Wednesday, July 12, 2006

Membawa hati ke JB

Cheewahh, jiwang la pulak tajuk posting ari ni. Yang sebenarnya, ari ni aku attend meeting Pencalonan Hadiah Akademik UTM sempena konvokesyen yang nak dekat dah. Aku bawak satu pencalonan dari ATMA, best student untuk kelas 2002. Boleh tahan result dia. PNGK 3.60. Dok terbayang dalam kepala hotak ni pandai lah hai budak2 ni. Cmane derang blaja heh? Aku dulu waktu blaja masya allah azab. Ye la, part time student full time dancer. DECTAR UKM tu dah jadi macam rumah kedua aku. Most of the time spend kat studio, lentik sana lentik sini, bend sana bend sini. Macam la cantik sangat menari. Huhu.....

Pagi2 buta aku dah keluar dari rumah. 0430hrs bangun pagi, iron baju bagai. Siap2 masuk barang dalam beg. Terus ke umah Dr Azizah untuk tumpang dia ke KLIA. Mana tak haru, flight 0725hrs, first time aku amek flight pagi ni. Tak penah aku amek camni. Slalunye aku amek sehari awal. Tido kat JB, terus masuk meeting on the following day. Kali ni disebabkan kekalutan keje yang memeningkan kepala aku, I've decided to travel early in the morning.

Sampai airport, panjang la pulak queue. Dok kejap ada announcement, "final call for passenger boarding flight number MH1037 to Johor Bahru, kindly proceed to counter B18 for immediate check in" Berlari la aku ke kaunter tu, siap check in lari2 la ke departure gate. Dah la jauh, letih aku berjalan. Time to depart, dah on time..tapi still tak pushback lagi. Katanya ada passenger dah check in tapi lewat. Dalam hati aku ni, "isk...lewat la aku sampai JB kang, huh orang lain lewat aku lak kene tunggu dalam kapal ni. VIP ke yang lewat ni?". Soon, ada satu announcement dari LSS (leading stewardess) "To passenger, Mr Elfian Satria, please identify yourself to any of the crew member". Sentap kejap...sah musti budak ni yang lewat! Pian oii..huhu! Dalam hati nak gelak pun ada. Seb baik la tak satu kapal terbang, kalau tak mau la pecah cabin tu. Sudahnye, selamat tinggal la Pian oii, kapal dah tak larat nak tunggu kau. Jalan la dulu....aku call dia kejap tadik dia kata tengah stand by untuk next plane 0855hrs...

Aku saje je datang meeting ni sebenarnya. Aku dah tepu kat pejabat. I need a break, nak cuti tak bole selagi tak cukup 28 hari menanggung keje untuk melayakkan aku dapat elaun tanggung keje. (betul ke 28 hari ni? anyone?) Isnin lepas perhimpunan HUT ATMA dengan Pak Maon. Dah la sejam lebih dia berucap. That morning aku tido lewat, qiyamullail tgk bola. Dengan muka cam zombie aku masuk parade. Sket lagi nak tombang. Gigih ni berdiri. Tgk kat depan si Azzeri dah gigil. Kat bawah stage, dum..dum sorang sorang tumbang. Yang peliknye, askar lak yang slalu tumbang. Awam tak pulak tumbang. Camtu la jugak kat MINDEF. Kalau perhimpunan bulanan, mesti ada ambulans tunggu punye. Kat ATMA kurang la cket, cukup dengan Dr Farzana je. Dah dekat2 aku nak bengkok tu, tetibe dengar perkataan "akhir kata..." Terus la aku lega...dan dan je segar.

Lepas parade terus aku lari gi minum. Anggapan aku 1st day of semester mesti aku kene serang dengan pensyarah, kadet2 lagi pasal jadual waktu. Dan teori tu tepat. Time aku gi minum tu, cian pulak staf aku kene menjawab soalan2. "Mana penolong pendaftar?" Sori la kakak kakak sekelian. Bila aku dah rasa macam reda ckek keadaan, masuk la semula ke pejabat. Tenang ckek, tapi lepas tu satu satu datang jumpa aku. Nak tukar la, clash la...pensyarah pun gegar. Dah tak tahan sangat, asek dok desak aku je ada la sorang pensyarah tu kene lazer. "Nak mengajar sini ke taknak? kalo tak bole datang awal....buat je office depan tangga". Kekwat la, pukul 8 tak bole sampai office, alasannya umah jauh. Nasib baik pensyarah, ada waktu flexible, kalau la keje cikgu baru tau langit tinggi rendah. Pukul 7 dah kene sampai sekolah. Aku dah sampai tahap tak boleh berfikir. Semalam tgk jadual depan aku, tak tau nak buat apa. Rasa fed-up sangat2! Esok balik nak berfikir lagi. Huhu..."somebody save me......" (lagu cerita kampung kecik a.k.a smallville).

Cukup la kot. Pikiran aku tenang ckek bila tak masuk pejabat ari ni. Breakway! Esok nak berpikir semula dengan penuh kerimasan.

2 comments:

Anonymous said...

yup mr fendi..nak dpt elaun menanggung tugas, awk kna bertugas 28 hari tanpa cuti. tapi, idok le kejam bebenor org yg wat peraturan nih..boleh bercuti hanya atas sebab2 yg betul2 penting saje & dpt kelulusan dr pihak atasan ler....tapik, setau sy payah nak lepas cuti dlm 28 hari nih.....sy ade cdangan utk awk...asyik dok busy + tension keje jer...kawin le..sekurang2nyer ade org bleh kongsi ketensionan awak tu...hehehe...is this a gud suggestion? i hope so...ahak2

Anonymous said...

Seronok baca pengalaman awak dalam ni, sesuai dgn tajuknya pun. Awal2 lagi dah tertulis Ranjau seorang PTD, jadinya kita boleh agaklah yang kebanyakkannya adalah perkara2 yang penuh cabaran. Ada juga yang boleh saya buat panduan. Teruskanlah luahkan perasaan awak sesungguhnya ada yang memahami.