Friday, May 18, 2007

Futsal Tournament....

Sehari sampai dua posting...ish, ni sebab rasa bersalah kepada kesemua pembaca. Kisahnya kat pejabat aku tak boleh buat posting blog, sebabnya connection tak berapa bagus. Asal nak post je, ada keluar note kat bawah, cannot connect to blogger.com. Lantaran kebizian dan kepura-pura bizian aku, makanya blog tak terupdate. Ala2 bersawang la jugak kot. Asal malam je mesti ala2 bengong, dengan badan tak berapa sihat. Gitu la ceritanya. Untuk pembaca sekelian, ampun maaf dipinta.

Ish, model bola ka? Hmm, cerita basi la jugak kot ni agaknya! Kisahnya last weekend merasa la aku pi ke Sport Planet kat Sunway nun. Kononnya nak bagi sokongan kepada kawan2 batch 204 dalam pertandingan futsal PPTD Muda untuk tahun 2007 ni. Walaupun kaki aku ni ala2 tak berapa betul menyepak bola tu, sekurang-kurangnya bagi la sapot kat kawan2 yang bermain tu ye dak? Kisahnya nak jumpa kawan2. Kalau tak alamat aku terperap je la melayan tv kat rumah. Daripada dok melangut, baik la aku menyegarkan fikiran dengan melompat-lompat memberi sokongan.


Sampai ke ke tempat futsal tu (Payjal....jalan yang kau bagi tunjuk arah tu amatlah menyesatkan aku, sesungguhnya aku berjaya buat Lawatan Che Kiah ke sekitar USJ semata-mata nak cari tempat pertandingan), jengah punya jengah skali tengok ahli jawatankuasa semua almost 90% dari 204. Dengan baju merah ala2 papan iklan bergerak (PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK -tulisan kat baju tu laaa, sekampung nampak), aku tengok semua urusetia cukup ceria menjalankan tugas masing-masing. Termasuklaa the best of Sabah yang mukanya ala2 tensen pasal PA sistem tak berfungsi.. Hahaha...

Here are some of the scenes taken during the tournament




Urusetia yang gigih, tengok yang pakai spek paling depan tu, walaupun perutnya membusung terkena buatan orang, tapi tetap gigih bekerja...Antara perlawanan yang sempat disnappy snappy... Konon-kononnya penat laaa..tengok yang duduk tu, siap bersimpuh ala2 anak dara mencuci kain di atas batu! Barisan penyokong dan peserta dan urusetia yang tetibe jadi penyokong yang emo Dah abis game ni...hepi sebab menang...

After all, the event was great! Tambah pulak dengan kehadiran Hallie and Sallie (sapa tatau?) Bukan Hallie Tan aaa...tapi ni Hallie tahap JUSA punye. Dengan semangat dan dorongan, hadiah2 yang ditawarkan semua disapu oleh budak2 204 kecuali outstanding male goalkeeper. Kes male goalkeeper ni selalunya malang. Dulu waktu kat INTURA zaman2 DPA ni, male goalkeeper batch 204 ni pernah dimalukan gara2 emcee tersalah umumkan nama pemenang pertandingan karaoke. Dengan harapan menggunung beliau naik ke pentas nak amek adiah karaoke tu, sekali bila dah sampai atas, emcee cakap salah nama. Terus dia lari2 turun tangga....cian tau!


Untuk kawan2 futsal, sekalung tahniah untuk korang semua. (dalam hati...boring aaa asek menang je, bila nak kalah taktau?). Dan waktu tournament ni la jugak Hallie and Sallie berjaya menugaskan aku untuk satu task yang amatla berat. Harapnya ok la kot dengan tugasan yang dapat tu! Maka dengan tugasan yang ada tu, team kabaret aku akan dideploy sedikit masa lagi. Harap2 berjaya la kot tugasan nanti tu. Heh....apa lagi aku nak cerita aaaa?

Lena Diulit INTAN, PAC INTIM

Barangkali cerita ni dah agak basi, sebab berlaku 2 minggu lepas! Tapi sebab nak menulis jugak, aku tulis laaa. Dah blog aku kan? Suka hari la aku nak tulis pasal apa pun. Ye dak? This time, nak cerita pasal pengalaman aku ke PAC INTIM. Kalau 2 minggu sebelum tu aku ke INTURA, kali ni sireh pulang ke gagang. INTIM, tempat jatuh lagi dikenang ni pula tempat aku buat PAC sebelum jadi Pegawai Tandas Dewan (ni istilah kat kaunter pertanyaan di Parlimen....kan Kak Jaja kannnnn?)

