Monday, November 06, 2006

Tempat Baru

1.11 2006 aku mulakan dengan melapor diri di tempat baru. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Nervous gak time melapor tu. Maklum la kan...tempat baru. Aku dah jadi macam rusa masuk kampung. Selama ni Sungai Besi la dunia aku. Thanks untuk Chen, bawak aku jumpa dengan orang2 yang patut aku tuju.

Mula masuk, jumpa person incharge kasi surat dulu (pesal la ko tak mesra alam...lom g DPA lagi tu dah nak kereks dengan aku). Sudah kene la floating, sebab SUB ada meeting. 3 hari aku floating tak wat keje apa2. 1st day, aku kat library je. Khatam sume surat khabar yang ada. Internet ada, tapi kat KKM masya allah slow gile. Ingatkan kat Putrajaya tu canggih la. Alahai, lebih kurang ATMA la jugak.

2nd day masuk kejap, pastu lari ke Kem SB untuk wat keje. SUB pun takde (kalau ikut mr takmesra, dia pi Perak). So sehari lagi menunggu. Banyak mende menunggu aku kat SB. Balik ke SB, macam anak ayam kematian mak. Kesian pulak. Mana tak nye, officer sume dah posting. Member2 kat Pusat Komputer dah ilang. Yang tinggal staf sokongan dan pegawai yang posting internal (MINDEF).

Masuk hari ketiga, hari paling mendebarkan aku. Kalau ikutkan kertas kerja Mr Takmesra nak postingkan aku ke Hospital Ampang menggantikan pegawai kontrak kat situ. Dalam hati dah happy la sikit, sebab buatnya dia hantar aku tah mana2 mau aku kalut nak pack barang, kemas itu ini. Kalau ikut congakan awal, kat HQ takde kosong. Pagi2 0830h aku ke bilik SUB, Puan Sabariah nak menunggu tempat.

Dalam hati ni doa "Ya Allah, kau lembutkan hati Puan Sabariah sebagai mana kau lembutkan besi Nabi Daud A.S". Bukan apa, orang cakap this person will give unexpected result. Masuk jumpa dia, macam interview keje pulak. Gabra sehhhh

"Kita nak hantar awak ke sabah, kat sana ada banyak kosong"

Damn! Aku gabra gile...

"Well, let me see how...u may now leave the room"

"Agak2 bila bole saya tau Puan?"

"Kejap je saya nak buat ni....ptg karang insya allah dapat tau"

"Puan, saya nak minta tangguh dulu tarikh saya masuk sini, kalau boleh biarla saya selesaikan keje2 yang outstanding dulu. I dun want people to label me as pegawai tak bertanggungjawab"

"Permission granted..seminggu. U come back on the 13th"


So tengahari tu aku jadi serba tak kena. Jumaat pun tak khusyuk. Risau memikirkan apa la nasib aku. 1445h, aku masuk KKM semula. Jumpa Mr Takmesra untuk tengok nasib aku.

"Kau kena ke Sabah..."

Damn...konon nak usik aku la tu. Alhamdulillah, aku bukak surat tak bersign tu, UNIT DASAR DAN PENYELARASAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA. Office kat HQ, tingkat 10 tu. Dengar2 tu unit baru. Pegawai yang ada MIA, tengah siapkan kertas kerja nak berhentikan ini pegawai dari perkhidmatan. Macam2 la ragam hai.

Well, dapat je tau. Terus aku call Haji Osman. Maklumkan pasal penempatan aku yang baru. Syukur tak kene campak jauh2 sebagaimana yang dikatakan. Makbul kot doa Pelembut Besi yang aku baca tu (doa ni slalu aku baca waktu nak jumpa orang2 yang dikategorikan sebagai besi waja yang keras tu) - Thanks Bayah for reminding me...waktu kat SMAP dulu slalu aku baca. Then, sebab memikirkan unit aku yang baru tu macam pening je, I've decided to cool myself down kat ALAMANDA (mengulau la tu), sambil2 lepak minum kopi kat STAR****, tenangkan fikiran. Renung apa yang perlu aku buat untuk masuk unit baru ni.

Nak sempoi macam kat ATMA ni ke? (Indeed aku kekwat kat sini....sapa2 yang penah keje ngan aku tau la kot!). Atau should i be more mesra rakyat? Or should i be singa? The decision is up to me. Kita tengok dulu cmane keadaan. Kat HQ banyak lagi rintangan, banyak lagi dugaan. Tunggu je la apa yang nak datang. Hari ni kita siapkan keje kat Sungai Besi dulu....

