambak keje menanti. Tuhan saje yang tau!

Minggu ni sabtu keje keje. As if hari isnin lepas ATMA tutup. So kene la ganti ari sabtu ni. Alahai, sabtu...keje..full day plak tu! Konon nak apply cuti, skali tak approve, since esok ada amanat pengarah akademik ATMA (Prof Azahari). Ada saja la nanti tu...sabar je la. Dengar dengar dan dengar. Ala abis sangat bosan2 aku tido je dalam dewan Bistari tu. (macam kat OD INTAN la plak). Ready for the action! (bismi kallahumma ahya wa amuut...zzzzzzzz)

eh..aku dah tak reti nak tulis apa dah. Kering idea la! Huwaaaaaaa......

No comments: