Tapi dalam kesibukan tu, sempat jugak aku ke MAROZ tailor pegi amek number 1 dress aku. Siap lama dah, tapi sebab claim baju tak masuk, so tak berkesempatan aku nak pegi amek. Since 2-3 hari lepas sume claim aku dah masuk (pakcik kayoooo), berjalan2 aku ke Masjid India untuk amek kedua-dua pasang baju tu. Baju siang dan mess kit.
Tengahari, ada farewell party untuk mantan bos aku, En Hussain yang dah selamat menjalankan tugas baru di KKM. Aku tengok makin serabut bos aku itu. Cian dia...ayat dia kat aku "kamu taknak masuk KKM dengan saya? nanti saya usahakan". Biasa la, dia dah terbiasa dengan aku, so nak la jugak heret aku ke sana. So far aku ok lagi kat ATMA dengan askar2 ini. Gambo kat atas tu time penyerahan cenderamata. Hamek ko...pintu kaabah jugak derang bagi kat ex-boss aku. Sebelum tu macam biasa la pengarah bagi ucapan meleret. Tengok la wajah2 pensyarah2 ATMA yang sangat la khusyuk mendengar ucapan. Aku jalan sana sini konon amek gambo. Memang la betul aku amek gambo. Oleh sebab kebosanan yang terlampau, kat bawah ni ada hasil2 yang aku dapat. Takde keje sangat la tu....
Isk..kasut apa tak tau? Susah jugak kasut putih ni kan? Cepat kotor!

Hmm, balak Lt Kdr TLDM. Pinjam bahu kawan kat sebelah...

Pingat2 yang diterima, dipakai dalam bentuk kecik camni. Kalau lagi senior lagi la panjang, siap bertingkat2, kalau pakai number 1 dress, banyak la koleksinya. Kalau penjawat awam cam aku ni, isk malu...kosong je!

My fellow friends...sume kebosanan, pasal tu jadi back benchers. Kalo kat INTAN, sah Kak Fazni halau duk depan! "Yang kat belakang tu...penuhkan kat depan..sebelum saya sebut nama, cepat ke depan"
Selesai acara ucapan dan penyampaian cenderamata, makan time. Menu hari ni nasik briyani gam yang tak berapa cukup gam. Tapi sedap! Siap tapau bawak balik lagi. Hahaha...buruk perangai!

Acara menyerbu makanan. Yang baju ijau tu..perut tuck in eh! Isk, macam la aku ni kurus cam lidi kan? Seingat aku, rasa cam membesar bagai johan je. Seb baik number 1 dress muat ngam2. Cabaran nak kuruskan lagi badan ni. Makan dan makan dan makan. Burppp, kenyang sehhh!
Selesai makan2 ada pulak mesyuarat kakitangan akademik. Sedia nak menangkis serangan pensyarah sekelian. Seb baik tak kena bom teruk. Tapi dengar masalah pasal kelas sempit dan tak cukup ni, aku dah tak larat. Err, sapa la incharge pengambilan ni? Jangan la amek ramai2 kalau takde tempat nak belajar! Kalau sapa2 yang terlibat terbaca benda ni, tolong la datang betulkan keadaan. Either kurangkan bilangan pelajar untuk new intake ataupun tambah la bilik kelas. At least selesa la budak2 kadet ni belajar. Kesian kat diorang sehhh! Bilik kelas macam akuarium, no ventilation! Bayangkan kalau sorang terlepas 'bom' time kuliah, mau pengsan sume classmate!
Panas jugak meeting kali ni. Sesi luahan rasa. Sana kata sini, sini kata sana. Sini bangun cekak pinggang, sana rasa insulted. Apa pun, aku yang mencatat minit ni punyala setia menunggu. Nak tido tak leh, pasal amek minit. Sudahnye buat muka toya je la kat sebelah pengarah. Pedulikan! Janji keje siap..
Dah pukul 6 baru siap meeting. Acara minum petang lak. Kat sini meeting, kuih je jadi hidangan. Kalo kat kementerian tu, makan itu makan ini. Mewah..tapi kat sini cukup sekadar kuih 2 bijik, satu pedas satu manis. Ehh..aku asek amek gambo orang je, gambo aku mana lak? Nanti la dalam next posting aku letak la muka aku pulak! Hari2 berikutnya, selasa dan rabu la i mean, bergelut dengan report untuk masuk meeting pak maon ari jumaat ni. Data itu data ini. Isk...toloooonggg.....
No comments:
Post a Comment