Wednesday, May 02, 2007

Cuti-cuti di Kuala Lumpur

Cuti yang panjang di Kuala Lumpur, kalau pandai mencari tempat yang menarik, bandar yang sunyi tu takkan dirasakan sesunyi mana. Dan cuti yang panjang selama 2-3 hari tu, sebab aku baru sangat balik kampung, so aku pun tak balik la. Lagipun parents aku baru saja mai melawat PakSu yang terlantar kat hospital, makanya aku meluangkan masa kat KL ni. Hajat di hati nak pi Cameron Highland, tapi sebab tak sanggup nak pegi sorang2 ke sana, aku melepak la kat umah. Isnin malam aku message si Bedah bagi cadangan nak pi naik Menara KL, dok esok paginya dapat call, ajak naik Eye on Malaysia sekali. Hmm...pucuk dicita ulam mendatang. Kalau kata Bedah taknak pegi pun, aku nekad nak jenjalan jugak kat KL tu. Hehehe...mula2 aku ajak si Midy Tanaman, ajak jugak si Elfi Satria Wira Iswara Perdana. Tapi masing2 macam ada komitmen je. Nasib la si Bedah dan suami pun teringin nak ke tempat2 yang aku nak pegi tu. Ada jugak nilai estetika yang boleh dihayati. (Kan Bedah kannnn?)



1st destination, ke Menara KL. Cheewahh...kalah pelancong dari oversea kan? Sejak Menara KL ni dibukak, ni la kali pertama aku menjejakkan kaki ke atas menara ke-4 tertinggi di dunia tu. Perasaan teruja tu ada la jugak kan. Selama ni dok nampak kot jauh je. Adik aku yang dari kampung pun dah naik, ni pulak aku yang nama je dok area2 KL tapi haram tak penah jejakkan kaki. Aku jugak yakin yang ramai orang yang bermastautin kat KL ni tak pernah teringin nak naik ke menara tu. Pengunjung takde la ramai sangat pun. Takde beratur panjang. Ada la family2 yang datang bawak anak2. Foreign tourists yang melancong. Tiket pun tak mahal. RM 10 untuk warganegara Malaysia yang menunjukkan kad pengenalan sewaktu nak membeli tiket kat kaunter. Berbaloi la jugak kan, at least takde la rasa terkilan ke tertipu ke dengan bayaran yang mahal. Bila dah berjalan tu paham2 je la kan, snappy sana sini la. Tapi sejak badan aku dah macam sarkis Disney on Ice ni, aku dah takut nak bergambar aksi2 letak mana2 macam aku berani buat satu masa dulu. Takut orang tak lalu nak tengok. Hahaha...Here are some photos taken during my visit to Menara KL.
Ni sebahagian dari permandangan di Bandaraya Kuala Lumpur yang boleh dilikat waktu di atas menara. Cantik la kalau pemandangan clear macam ni, tapi kalau cuaca jerebu teruk, apa pun tak nampak. Dah asyik gambar scenery je, kat bawah ni la wajah aku yang kononnya ceria tu, excited ngalahkan orang2 datang dari hulu mana tah! Hmm..senyum tak plastik ok, sebab dengan mata2 aku sekali senyum. Macam mana senyum dengan mata ek?
Dah kebas kaki melawat kat menara KL tu, time to go. Komen keseluruhan, it is a great place to visit. Aku rasa kalau waktu malam lagi lawa kot. Pasal nampak lampu2, sesuai untuk cari ketenangan, kalau orang takde laaaa...kalau penuh sarat dengan orang nak tenang apa ye dak? Cuma gerai2 kat bawah tu tolong la kurang2kan harga barangan yang dijual. Air mangga secawan sampai RM3? Tak berbaloi sungguh. Kalau ye pun nak pergi haji cepat, takkan la nak amek untung berlipat kali ganda ye dak? Hahahaha. Satu lagi, gerai2 cenderamata tu, tolong la jual something yang menarik, dengan harga yang berpatutan. Ini balik2 cincin perak cincin tembaga, pastu tah hapa2 yang mengarut tah. Macam tu ke nak promosikan Malaysia? Pegi kat shoplex pun boleh dapat benda2 macam tu. So, tak payah la bazir duit sewa gerai dan kemudian nak jual benda yang pada aku tak menarik langsung. Contoh terdekat boleh diambil di Indonesia, di tempat2 tarikan pelancong, barang2 yang dijual semuaya bercirikan Indonesia, tak kira la walaupun sebesar jari kelingking, tapi tetap ada daya tarikan. Ini, kat menara KL, dah la mahal, pulak tu takde pulak kesan yang mengatakan datang ke Malaysia, dan Menara Kuala Lumpur khususnya. Ada la sebuah kedai je kot yang jual souvenir macam tu.


