The next following day, off to Pee Dee to attend ISO punye workshop. Thursday till Saturday. Since ATMA dah di award kan dengan ISO a few months back. So kali ini adalah masa untuk fokus kepada perkara-perkara yang perlu dibuat sebagai maintainence kepada apa yang telah diperoleh. Kalau tak salah aku, 21 Sept ni ada sesi audit lagi sekali. Lloyd datang lagi untuk tengok benda2 yang perlu. So dalam masa yang sama trip ke PD kali ni adalah untuk membincangkan hal-hal yang penting dan persediaan yang perlu dibuat sebelum audit datang.
Last year PD jugak untuk ISO, tapi kat tempat lain la. Kali ni, SERI MALAYSIA PD. Isk, aku ada bad experience dengan Seri Malaysia ni. Waktu aku ke JB awal tahun ari tu. So, negative tot ada la dalam pikiran aku tentang ini tempat. Dengar2 nak buat kat tempat lain, tapi Pegawai Kewangan versi kekwat ada kat tempat aku tu dah channelkan ke tempat ni. Maka ramai la yang komplen. Hmm, check in tengahari tu, masuk bilik..1st thing came in mind bole ke tido dalam bilik ni. Seb baik la rumet aku ok. Lt Kdr Azzeri jadik rumet yang best. Sesuai nak sembang, kepala pun bole layan. Petang tu takde apa aktiviti pun, sekadar taklimat dan perancangan nak dibuat. Since aku ni jadi redspot, pegi mana pun kene attack je. Alahai...payah la camni.
Malam tu bermula la sesi pertama, ceramah dari En Rahman (MINDEF). Banyak la dia tekankan pasal aktiviti2 yang perlu dibuat lepas dianugerahkan sijil ISO ni. Punya la khusyuk aku dengar, sampai terlentok2. Hahaha...teringat Auditorium INTAN, tempat tido tatkala pensyarah bosan bagi lecture. Anyway, banyak la informasi yang berguna untuk digunakan. Rumet aku ni, 1st time datang untuk aktiviti ISO. So..terbukak la mata dia luas2. Slama ni jadi kuli batak je, skang dah terpilih masuk tim ISO, so baru la dia dapat tau selok belok sebenar. Dah 2300hrs, lecture siap, lepak2 ngan rumet dalam bilik. Sembang2 pasal isu semasa. (Datuk K dengan Siti...wakakakakak). Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi, Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...Azzeri dah hanyut. Padan la aku cakap takde orang reply.
The very next morning, aktiviti berkumpulan. Tengok masalah selepas implementation ISO dan jugak pelan perancangan sebelum audit datang. Macam2 masalah la timbul. Tapi rata2 tembak pegawai kewangan dengan bahagian pengurusan. Nak dijadikan cerita, this lady dengan pengarah pembangunan tak datang. Lagi la orang hangin. Aku pun dah siap2 nak cakap benda2 yang perlu kat pegawai kewangan tu. Skali orang yang dinantikan tak datang. Isk, simpan untuk lain kali je la kot. Lepas presentation, Friday prayer time.
Petang sambung dengan another group activity, untuk dipresentkan pada sebelah malam dan pagi. Aku punya group buat assignment pasal OBJEKTIF ISO ATMA. So kitorang review balik, dan satu objektif tu, which is regarding to classroom problem memang di highlite kan. Macam biasa, aku panas ponggong la. Tapi sume orang paham betapa harunye keje aku bila bilangan kadet yang ramai perlukan bilik kuliah yang lebih banyak. Anyway, I managed to find some solution. Harapnya Pak Maon terima la cadangan aku ini. Kat sini aku letak antara aksi2 peserta kursus...eheh...
Ni pantai kat depan hotel aku menginap. Ada la sikit2 aktiviti pantai.

Bukti aku datang PD, walaupun 6 kilometer lagi ke pekan nun, tapi esoknya aku pusing satu pekan. Haha

Aktiviti petang hari, main takraw....dan juga....

Bola jaring.....hehehe...kalo korang terperasan ada lelaki kat situ abaikan, derang tu penonton je...
Well, malam sambung lagi dengan presentation. After presentation, 0030hrs aku ngan kawan2 kuar ke Corus gi nenok live band. Ok la gak tapi singers tu macam syok sendiri plak nyanyi. Tak entertaining langsung. Huhu....balik bilik dah 0200 hrs. Esok pagi terus masuk ke bilik kursus untuk last session. Snap la gambo lagik. Kali ni urusetia lak. Budak Shafie ni kadet lagik. Dah tak lama kat ATMA ni, dah abis blaja tapi lom komisyen. Tapi derang ni mengerti cara nak hormat officer, takde la macam budak2 junior diorang skang ni. Sampai berlanggar bahu pun tak reti nak tegur. Ni antara kadet2 senior yang baik ngan aku la.
Isk...gigih menahan mata sebab malam sebelumnye balik tido lewat. Azzeri, pinjam tangan sat (nak tunjuk berapa rajinnya menyalin nota). After presentation, settlekan sume barang, packing, lunch...checkout...depart for ATMA. Hmm..moto tinggal kat Abang Boy (Lt Kdr Najib). Whew..penatnye, sampai je umah petang tu terus landing. Sedar2 dah pukul 8 malam. Isk...lamanya aku tidooooo...
Cukup untuk kali ni, lenkali tulis lagi.
No comments:
Post a Comment