Since INTIM ni dok tengah2 antara Kuantan dan Kuala Terengganu, I’ve decided to fly to Kuantan, overnite there and the very next morning aku ke INTIM (sebenarnya tengahari....si Rufasla bawak aku jenjalan kat Kontan dulu). Perjalanan ke INTIM macam biasa la kan, lalu jalan yang sunyi sepi. Ngerun pun ada (ngeri campo gerun). Check-in. Kali ni dapat Blok Eksekutif. Ala2 resort la, mengadap laut. Best oooooo...(patut laaaa Gina Marna suka dok kat INTIM).
Bila masuk bilik taklimat, tu diaaa..kawan2 seperjuangan 0204 ramai la jugak. Ada Helmi, Jambu, Kak Eton, Idawa, Rufasla and of course bintang pujaan ramai Wong Bomba. Taklimat petang tu, kali ni JPA dah deploy terlebih fasilitator. Nampak gayanya ada yang fasi berkongsi bilik aktiviti la tu (pada firasat aku la konon). Sudah waktu taklimat tu, rupanya ada pulak cerita menarik. Ala2 rancangan Fake It laaa. Awal2 lagi urusetia dah warning ada fasi yang akan memakai number sebesar alam untuk duduk dengan peserta. Muka fasi2 yang berwajah keanak-anakan ni masing2 dah berubah, ye la takut kena pakai number.

Aku rasa kalau sapa2 yang jenis sekali je selection process masuk PTD ni, dah tobat takmo buat dah. Aku pun sama la kisahnya. Malam tu, lepas kembung aku makan sata kat tepi pantai tok mak nik, pegi la tengok schedule (perasan jadi crew tengok flight info la pulak), sudahnya nama aku takde dalam list. Sah2 laaaaaa kena pakai number plet tu la kot. Tanya urusetia, sah! Kerja aku kali ni memakai number sebesar alam itu dan menjalankan aktiviti sama macam calon2 PTD yang datang. Terima je la seadanya. Lillahi Taala....(kan Helmi kannnn?)

Aktiviti pertama, dengan muka seposen aku masuk lewat dalam bilik yang diassign. Semua calon pandang semacam je. Mana idaknye, dalam dewan taklimat ada 204 je calon. Tetibe ada peserta pakai number 206! Berasap la aku menjawab soalan dari kawan2 peserta sekelian. Ilmu auta kena la mahir. Ahaks.

Well, from the activities done, boleh la aku rasa kembali apa yang aku rasa dulu. Tapi kali ni panas la sikit pasal aku provoke banyak. Siap gado dengan calon sorang tu. Hahahaha... Dan aktiviti2 terus berjalan dengan sempurna sampai la aktiviti kedua terakhir, larian 2.4 km. Dengan badan sebesar tong dram ni, aku gagahkan jugak la berlari. Hajat awal2 nak lari heret calon2 yang terkebelakang, tapi sebab aku fedap...aku lari je la sorang2. Belasah je. Koman2 aku lepas la jugak di bawah masa yang ditetapkan.

Hmm...keseluruhan, aku rasa seronok sangat. Bukan pasai pa, pasai dapat buat balik aktiviti tu. Dapat jugak aku selam perasaan calon2, PTD wannabe tu. Sempat aku tanya reason depa nak jadi PTD. Perhatikan gelagat, most important pada aku, apart from brain and paper, grooming and ethics should come together! Again, grooming and ethics! Rasa jugak la kena marah dengan fasi pasal langgar peraturan.

Hahaha.... Pesan aku kat semua PTD wannabe, jadilah diri sendiri. Jangan dok plastik sangat dalam bilik aktiviti. Sah2 la waktu makan semua true color terkeluar. Yang lentik, terover lentik, yang poyo, terlebih poyo. Ewwww...dah la tu, untuk calon2 semua, selamat berjaya dalam PAC ni. Harapnya dapat la apa yang dicita-citakan selama ni. Amin...

Wednesday, May 09, 2007

Kisah Kak Joyah lagi

Hari ni aku nak cerita pasal kak Joyah lagi. Kalau korang ingat aku penah ceritakan perihal jiranku yang tersangat la Joyah kat blog ni satu masa dulu. Kalau dulu dia sibuk menjengah kat tingkap tatkala melihat aku pulang umah, la ni dia dah advance sikit! Menabur cerita yang cukup menyakitkan hati sekelian manusia kalau terkena. Terus terang…aku memang panas dengan kak Joyah jiranku yang duduk atas tingkat umah tu.

