Tuesday, July 18, 2006

Minggu-minggu yang azab

Hari ni dapat la luangkan sikit masa untuk tulis something kat sini. Untuk IRFAN, selamat pengantin baru. Meriah seh, penuh budak2 DPA 2 04 kat umah dia. Macam biasa la acara menyerbu pelamin ada termasuk dalam itenary. Mula2 time nak naik tu cuak jugak pasal rambu ramba kat pelamin tu goyang, watnye tak kukuh kang roboh pulak! Haha...I consider this as wedding of the year kot, pasalnye ada 2 menteri datang bertandang, KSN, KSU2 kementerian, all pegawai kanan kerajaan. Lauk pun sedap. Siap ada cendol lagi!

Lepas ni menyusul lagi bakal2 raja sehari. Ada sorang dua yang dah inform untuk menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan. Semoga rumahtangga yang bakal dibina ni mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Amin

Minggu ni bizi jugak. Semalam sampai lewat petang aku stay untuk settlekan urusan peperiksaan semester mei, hari ni pengarah dan TP bawak masuk keputusan tu dalam JKTS Mei kat skudai. Kalut semester mei kali ni sebab markah tak dapat dimasukkan terlebih awal sebab access untuk AIMS2000 tak dapat. Orang PK sini cakap firewall UTM. Entah la!

Anyway, last nite sempat la aku curi masa untuk keluar dengan someone, my dear old friend, my bro, my buddy kat UKM dulu. Kie, mekasih blanje makan! Lama tak jumpa ngan kau. Kuar makan skali dengan Alang Tourism. Dah beranak pinak dah korang. Untuk Alang, mekasih bagi Effiel Tower kat aku. Keh keh keh....bole buat korek idung seh!'

Hari ni bertalu2 panggilan masuk dari parents, ye la kan, result exam anak2 derang dah sampai ke rumah. So ada la yang nak tau perkembangan anak diorang. Aku takde hal nak melayan, tapi kalau sampai aktiviti harian anak pun nak tau, tu luar bidang kuasa aku. Aku PENOLONG PENDAFTAR, kejenye mendaftar la....ahahaha

Esok pagi2 lagi nak kene bangun, macam biasa otstesen ke JB. Meeting minggu sudah yang tak siap, so kena sambung minggu ni. Pegi 0725, 1110 dah terbang balik kl. Siap ke tak siap ke aku tetap terbang balik KL. Flight full. Dah la kene pegi sendiri, pakai duit sendiri. Mati la aku nak mengorek duit! Huhuh...claim dok tunggu2 tak masuk ni. Baju istiadat lagi, claim perjalanan lagi. Isk, awat la lambat sangat ni?

Balik JB, lusa pulak off ke PD sampai Sabtu! Lillahi Taala. Dah 2 minggu aku keje ari sabtu. Sabtu lepas datang HUT ATMA, jaga kaunter akademik, minggu ni ISO punya urusan kat PD. Seb baik ada kroni2 yang ikut sama! Takde la aku kebosanan kat tepi pantai tu nanti. Err, aku takde mende dah nak tulis. Oh ye, untuk Salahuddin Hamzah, welkam to PTD club. Harapnye kau sengsara kat INTIM berorientasi. Tringat zaman2 kene orientasi kat IKWAS dulu. Huhu....

No comments: