Wednesday, July 12, 2006

Membawa hati ke JB

Cheewahh, jiwang la pulak tajuk posting ari ni. Yang sebenarnya, ari ni aku attend meeting Pencalonan Hadiah Akademik UTM sempena konvokesyen yang nak dekat dah. Aku bawak satu pencalonan dari ATMA, best student untuk kelas 2002. Boleh tahan result dia. PNGK 3.60. Dok terbayang dalam kepala hotak ni pandai lah hai budak2 ni. Cmane derang blaja heh? Aku dulu waktu blaja masya allah azab. Ye la, part time student full time dancer. DECTAR UKM tu dah jadi macam rumah kedua aku. Most of the time spend kat studio, lentik sana lentik sini, bend sana bend sini. Macam la cantik sangat menari. Huhu.....

Pagi2 buta aku dah keluar dari rumah. 0430hrs bangun pagi, iron baju bagai. Siap2 masuk barang dalam beg. Terus ke umah Dr Azizah untuk tumpang dia ke KLIA. Mana tak haru, flight 0725hrs, first time aku amek flight pagi ni. Tak penah aku amek camni. Slalunye aku amek sehari awal. Tido kat JB, terus masuk meeting on the following day. Kali ni disebabkan kekalutan keje yang memeningkan kepala aku, I've decided to travel early in the morning.

Sampai airport, panjang la pulak queue. Dok kejap ada announcement, "final call for passenger boarding flight number MH1037 to Johor Bahru, kindly proceed to counter B18 for immediate check in" Berlari la aku ke kaunter tu, siap check in lari2 la ke departure gate. Dah la jauh, letih aku berjalan. Time to depart, dah on time..tapi still tak pushback lagi. Katanya ada passenger dah check in tapi lewat. Dalam hati aku ni, "isk...lewat la aku sampai JB kang, huh orang lain lewat aku lak kene tunggu dalam kapal ni. VIP ke yang lewat ni?". Soon, ada satu announcement dari LSS (leading stewardess) "To passenger, Mr Elfian Satria, please identify yourself to any of the crew member". Sentap kejap...sah musti budak ni yang lewat! Pian oii..huhu! Dalam hati nak gelak pun ada. Seb baik la tak satu kapal terbang, kalau tak mau la pecah cabin tu. Sudahnye, selamat tinggal la Pian oii, kapal dah tak larat nak tunggu kau. Jalan la dulu....aku call dia kejap tadik dia kata tengah stand by untuk next plane 0855hrs...

Aku saje je datang meeting ni sebenarnya. Aku dah tepu kat pejabat. I need a break, nak cuti tak bole selagi tak cukup 28 hari menanggung keje untuk melayakkan aku dapat elaun tanggung keje. (betul ke 28 hari ni? anyone?) Isnin lepas perhimpunan HUT ATMA dengan Pak Maon. Dah la sejam lebih dia berucap. That morning aku tido lewat, qiyamullail tgk bola. Dengan muka cam zombie aku masuk parade. Sket lagi nak tombang. Gigih ni berdiri. Tgk kat depan si Azzeri dah gigil. Kat bawah stage, dum..dum sorang sorang tumbang. Yang peliknye, askar lak yang slalu tumbang. Awam tak pulak tumbang. Camtu la jugak kat MINDEF. Kalau perhimpunan bulanan, mesti ada ambulans tunggu punye. Kat ATMA kurang la cket, cukup dengan Dr Farzana je. Dah dekat2 aku nak bengkok tu, tetibe dengar perkataan "akhir kata..." Terus la aku lega...dan dan je segar.

Lepas parade terus aku lari gi minum. Anggapan aku 1st day of semester mesti aku kene serang dengan pensyarah, kadet2 lagi pasal jadual waktu. Dan teori tu tepat. Time aku gi minum tu, cian pulak staf aku kene menjawab soalan2. "Mana penolong pendaftar?" Sori la kakak kakak sekelian. Bila aku dah rasa macam reda ckek keadaan, masuk la semula ke pejabat. Tenang ckek, tapi lepas tu satu satu datang jumpa aku. Nak tukar la, clash la...pensyarah pun gegar. Dah tak tahan sangat, asek dok desak aku je ada la sorang pensyarah tu kene lazer. "Nak mengajar sini ke taknak? kalo tak bole datang awal....buat je office depan tangga". Kekwat la, pukul 8 tak bole sampai office, alasannya umah jauh. Nasib baik pensyarah, ada waktu flexible, kalau la keje cikgu baru tau langit tinggi rendah. Pukul 7 dah kene sampai sekolah. Aku dah sampai tahap tak boleh berfikir. Semalam tgk jadual depan aku, tak tau nak buat apa. Rasa fed-up sangat2! Esok balik nak berfikir lagi. Huhu..."somebody save me......" (lagu cerita kampung kecik a.k.a smallville).

