Friday, June 01, 2007

Kisah Suit Hitam

Dari hari Rabu lepas aku berkampung kat Sunway Lagoon untuk mesyuarat khas Dasar Kesihatan Kebangsaan. Dulu dah buat kat Hospital Serdang, tapi untuk orang-orang kementerian meneliti dahulu draf dasar yang telah dibuat. Kali ni, mesyuarat menjemput agensi kerajaan bukan KKM dan juga agensi swasta.



Aku takmau cerita pasal dasar kesihatan yang diteliti ni, tapi aku nak cerita pasal suit hitam, dan juga tanda nama serta kenangan lalu di Mandarin Oriental, dinner PPTD when I was still attending my DPA course. Insiden ni aku kira pengalaman lucu la untuk aku.

Kisahnya macam ni, hari pertama aku masuk ke hotel tu dengan penuh bergaya aku pakai suit hitam. As usual, I put smile on my face, I smile to everyone. Kiranya macam acknowledge orang la. No harm to smile rite. Nak dijadikan cerita, saat2 aku dok lepak kat lobi hotel tu (kononnya nak menunggu SUB sampai), ada la pulak satu mamat ni datang jumpa aku dan tanya satu soalan yang membuatkan aku terpinga-pinga....

"encik....boleh tanya, kat mana kedai bunga?"
"kedai bunga?"
"ya...kedai bunga...saya nak beli bunga. Dalam hotel ni takde ke?"
Gulp.....aku heran! Awat aku pulak? Tak teringat pulak yang aku clad in black suit, complete with nametag. As I looked around, aku terperasan yang orang kerja hotel tu pun pakai black suit and white shirt, with nametags as well. Sah...sah mistaken identity.
Serta-merta kenangan lama disapa dalam tandas Mandarin Oriental dulu menjelma. Gara-gara pakai black suit, with bow and white nametag, orang ingat aku keje kat hotel tu. Huhuhu....untuk tidak mengecewakan orang yang bertanya, politely aku menjawab...
"minta maaf, saya tak kerja di sini.....maybe you can go to the counter over there and hopefully they are pleased to assist u"
Tu diaaa....kaunter pertanyaan la pulak...heheh. Orang yang tanya kedai bunga tadi balas balik...
"sorry cik..saya ingat cik keje dengan hotel tadi. Nampak sama...."
Takpa laaaa...nak buat lagu mana kan! Tak kisah la....
Well, semalam dan hari ni insiden mistaken identity ni kembali berlaku. Tapi dalam situasi yang sedikit upgraded. Dengan tag mesyuarat khas dasar KESIHATAN yang aku pakai, orang hotel pulak dok kompius dengan aku. Bila pagi2 aku jalan nak pi bekpes,
"morning doctor...."
uisshhhhh...muka doktor la pulak? Heran jugak manusia ni ek, asal KESIHATAN mesti doktor ke? Hahaha.....lantak la...tapi tu la, here and there aku selalu jadi mangsa mistaken identity. Dan sebab mistaken identity ni jugak la ada laaaa sorang Hamba Allah, kawan aku (bukan Chen aaaa) yang dengan selambanya mintak staff number MAS dengan aku.
"Rasanya kita penah fly sama2 kan? Ingat tak?"
Hahahaha...sekali lagi aku nak tergelak
"Bila masa pulak dah aku terbang jadik crew ni?"
"Alaaaa...kau toksah kencheng laaa....kau batch bila? Staff number berapa? Crew kan?"
Hadoi laaaa.....macam mana nak bagi nampak rupa aku ni tak silap ek? Any advice? Hmmm...pasni takmo pakai black suit lagi la kalau pi hotel!

13 comments:

DINATRA said...

fusyiooo, "DOKTOR" yang aku tak tahan tuh!! hahahahah... hahahahah...

ko ader rupe ke bro? =P

Adi Osman said...

dik....

adakah? u know me...ehehehehhe

Anonymous said...

hahahahahaha.... panas tu bro... dari hotel staff ke doktor ke airline crew... lepas nie aper plak yer...

Adi Osman said...

taktau la apa yang menunggu lepas ni lak!

Anonymous said...

Dik... next time jgn pakai black suit and definitely not with the nametag...hahaha...kelakar lah... Tapikan....itu tandanya awak ni ada talent jadi spy **Kak Fatimah OUM**

Adi Osman said...

Kak Timah...

nak wat cmane dah tu kaler baju yang ada. kalau kat INTAN pun kaler tu la jugak...huhu!

Anonymous said...

Assalamualaikum bro fendi, lain kali seblom @ masa rehat.. blazer/jacket tue x payah pakai. Wear it inside the hall/meetin place. At least the scenario won't happen again. Coz aku slalu buat camtue daahhhhhh.

Red Mummy said...

kalo part staff hotel ok ye ada identity tuh!

kalo part doctor pun mmg ada identity tuh

tp part cabin crew??? haiyoh...ko cucuk je garpu kat mata mamat tu...

Adi Osman said...

tmizi

in some situation...i do have to wear it. waktu kena sapa tu....time aku menunggu bos. grooming biar betul. in person...aku lebih suka dengan jeans and tshirt!


kak red

tak yah cucuk gerpu...sula macam normadiah kene dalam semerah padi sajor

Anonymous said...

Patut laaaa bro tgh tunggu bos rupe nyer.... Informal jeans n tshirt jer... ok lar tue. Gua pun sama tp kalu kl tengah panas membara cuaca nyer.... ape lagi shorts ler jawap nyer.... Bro fendi, nk tanye nie .... xde masalah lagi ngan neighbor kat umah sewa lu. Lu tinggal kt mana yer????

Rush Murad said...

hehehehehheehee......... sekejap jadi pekerja hotel, sekejap tuan Doktor....pengsaaaannnnnnnnn.............. dah tu crew.... ayoooo... ada potongan jadi crew ka? mai habaq....

Adi Osman said...

tmizi...

kakjoy tu abaikan dia la, pasni kalau dia wat lagik kita amek legal action. gue dok di kajang....

kalau tak salah, dalam kanun keseksaan ada tersebut pasal menyebarkan fitnah yang boleh menyebabkan seseorang itu dijatuhkan hukuman penjara maksimum 2 tahun ataupun denda ataupun kedua-duanya sekali (ni info dari kakak ipo aku laaa)


bang shidi...

tengok btol2...tenung btol2, potongan 2 tahun dulu ada laaaa...

Rush Murad said...

bila nak update blog niiii??????????