Kisahnya lebih kurang begini la. Last weekend aku ke Kemaman untuk PAC siri 4 2007, on Sunday aku balik. Waktu aku sampai ke ERL Transit Putrajaya tetibe je telefon aku bergegar! Tengok pemanggil, dari Cikgu Hishamuddin, landlord umah yang aku dok menyewa sekarang ni. Kat bawah ni aku sertakan serba sikit sedutan perbualan aku ngan tuan tanah kedaung tu!

“assalamualaikum tariq….”

“salam cikgu”

“cikgu ada benda nak cakap sikit dengan tariq ni, harap tak mengganggu la nooo….”

“awat pulak cikgu, cakap saja laa..tak kisah. Ada apa yang tak kena pulak kali ni?”

Kalau tuan tanah kedaung yang call, maksudnya ada la something yang nak dibagitau. Sewa ke, masalah ke…mana2 yang berkenaan laa.

“ni saya dapat laporan dari number tak dikenali, dia kata rumah number **33 tu dok bawak balik perempuan ke rumah”

Panas kejap muka aku ni mendengar cerita dari tuan tanah kedaung tu..

“astaghfirullah…awat sampai macam lagu tu cikgu?”

“saya tak tau nak habaq lagu mana, tapi tuan punya message tu cakap dia nak laporkan kat JAIS sebab ada maksiat dekat kawasan rumah dia. Kamu berhati2 la ya….”

“cikgu, terima kasih sebab ingatkan saya. Tapi saya nak maklumkan kat cikgu la, selama saya pindah umah tu, tak penah la kami serumah dok bawak masuk pompuan. Yang ada dok mai tu pun mai dengan laki / boipren depa. Kalau dok saja2 kami nak angkut tu, kami pun tau batas cikgu”

“maaf la noo…harap tak mengganggu kamu”

“takpa cikgu..terima kasih sebab ingatkan saya. Cikgu, buleh tak kalau cikgu tolong forwardkan number orang yang tak diketahui tu…saya nak cakap elok2 dengan dia?”

“haaa..satlagi saya forward! Ingat, jangan dok sergah dia, cakap dengan elok….”

“Insya Allah cikgu. Assalamualaikum”

Dok kejap bila aku sampai umah, henset pun bergegar lagi dengan message. Dapat la number yang dimintak tu dari tuan tanah kedaung. Tengok number macam familiar sangat. Terus aku keluar dari rumah, perhati number2 telefon yang terpampang kat beranda sebuah rumah untuk dijual tu. Gotcha…013-6****** MIZA. Tudiaaa…kak Joyah nama dia MIZA nooo!

Serta-merta aku call si Man dan Yusran hosmetku tanyakan pasal pembawaan perempuan ke dalam rumah. Dan masing-masing menafikan dakwaan tu. Petang tu, dalam perjalanan aku balik dari kenduri PTD Dubai kat Hulu Langat (selamat pengantin baru naaaaa), aku dail dan bercakap dengan orang tu…

“Assalamualaikum, puan Miza ye?”

“saya bercakap, siapa kat sana?”

“saya Tariq, jiran sebelah rumah akak, saya ada dapat laporan dari tuan rumah saya yang akak laporkan kat dia kami ni bawak masuk pompuan kat rumah, dan akak nak laporkan kat JAIS”

“ha..ya saya yang cakap kat tuan rumah tu.”

“akak, hujung minggu ni saya takde langsung kat umah, housemates saya semua takde. Macam mana pulak akak kata kami bawak balik pompuan?”

“tu..kereta MYVI putih depan rumah akak tu ada pompuan dengan laki naik!”

Tudiaaaa…main serkap jarang saja. Kisahnya aku tinggalkan kereta aku tu kat si Pidah dan Haris. Depa la yang naik….

“akak..tu kawan saya, baru kawin. Saya tinggalkan kereta saya kat diorang”

“macam tu ke? Dik…akak ni bukannya apa. Akak tak suka orang buat maksiat kat kawasan rumah akak…penyewa lama dulu memang suka bawak balik perempuan. Pasal tu akak telefon JAIS suruh tangkap”

Ewah ewahhh, sedap nak kau samakan aku dengan penyewa lama….

“terima kasih la akak sebab prihatiiiinnnnnn sangat dengan kami. Kami tak buat benda2 tu..harap lain kali akak siasat dulu sebelum buat tuduhan. Assalamualaikum”

Terus aku letak telefon....