Cukup la kot. Pikiran aku tenang ckek bila tak masuk pejabat ari ni. Breakway! Esok nak berpikir semula dengan penuh kerimasan.

Sunday, July 09, 2006

Weekend? Jalan ke mana?

Slalunye aku ni jenis homely type. Weekends adalah masa untuk aku mengcover tenaga yang dah banyak terkorban waktu hari keje. Tapi skang ni makin hari makin rasa bosan lak duk umah. Ingatkan pasang ASTRO bole la ilangkan bosan, rupenye lagi banyak channel lagi pening aku nak tengok tv. Tuhan saje yang mengerti betapa bosannya habiskan hari minggu di rumah. Agaknya sampai masa dah nak kawin kot? Tapi sapa yang ada untuk mencalonkan diri? Yang ada pun mahal sangat la pulak dia letak. 13K untuk gaji aku yang ciput ni. Keh keh keh.....alasan untuk menolak kot. Sape la aku ni kan?


Tengahari tadi pegi lunch kat umah Encik Loyar Fahmi Osman, my elder brother. Ada Lukman Osman yang baru sampai dari kampung untuk daftar semester terakhir matrik UIAM yang tak langsai-langsai lagik. Aku dulu matrik setahun je pastu terus masuk U. Budak ni dah masuk tahun 2 setengah tak selesai2 lagik. Lamanya UIA peram budak dalam matrik. Kalo aku, sah2 la menderita kat situ. Well, it was fun to gather with my siblings...minus Basil Osman yang still kat SePOSen. Enjoying lunch cooked by my sister in law. (Kak Fatin, even lori gula terbalik dalam asam pedas tadi, honestly it was so delicious....). Itu la aktiviti aku ujung minggu, tak ke umah abang aku, aku pusing2 KL umah makcik2 yang ada. Melawati ka, OUG ka, Shah Alam ka....mana2 je la.


Anyway, malam tadi I had this marvellous experience enjoying my weekend nite di Dataran Merdeka. (To wawa, dino, farid and zul...such a pleasure to join you guys). Perarakan Citrawarna. The event was so colourful. Sorry for not putting any pictures here. Aku tertinggal kamera kat office. Nak masuk kat Kem SB tu di ujung minggu dengan kereta tak berstiker amatlah aku malas. Walaupun ada BAT C 8 sebagai bukti untuk meredah mana2 kem yang boleh, tapi nak berenti depan pos MP tu cukup melemaskan aku. Takpe la, janji aku enjoy show.


Our journey to KL started at 5. Wawa cakap kene pegi awal kalau nak dapat tempat best. Aku ingatkan dia keje kat IB dapat la pas...since this citrawarna bernaung bawah MOTOUR, so pass VIP hanya bole dapat dari geng2 kat tourism saje. Call sana sini....kot2 la ada rezeki untuk pas free, jawapan hampa...sudahnye redah je la. Ada tempat ok la, takde tempat alamat kaki lenguh nak berdiri dan berhimpit dengan orang ramai (pantang tok nenek aku kalau orang2 keliling bau ketiak hangit). Sampai kat Dataran orang dah start ramai. Yang capik datang bertongkat, yang beranak kecik datang berkendong....


