Sehari sampai dua posting...ish, ni sebab rasa bersalah kepada kesemua pembaca. Kisahnya kat pejabat aku tak boleh buat posting blog, sebabnya connection tak berapa bagus.
Asal nak post je, ada keluar note kat bawah, cannot connect to blogger.com. Lantaran kebizian dan kepura-pura bizian aku, makanya blog tak terupdate. Ala2 bersawang la jugak kot. Asal malam je mesti ala2 bengong, dengan badan tak berapa sihat. Gitu la ceritanya. Untuk pembaca sekelian, ampun maaf dipinta.
Ish, model bola ka? Hmm, cerita basi la jugak kot ni agaknya! Kisahnya last weekend merasa la aku pi ke Sport Planet kat Sunway nun. Kononnya nak bagi sokongan kepada kawan2 batch 204 dalam pertandingan futsal PPTD Muda untuk tahun 2007 ni. Walaupun kaki aku ni ala2 tak berapa betul menyepak bola tu, sekurang-kurangnya bagi la sapot kat kawan2 yang bermain tu ye dak? Kisahnya nak jumpa kawan2. Kalau tak alamat aku terperap je la melayan tv kat rumah. Daripada dok melangut, baik la aku menyegarkan fikiran dengan melompat-lompat memberi sokongan.
Sampai ke ke tempat futsal tu (Payjal....jalan yang kau bagi tunjuk arah tu amatlah menyesatkan aku, sesungguhnya aku berjaya buat Lawatan Che Kiah ke sekitar USJ semata-mata nak cari tempat pertandingan), jengah punya jengah skali tengok ahli jawatankuasa semua almost 90% dari 204. Dengan baju merah ala2 papan iklan bergerak (PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK -tulisan kat baju tu laaa, sekampung nampak), aku tengok semua urusetia cukup ceria menjalankan tugas masing-masing.
Termasuklaa the best of Sabah yang mukanya ala2 tensen pasal PA sistem tak berfungsi.. Hahaha...
Here are some of the scenes taken during the tournament
Urusetia yang gigih, tengok yang pakai spek paling depan tu, walaupun perutnya membusung terkena buatan orang, tapi tetap gigih bekerja...
Antara perlawanan yang sempat disnappy snappy...
Konon-kononnya penat laaa..tengok yang duduk tu, siap bersimpuh ala2 anak dara mencuci kain di atas batu!
Barisan penyokong dan peserta dan urusetia yang tetibe jadi penyokong yang emo
Dah abis game ni...hepi sebab menang...
After all, the event was great! Tambah pulak dengan kehadiran Hallie and Sallie (sapa tatau?) Bukan Hallie Tan aaa...tapi ni Hallie tahap JUSA punye. Dengan semangat dan dorongan, hadiah2 yang ditawarkan semua disapu oleh budak2 204 kecuali outstanding male goalkeeper. Kes male goalkeeper ni selalunya malang.
Dulu waktu kat INTURA zaman2 DPA ni, male goalkeeper batch 204 ni pernah dimalukan gara2 emcee tersalah umumkan nama pemenang pertandingan karaoke. Dengan harapan menggunung beliau naik ke pentas nak amek adiah karaoke tu, sekali bila dah sampai atas, emcee cakap salah nama. Terus dia lari2 turun tangga....cian tau!
Untuk kawan2 futsal, sekalung tahniah untuk korang semua. (dalam hati...boring aaa asek menang je, bila nak kalah taktau?). Dan waktu tournament ni la jugak Hallie and Sallie berjaya menugaskan aku untuk satu task yang amatla berat. Harapnya ok la kot dengan tugasan yang dapat tu! Maka dengan tugasan yang ada tu, team kabaret aku akan dideploy sedikit masa lagi. Harap2 berjaya la kot tugasan nanti tu. Heh....apa lagi aku nak cerita aaaa?
4 comments:
bila nak kalah?
meh lawan ngan team akak...
Tu kene ajak team fomfuan PTD la kak...nak kontek diorang bole...nanti orang dapatkan number.
bro, walaupun tshirt itu gayanya seperti papan tanda billborad di lebuhraya... aku rase terngiang2 jer ada 'orang' tanya tshirt tuh takde lagi ke? untuk dijual punya takde ke?
hahahaha... sapa tatau??? =P
neway, i agree tht it was a great event...
eh eh..dik ada orang tanye ek?
huahuahua..sapa tatau orang malang tu?
Post a Comment