Tuesday, October 31, 2006

Return to Bota

Saturday, after returning from a long holiday, I've decided to visit my Keluarga Angkat at Kampung Air Mati, Boston...(ish, speaking London la pulak hai). Untuk Azhar Tani n wife, trimas sebab bawak aku tumpang ke Perak. Dah lama teringin nak pegi, tapi takde kenaikan. Cmane aku nak pegi ke sana. Mujur la ada insan yang bermurah hati bawak aku pegi. Insyaa Allah tahun depan aku pegi sendiri (ni bagi hint sesuatu kot?)

Oh ye, keluarga angkat ni aku dapat waktu kursus kat INTAN dulu. 10 hari spend time jadi kampung boy. Kisahnye aku ni mai dari kampung gak. So takde masalah nak sesuaikan diri kat sana. Adat berdagang kat tempat orang, kena la buat baik macam duduk dengan mak bapak sendiri. Baru la orang sayang. Ye dak? Buktinye, sampai bila pun orang akan kenang kita. Rite?

Seawal 6.30 pagi aku dah gerak keluar ke Komuter Kajang, naik tran kul 7 ke Shah Alam. Azhar pikap aku kat sana, 0900H gerak ke Bota, rilek2 dalam 1230H sampai la ke umah ayah mak angkat aku. Aku tak telepon dari awal, takut depa tertunggu2. Saje wat seprais. Sudah sampai kat Tapah baru la call. Alhamdulillah ada orang jugak kat umah.

Dah sampai, ada ayah je dok tunggu. Heran gak sunyi sepi je umah. Dan dan lidah aku ni tune frekuensi ikut orang perak cakap. Sape2 yang penah dengor awok belabun ni...mungkin deme tau le kirenye.

Sampai je salam peluk cium ayah, kemdian ayah cakap mak takde, gi khoje kenduri umah adik. Terus gi ajak makan kat Tanjung Blanje. Ate pueh bebenor le teman gi makan kenduri, ade gulai tempoyak ikan patin. Idok le teman suke bebenor pun, tapi kagum sebab ada gulai tempoyak tu.

Sampai umah kenduri, salam mak. Mak peluk aku, cium aku. Cakap "mak rindu kat di..." Uh, sensitip kejap. Tapi tu la, macam aku cakap. Buat baik tu insya allah orang akan kenang. Kat kampung tu jadi heran sat tengok mak angkat aku peluk anak orang. Ahaks...

Abis makan, jumpa la sedare2 angkat aku yang lain. Ayat pertama kakak cakap "apsal dah kembang?" Hahahaha....memang kembang pun!

Balik kenduri, salam2 dulu then drop ayah kat umah. Terus proceed g Pasir Salak umah parents angkat si Azhar lak. Cian tengok bapak dia. Wheel chaired skang ni. Katanya lutut dah kering grease tu! Untuk family azhar bior le dia yang ceghite. Eheks...

Abis melawat sume, gerak la balik ke KL. Dah kul 10 malam baru sampai umah. Erk, drynye posting aku hari ni. Apa pun, pengalaman 10 hari kat Bota tu cukup indah. Ada sesetengah orang rasa pahit tapi aku rasa cukup indah. Seronok kiranya. Walaupun derang tak raise aku dari kecik, 10 hari je tapi derang layan aku macam anak derang sendiri.

Ayah dan Mak kat Bota, thanks sebab terima Di. Umur panjang kita jumpa lagi ye...Oh ye, kat atas ni gambo amek kat Bota ari tu. Tak banyak sebab aku excited gile jumpa both of my parents angkat.