Dan malam semalam..sedang elok aku berehat kat rumah, telefon aku bergegar lagi. Kali ni aku tengok number kak Joyah pulak yang naik

“Assalamualaikum…Tariq kan? Akak Miza semalam ni…boleh akak datang rumah. Akak nak jumpa kamu”

“silakan…takde masalah”

Dok kejap pintu pun diketuk.

“masuk la kak…”

“takde orang ke?”

“ada..housemate ada kat dalam bilik, kejap lagi dia keluar. Tapi lelaki…pompuan takde kak”

Rasa la kene tembak sedas dengan aku…

“jemput duduk kak…maaf la umah saya takde kerusi. Duk la atas karpet tu…”

“maaf la ye Tariq pasal semalam…”

“takde pape kak..small matter”

“sebenarnya akak ni memang marah dengan kamu, sejak kamu pindah masuk dan ambik parking kat depan rumah akak tu. Sejak kereta akak kene block dengan moto kamu tu, akak memang berdendam dengan kamu, ye la, selama ni walaupun tu bukan parking akak, tapi orang semua paham yang akak park kereta kat situ, takde orang yang kacau. Ni bila kamu masuk, sedap je letak kereta kat situ, kawan2 akak kat sini semua suruh letak pasu kat lot parking tu sebab kitorang ni senior dok sini…”

Tudiaaa…konfesi la pulak kan? Dendam pasal aku amek parking lot dia? Sebenarnya tu parking lot umah aku, tapi sebab depan rumah dia, dia perasan la parking tu parking dia. Parking dia jauh…makanya dia mencari parking depan tangga. Senang nampak rupa kereta kat depan rumah.

Akak oii..ni apartment, kalau nak parking depan pintu, beli la rumah teres. Ada laman. Boleh letak kereta kat dalam. Ini duduk apartment nak buat macam duduk rumah berpagar. Pulak tu ada konsep senior pulak? Sekolah kah?

“akak…kalau akak cakap perempuan naik kereta dengan jantan. Haaa..tu kawan saya yang baru kawin yang pindah kat umah ujung nun. Saya tinggalkan kereta saya kat diorang pasal saya nak otstesen”

“oooo…Farah tu ye?”

Terus aku terkejut pasal dia tau nama si Pidah, ye la umah kau ujung sini, umah Pidah ujung sana, tapi nama dia tau! Terbukti keJoyahan akak tu kan?

“macam ni la akak, saya ni senang je, kalau orang tak kacau saya, saya pun tak kacau orang. It’s ok akak ni prihatin, tapi bila dah terlebih prihatin, tu saya tak suka.”

“akak mintak maaf la ye…akak memang marah dengan kamu! Akak dendam, dan akak memang niat nak kenakan kamu”

Hah, nak perangkap aku kene tangkap JAIS pasal bawak balik betina la ek? Fine…aku maafkan la jugak walaupun hati aku sakit, dan aku malu sebab dikatakan jiran2 lain yang sama2 dok menJoyah kat tepi pagar tiap2 petang.

Manusia, nak mintak maaf, memang senang je bercakap…tapi kesan daripada perbuatan tu? Ada ke kau tanya hati aku ni macam mana kak Joyah oii?

“hah..satu lagi, jiran2 ni semua kata kamu serumah ni sombong”

“sombong? Akak…saya tak kisah la orang nak cakap apa pun. Kami tegur salah…kata nak mengorat, kami tak tegur kata kami sombong. Sekarang ni terpulang la nak menilai macam mana”

“harap dapat la diselesaikan perkara ni. Akak mintak maaf ye Tariq. Akak mintak diri dulu”

“takpe la kak…small matter…”

Dengan senyuman plastik bagaikan penari di atas pentas, aku tunjukkan jalan ke pintu. Serius, walaupun kak Joyah mintak maaf, hati aku ni luka sangat2. Padan la selama ni aku balik lewat ada je orang menjengah, padan la jugak selama ni aku dok senyum orang pakat mencebik kat situ! Ada cerita rupanya.

Untuk kak Joyah, terima kasih banyak2 sebab prihatin menjaga tepi kain aku dan kawan2 aku kat sini. Untuk pembaca sekelian…tu la sikit sebanyak dilemma aku dengan kak Joyah di sebelah dan di sekeliling rumah aku! Jaga la anak2 korang elok2 sebelum menjaga hal orang lain. Jangan jadi macam cerita Mami Jarum, dok kata anak orang tak elok. Anak sendiri pulak tak terjaga….

Aku akan ingat sampai bila2 tentang kak Joyah ni…dan calar kat hati aku ni takkan sikit pun terubat….