Sementara menunggu waktu show, pusing2 dulu. Wawa gi try recce pas free kat urusetia (orang IB takkan la takde pas kan). Anyway, he managed to get passes for all of us. Tapi awal2 tu takde la aku masuk terus ke Grand Stand. Sebab, kat pas aku tu tulis...PETUGAS. Dengan torn jeans, t-shirt sume, kang free je kalo orang suh angkat kerusi. Taknak la aku....Awalnye aku pakai, kesannye, jadi kaunter pertanyaan orang ramai. Start pukul brapa bla bla bla...aku pun buat sefriendly yang mungkin. Tapi lama2 aku rimas. Terus cabut tag, letak dalam poket. Pusing dan pusing dan pusing....pukul 7.30 orang dah start berasak. Wawa cakap...nanti ada tempat, mesti urusetia kasi masuk. So tunggu...dalam dok tunggu tu, aku perhati la situasi sekeliling, tah mana budak tetibe ada pas PROTOKOL dapat masuk. Imagine budak 10 tahun ada pas PROTOKOL. Petugas ke? Sah sah la kenal sapa2 kat situ. Senang2 je dapat masuk. Orang makin ramai. Rimas dah aku..terus ajak Wawa n geng balik. "Moh le kite balik...ate takde khojenye duduk berhimpit kat sini...."tup tup tgk budak kat belakang aku tadi dah masuk kat dalam Grand Stand. Suggestion Wawa..."jom kita redah dari belakang". Dengan konfidennye, gantung tag, lalu kat abang RELA tu, lepas...whew lega. Terus naik tangga masuk...dan duduk.


Kisahnye tempat duduk banyak kosong. Dah dekat 8.30 malam masih banyak kosong. Kalau ikut Wawa lagi, tempat tu untuk lembu2 duduk...hahahaha....so dengan tenangnye kitorang duduk kat Grand Stand tu...Agong sampai...show pun start. Meriah sehhh....macam biasa ucapan dulu. Then persembahan mula led by Perlis, pesta musim timur. Followed by Pahang (Perlis = agong, pahang = TPM. Kalo la Pak Lah ada musti tanjung yang keluaq dulu). Tengok la show..satu satu...paling best, Johor sebab persembahan sangat la tersusun (Kuda Kepang, Tarian Jawa dan Zapin). Paling longkang, Selangor. Tapi...masya allah, banyaknye "agar-agar" yang buat persembahan. Kalo agar-agar je takpe, ni agar-agar cair. Tgk satu team demi satu team. Melaka and Selangor penuh dengan agar-agar. Aku pun dancer gak, tak penah la terlintas nak jadi agar-agar. Hahahaha...


Meriah gile show, really enjoyed it! Lastly sebelum finale ada acara Joget Lambak. Kitorang kat Grand Stand ni dijemput oleh dancers yang buat show untuk Joget Lambak kat depan Dataran Merdeka tu. Lupa diri sat. Tapi kelakarnye dancer yang menari ngan aku tu konpius tengok aku. Pakai cap tulis NAVY (dia ingat aku askar kot...rambut pun versi askar..), sudahnye menari joget siap buat double step lagi. Siap suruh pusing sana pusing sini..lepas gian katakan. Terancang..alah segak alah jaga. Tak kisah la..."abang ni dancer ke?" Aku jawab "ehh tak lah....saya suka2 je". Dino pun dapat soalan yang sama. Hahaha...
Terhibur la aku dengan persembahan. Dapat la jugak tengok Chen menari. Hehe..lawa wig kau! Macam balung ayam! Lepas show..gi kedai kawan Wawa, si Bella mana nasik lemak kat Telawi. Pedasnye tuhan saje yang tau. Kesannye...pagi ni seharian aku bertapa dalam jamban!
Hmm...esok dah keje. Alhamdulillah jadual waktu dah siap. Ni menantikan masa untuk dengar aduan2 kelas clash ke apa ke...wowo mata aku dah macam panda (ikut kata Lt Kdr Azzeri laaaa) Pagi ni hajatnye nak tengok Final World Cup. Tapi kene masuk keje awal. Ada perhimpunan sempena HUT ATMA ke 11. Oh tuhan..kang tak cukup tido, tumbang pulak. I really need a break....nak g cuti mana2 la rasanya...till then, ciao!

Monday, July 03, 2006

Hanginnye!

Hari ni bermula la secara rasmi aku menanggung keje M48 pos timbalan pendaftar ATMA yang ditinggalkan oleh mantan bos aku yang telah selamat posting ke kementerian kesihatan. Mencabar la pulak bila aku tengok potfolio bos aku inih. Double workload...tapi ada elaun ke aku memangku ini? Bukan kira duit sangat pun, tapi kalu ada elaun macam berbaloi la apa yang nak dibuat, slama hari ni dah balik lambat, tambah keje mangku alamat lagi lambat la aku balik nanti. Tringat zaman aku tinggal bos waktu ke DPA di INTAN dulu, bos aku terkangkang siap naik darah lagik. Kali ni benda yang sama berlaku kat aku. Mintak simpang dari kecelakaan yang tak diingini. Amin...

