Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan awam kerana isu kenaikan gaji berjaya diselesaikan dengan baik dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana gaji kakitangan awam telah dinaikkan. Sedang elok orang semua bergembira dengan kenaikan gaji, ada yang dah plan nak beli itu nak beli ini, nak pegi sana nak pegi sini, aku ni kisahnya sedih dengan pemergian kuda hitam kesayanganku BGY2070 yang telah berjaya dilarikan oleh penyangak hari Isnin yang lalu.
Memang kita diajar untuk menerima Qada' dan Qadar, tapi moto tu cukup sentimental buat aku. Hasil titik peluh aku sendiri, gigih aku kumpul dan cari duit lepas zaman aku mula2 grad dulu. Waktu kat UKM, takde sebarang kenderaan. Aku ke sana ke mari naik public transport, tak pun ihsan mana2 kawan yang ada kenderaan. Kesan kehilangan tu memang la ada. Aku akui sejak aku ada ambulans putih 848 aku tu, aku dah kurang sikit guna kuda hitam tu, dan sejak aku ada masalah dengan tulang tongkeng kesan kemalangan yang aku hadapi di Kem SB dulu, memang untuk menunggang jarak jauh tidak lagi aku mampu lakukan. Tapi aku memang perlukan kuda hitamku itu untuk mencelah-celah di pekan Kajang, mencelah-celah di lorong-lorong sempit, yang tak tercapai kalau aku guna 848 tu.
Yang menghairankan aku, rumah tempat aku tinggal tu ada security, tapi macam mana orang luar selamba boleh bolos siap angkut kuda hitam aku keluar? Huk...memang aku berduka lara mengenangkan nasib kuda hitamku itu. Ye la kan, aku kira simpati la jugak dengan guard kat rumah tu, tua-tua pun gigih buat kerja pasal nak cari rezeki menyara keluarga. Tapi kalau sampai bolos penyangak ke dalam macam mana? Repot polis dah aku buat. Sekarang nak claim dengan insurans pulak. Tak tau la brapa lama masa diambil untuk selesaikan semua tu. Orang kata makan masa sampai 2-3 bulan. Mana-mana je la. Mujur ada kereta, boleh jugak aku pegi kerja. Bayangkan takde kenderaan langsung, alamat patah kaki la nampaknya.
Udah le kot....untuk kuda hitamku, terima kasih atas khidmat yang telah diberikan selama ini. Berhujan berpanas, meredah sana sini, aku sayang sangat kat kuda hitam aku tu. Kalau dapat diputarkan waktu, aku nak tambat kuda hitamku tu kat tepi anjung rumah. Nak je aku belai2 dia cakap aku sayang sangat kat dia. Tapi terima la kan, mungkin kehilangan kuda hitamku itu adalah sebahagian daripada kaffarah dosa-dosa aku selama ni? Mungkin duit yang dapat hasil dari kerja yang tak seberapa mana. Allah Maha Mengetahui.
3 comments:
owh...
takziah atas kehilangan itu...
huhu...
dik, dah ke situ takdirnya, terima je la
APP amat bersimpati. Semoga mendapat pengganti. Ameen..
Post a Comment