Next destination is Eye on Malaysia, one of the attraction in KL, sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Ferris wheel giant macam ni ada jugak kat London, dan Dubai. Hmm..mungkin sebab kitorang pegi waktu awal petang kot, panas pulak tu, makanya orang pun tak ramai mengunjungi kawasan tu. Dengan tiket 15 ringgit, dapat la naik menatang pusing2 macam kat funfair waktu kecik2 dulu. Kalau waktu awal2 pembukaan, dengar2nya beratur panjang nak naik menatang alah ni. Tapi la ni dah tak ramai sangat. Bayangkan ari keje, sapa laaa nak mai naik kan? Apa pun, Eye on Malaysia ni menarik la jugak. Especially yang datang dengan keluarga. At least hubungan kekeluargaan tu ada jugak la terjalin dengan lebih erat lagi (aku rasa statement aku ni macam isi public speaking sorang budak PAC kat INTURA dulu.....hahaha).

Macam aku cakap awal2 tadi, dengan bayaran 15 ringgit, dapat naik pusing2. Masa yang diambil lebih kurang 20 minit la. Roughly dalam 6 kali pusing bulatan besar tu. 1st round, excited sangat. 2nd, rasa gembira sebab dapat tengok pemandangan tu dapat la jugak dirasakan. Round ke-3, boleh tahan lagi. Masuk round ke-4, akan timbul satu pertanyaan,

"bila la agaknya benda ni nak berenti bagi aku turun ek?"
Sebab benda tu pusing2 kat tempat yang sama, makanya bila dah terlebih dos akan rasa bosan sangat. Kalau naik berkawan2, sempat la makan ketupat sambil menyembang. Kalau naik sorang2, pulak tu dapat satu gondola (ni nama kabin yang membawa pengunjung naik ke atas tu) dengan tah sapa2, memang la bosan tahap maksima. Lepas 6 kali pusing (dalam masa 20 minit la agaknya), akhirnya pintu gondola pun terbuka, dan kami sekawan pun turun dengan pengalaman yang ceria dan lega. (Lega sebab dah tak payah pusing2 lagi)
Bukan senang nak naik benda ni. Setahun je kot kat Malaysia. Kalau nak, kena melancong pegi London dan Dubai, baru la jumpa benda seumpama ni. Abis kalau dah teringin sangat, pegi la mana2 funfair, boleh la jugak rasa pusing2. Tapi tak tinggi macam Eye on Malaysia ni.
Overall, Eye on Malaysia ni best, tapi tak sebest naik Menara KL. Mungkin sebab tempat di Tasik Titiwangsa tu tak berapa sesuai kot. Kalau kat London, dia letak tepi Thames River, kalau kat Dubai, tepi laut. Tapi ada ke tempat lain yang boleh menempatkan menda alah ni aaa? Lagi satu, rumah2 beratap zink kat belakang Istana Budaya tu sedikit sebanyak mencacatkan pandangan bila naik Eye on Malaysia ni.
Dari segi barang2 jualan, ada jugak la jual benda bertulis Eye on Malaysia. Harga, ok la kot. Lagi sekali, harga makanan kat kiosk yang ada berhampiran tu, tetap la mahal. Bagi pelancong luar yang menggunakan matawang yang lebih besar dari Ringgit Malaysia, mungkin takde rasa sangat. Tapi kalau rakyat tempatan, memang mahal la rasanya. Tempat letak kereta pun tak banyak, bersesak2 untuk letak kereta.
Apa pun, melawat kedua2 tempat tu cukup untuk menghiburkan hari aku di kala cuti yang panjang. Mungkin kalau ada cuti panjang macam ni lagi, boleh pegi melawat tempat2 lain yang ada. It was such a wonderful experience for me. Terlupa kejap masalah2 yang ada. Tapi bila balik umah, teringat la semula masalah yang ada. Hahahaha...esok masuk kerja semula. Half day je kot, sebab petang nak heret beg semula. Kali ni kita ke Kemaman pulak...mari....untuk Bedah dan suaminye Senah, mekasih la ye bawak aku jenjalan ke KL tu. (sori la malam tadi aku terpaksa nyanyi banyak lagu walaupun suara aku tak sesedap mana, duit dah bayar takkan nak blah ke kot dari bilik karaoke tu tak?....hahahahahahaha)

7 comments:

Red Mummy said...

boss ko nampak ko lunch balik opis lambat, dia baca dr blog akak

matiklah ko dpt warning letter pasni fendi oiii

Adi Osman said...

hish...makcik berdedai baca blog akak ke?

huhuhu....

Unknown said...

alo pak fendi....bestnyer naik EOM...aku pun tak naik lagi...ingat plan cuti sekolah 2 minggu ni...menara KL dah sampai...EOM jer belom...

Anonymous said...

mm..aku hanya nak pegi tempat yang informatif, memberi ilmu dan ada nilai estetika ok!

pasal karioke tu..ko memang hebat!kalah ahmad jais boley buat konsert 2 jam tau!hehehehehehe

mizzwanda said...

wah2tariq sakan hang no..cita2 hang menyebabkan aku pun tingin nak naik dua2 menda alah tuh..hehe goin to kl in july.heh..wokesss tc

Anonymous said...

Tariq..
songkok tinggi ko tu aku nak guna lagi untuk show hari guru pulak ok!

btw, silalah melawat fp kitorang

http://serizalgallery.fotopages.com

Adi Osman said...

anon..(bedah kot ni)

biashe laa..kalo dah bayar tuuu takkan la nak senyap saje!


mizzwanda...

mai la naik...semoga cita2 hang tercapai


seri....

pinjam laaa...takde hal nye! show apa pulak kali ni hah?