Well well well, hari ni aku nak ceritakan pasal Pegawai Kewangan yang kepeningan. Aku pun tak reti nak cakap cmane, since banyak sangat komplen pasal dia ni daripada para pensyarah dan jugak staf. Aku pun nak komplen jugak la. Satu, pasal claim perjalanan yang teramatlah lambat masuk, disebabkan ketelitian ini orang menyemak satu persatu apa yang diclaim oleh staf. Aku bukan apa la kan, benda boleh siap cepat, tapi disebabkan benda2 remeh camni, claim aku tertunggak dah dekat 1000, ni bulan mei punya, belum masuk bulan Jun yang aku hantar Jumaat lepas yang berjumlan seribu lebih...so dah dua ribu duit aku terawang2 di angkasa. Kali ni memang la aku berkira, nak suh aku otstesen, tapi claim lambat. Aku nak makan apa? Hangin tul laa....

Ni kisah kedua, yang berlaku pada pensyarah kat sini. Kisah nak buat jamuan untuk 400 orang makan waktu timbalan menteri pertahanan datang sini dulu. Sudah la 400 orang datang, makcik ni siap nak detail nama sapa yang nak makan berjumlah 400 orang itu! Mana nak cekau nama 400 orang, kita pun tak tau sapa yang nak datang makan. Anyway, kat sini dah menggalakkan berlakunya budaya pembohongan. Nak nama 400 orang, amek la 400 nama. Tapi betul dan tidak tu...antara kita ngan tuhan saja la. Lagi skali aku hangin.

Kisah ketiga, kali ni kena kat aku pulak di hari pertama aku menanggung keje bos aku ini. Kisahnya, department aku uruskan hal2 akademik kadet2 di sini, termasukla keputusan peperiksaan akhir semester kadet. Nak dijadikan cerita, parents kadet2 ni sudah mintak menghantar keputusan anak2 depa pi rumah, i dun have problem with that. Pak Maon pun dah setuju untuk benarkan untuk hantar. So, mula untuk laksanakan tugas. Aku pun hantar la permohonan peruntukan berjumlah 366 hengget untuk beli stem berjumlah 1220 keping untuk 1220 orang pelajar yang ada keputusan. Sudah dia reply nak alamat 1220 orang budak2 tu untuk semakan apa kebenda tah. Well, takkan aku nak bagi staf aku taip 1220 alamat kan? Aku suh potostet result 1220 orang, so total 1220 keping, aku lampirkan kat memo dalaman tu. So memo tu akan menjadi 1221 helai termasuk lampiran. Amek kau, nak sangat! Main koto ngan aku, aku main koto la ngan kau jugak...dapat sekeping memo, nak failkan, dah kene tutup fail satu jilid, pasal tebal sangat! Hangin aku hari ni. Untuk orang yang buat kewangan, soalan aku, ada ke korang mintak sedetail ni untuk sesuatu tindakan? Tolong la, stakat stem pun nak berkira....halooo ingat aku kebulur sangat ke nak praappp stem? Fine...kau mintak aku bagi....kalau banyak sangat mahap la ye. Sapa suh wat keje bodo?

Ok lah...cukup bebelan ari ni. Well, weekends aku nothing much. Tapi last saturday nite, aku dapat pegi IB tengok pelancaran KL Festival 2006. Thanks Wawa invite aku pegi. Terus call si Pidah..ajak dia pegi. Thank God dia free. Dia hangkut tunang dia skali. The show was so colourful. Tarian itu tarian ini, lagu itu lagu ini. Mak Yong, Zapin (Siti Nurhaliza nyanyi heh...persal dia tembam aaa skang?), mangunatip (yang ni aku paling suka dengan muziknye), tarian orang ulu, sewang, baratha natyam (kudos to the dancers...cantik sangat korang menari), chinese opera, not to forget hip hop zapin budi (fusion zapin arranged by Edry KRU), Mohram (dengan awek2 perbadanan kraftangan bercatwalk atas pentas tu) and Zainal Abidin as duta (lagu kenek2 udang best aaaa). Sabtu ni plan nak pi tgk parade citrawarna kat Dataran Merdeka la...jom pakat pi ramai2 nak?

End of today's entry. Line internet kat ATMA ni diibaratkan macam jalan mini tar kat kampung tapi berangan macam Highway 12 lane..nak suruh ramai orang lalu. Wajib la lembap macam sial...lagi hangin aku. Nak masuk UTM nye AIMS pun susah...bercinta aku menunggu...