Gosh...semalam aku sempat kembali ke tempat lama pertapaan aku di Bukit Besi. Kalau dulu, Bukit Besi tu jadi tempat aku mencari rezeki, kali ni aku hantar adik aku pulak untuk bertapa di Bukit Besi, not as a staff, but as a cadet officer.Kalau selalu, mengikut pengalaman aku, abang aku dan adik di bawah aku kat UIA tu, both of my parents akan ikut menghantar sekali untuk masuk mendaftar tapi not this time. Unluckily Haji Osman tak dapat turut serta menghantar adik bongsu aku semalam. Kesian pulak aku tengok budak tu. Gasak la kan.....apa pun aku tau adik aku Insya Allah akan selamat dan bahagia kat Kem SB tu.
Why Universiti Pertahanan Nasional Malaysia? Dah takde universiti lain ke nak hantar adik aku tu? Well, setiap tindakan yang dibuat akan ada alasan dan sebab musababnya. Begitu jugak la dengan kemasukan adik aku tu ke sana. It all happened after my brother went to Khidmat Negara. Aku ada chance sekali pergi melawat adik aku kat kem dulu. Nampak dia kat situ, macam sesuai laaa sangat kalau nak dijadikan tentera. Hajat Haji Osman, nak tengok jugak anak dia pakai uniform macam dia satu ketika dulu. My dad was an ex service man. Airforce precisely. Sebab aku dan lagi 2 beradik lain dah takde minat nak masuk jadi askar, makanya pertaruhan terakhir adalah adik bongsu aku. Dan pada mata kasar aku, he has what it takes to be a military officer.
Soon after SPM result keluar, he applied online, tru Kementerian Pengajian Tinggi site. And he was called for selection process held at Kolej Tentera Udara Alor Star. That time, I believe he will be chosen based on my observation. Dan Alhamdulillah, he made it! Tapi awal2 dia agak frust, pasal kononnya nak masuk airforce, tapi tak dapat. Instead, dia dapat Navy. Lepas diterangkan itu ini begitu begini pasal navy, mata dia terbukak luas sikit laaaa. And he agreed! Aku tepuk tangan suka pasal memang aku nak adik aku jadi navy. Seksi siottt! Hahahaha. Takde laa...sebab aku dah diexpose dengan navy yang ramai waktu zaman aku bertapa dulu, makanya aku nampak dengan terang macam mana budaya depa tu. And I liked it!
Dan semalam adalah kemuncaknya. Aku, Hajah Latifah dan Lukman Osman gi ke Kem SB untuk menyerahkan adik aku yang bongsu itu untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Untuk Basil Osman....semoga hajat di hati nak jadi tentera tu dicapai. Dah dapat belajar free ni, pandai-pandai la nak menghargai. Jangan sia siakan peluang yang dah ada di depan mata. Semoga tabah dengan ujian dan dugaan yang mendatang. Kalau kena kue gulung tu...ala biasa laaa! Aku kat PULADA dulu pun kena jugak.
2 comments:
Fendi
another uniform guy in the family? Cool! Hope he will be doing fine there at Kem SB. :)
yaaa....
satu lagik! ala kem SB tu ok rasanya...insya allah ok!
Post a Comment