Monday, October 30, 2006

It's a looooooooong holiday

Panjang gile cuti. Sampai aku malas nak masuk keje ari ni. Puas aku beraya kat kampung. Well, ni cerita pasal raya la pulak. Aku balik hari Sabtu Deepavali tu. Untuk Emon, mekasih hantar aku gi terminal. Kat bawah ni gambo plane yang aku naik untuk balik ari tu. Masya allah ramainye orang kat terminal. Maklum la raya kan....double festival plak tu. Sampai penang terus amek teksi ke jeti. Naik feri la kan..macam biasa. Haa, korang perhati betul2 apa yang tertulis kat feri tu, nama dia sungguh menarik. Yang aku heran feri lain penuh je tulisan, walhal nama panjang i.e Pulau Talang Talang, double word tu. Tapi feri kat bawah ni, p.undan...hahahahah....tergelak aku tengok. Dah selesai cerita feri, sampai umah mula la acara membesarkan badan. Fahmi Osman ngan Lukman Osman lom sampai lagi. So tak penuh la umah tu. Merasa la aku tido atas katil semalam. Puasa 2 stengah hari, sahur 2 kali. Bila dah balik semua, meriah la umah. Bising ngan budak2 kecik. Mami Dedi pun happy. Tapi yang paling aku happy tengok Baba pakai baju yang aku beli tu. Thank God dia suka. Hmm, malam raya bayar fitrah kat amil. Pagi2 raya acara bergambar la plak. Haa, kat bawah ni latest look di pagi raya, baju raya 2 tahun lepas. Muat lagi. Whew lega..maksudnye takde la aku ni membesar bagai johan sangat kot. Gambo ngan family, ni macam acara wajib tiap2 tahun. Pastu Baba frame letak kat living hall, as u can see down here, my family. Kat tengah sekali, my beloved dad. Belakang tu semua siblings aku, all boys. Kat depan, geng2 pompuan, Mama, sis-in law, and my nieces. Dah abis gambo ramai2, amek gambo posing la plak. Haa, ni ha anak2 sedare aku. Almas Nadhirah & Ambreen Thuraya (huk..payah la hai nak sebut nama orang yang canggih2 skang ni). Soalan2 membunuh untuk aku bila orang dok tanya "Hang bila lagi?". Aku buat donno je. Lantak la orang nak cakap apa pun. Aku peduli apa kan. Aku yang nak kawin bukan orang yang dok tanya tu. Haaa..ni anak mak. Kalau aku letak cermin mata muka aku jadi macam seorang wanita di sebelah aku ni. Mama...kalau dulu nak raya dia la sibuk buat kue tat untuk jual. La ni main tunjuk je laaa....Kan mama kan? Hmm...beraya ngan parents, takde la formal macam dalam TV tu, parents dok atas kerusi, pastu datang anak2 salam, yang sulung lead. Kat umah aku tak..sapa siap dulu, salam la dulu. Janji beraya kan? La ni takde la duit raya dah. Huhu..

Dah, abis solat gi pusing2 kampung umah arwah tok puteh, gi umah tok amah, umah mak2 menakan, pak2 menakan. Selesai raya pertama, raya kedua tunggu kat umah je la. Anak2 menakan baba mai melawat. Time ni la aku menghulurkan paket berisi duit tu. Budak2 skang ni demand la sangat.

Tahun lepas aku letak singgit, depa bukak depan2 aku. Skali tengok ada singgit, ayat ni yang keluar:

"Allah...sringgit"

"Hah..kalau hangpa takmo bagi kat aku balik...."

Tahun ni aku letak singgit lagi. Tapi aku kasi ayat ni pulak:

"Hah...sampul tu bukak kat umah hangpa nanti, kalau bukak la...aku dah jampi, duit tu nanti jadi kertas"

Menjadi plak taktik aku. Takde sape yang bukak. Whew legaaaa...

Abis raya, Khamis, Fahmi Osman n family balik umah. Aku balik Jumaat. Naik kat Tanjung lagi. Baba hantar sampai jeti, Ajax Tomok amek dekat Tanjung sana. Mekasih Ajax. Sementara menunggu Ajax tu, ada pulak matsaleh dok naik Lanca kat sana.Amek gambo (maklum la kamera bau kedai lagi - ya allah peliharalah kameraku kali ni). Macam kiut lak naik beca tu. Teringin ahh....Ajax sampai. Pi pusing makan laksa penang kat Pantai Seagate bertentang ngan Pulau Jerejak tu. Bukan apa, teringin sangat nak makan laksa. Kalau tak salah dalam posting aku waktu aku kursus kat penang aku dah letak gambo laksa yang sedap tu. Kenyang melantak....pegi la Airport. Kali ni plane tak penuh. Load dalam 40 pax je. Tapi kan skang ni, kalau naik MAS, selain dapat oren juice tu, ada kacang masin nostalgia tu. Ari tu balik ke umah dapat sepaket. Kali ni outbound to KL, aku tapau bawak balik. Hahaha.....rasakan. Agaknya MAS pun pening kot pasal orang asek mintak kacang je. Nak2 kalau dapat passenger cam aku ni.
Dah...cukup la cerita pasal raya. Next posting aku cerita pasal beraya kat Bota plak. Best ooo raya kat Bota..