Monday, June 25, 2007

Selamat Pencen Mama!


Untuk Mama...Puan Latifah Ismail, selamat bersara diucapkan. Setelah 32 tahun bergelumang dengan dunia perguruan, last thursday was the last day for her in the school. I do believe mama suka sangat mengajar kat sekolah, and she has what it takes to be a teacher. Tak macam some teachers nowadays, cikgu tu dijadikan last resort lepas takde keje lain! Sama macam perkhidmatan kerajaan yang lain jugak. Tak dapat keje best, masuk gomen.

Mama mula mengajar dari tahun 1975, after finishing her Sijil Perguruan kat maktab perguruan perempuan melayu melaka durian daun. 1st posting, SK Bukit Raya, Pendang, Kedah. Then to SK Bukit Meriam, Tikam Batu. Followed by SK LKTP Panching Selatan, Kuantan, SRK St Anne Convent, Klang, and the list continues with SK Tikam Batu, Kedah. SRK Father Barre's Convent, Sungai Petani. SK Simpor, Sungai Petani. And back to SK Tikam Batu sampai la hari khamis lepas.

Last weekend, managed to squeeze my time to balik kampung. Homesick sebenarnya. Kebetulan pulak semalam besday Mama, makanya dapat la celebrate. Kak Umi pun balik sama. (Kak Umi ni mak sedara aku...sebab semua orang panggey dia Kak Umi...aku pun panggey Kak Umi - sounds kuwajaq....tapi what to do).

Sampai umah tengok...tuuuudiaaa, hadiah melambak! Kain elanya, pinggan mangkuknya, macam2 laaa (sempat jugak aku pau tea set mellamin bawak balik kajang - hehehe). Paling grand sebentuk cincin emas...yang aku rasa mama memang terharu. Hmm..aku tanya mama aku;

"Mama ni best sangat ka? Sampai semua pakat dok bagi hadiah ni?"

"Mulut bising takpa...hati ni niat yang betoi....baru kerja dapat jalan"

Satu petua dari mama sebenarnya. Tapi tu la kan..jadi cikgu ni bila pencen macam2 dapat. Kalau keje kat opis macam aku ni, hampehhh...apa pun tadak! Tu pun ada jugak yang dok teringin nak duduk kat PPD, nak buat admin. Heh...sampai rekod pencen mak aku pun tak update. Hantaq tahun lepas, 6 bulan sebelum nak pencen, sudahnya JPN Kedah forward ke JPA only last month! Ish...orang2 kat JPN ni makan gaji buta ka? Kalau marah, kata tu kerja depa, orang lain tak layak masuk campoq urusan pendidikan. Haaa..pasai tak campoq la jadi lagu ni. Buat kerja lepaih tangan suka hati saja. Haru oooo.....pastu pakat dok kata kerja banyak. Aii..kerja banyak sampai terlupa nak hantaq permohonan pencen mama aku?

Mula2 mama tak paham jugak pasai PTD ni, tapi after series of explanation from her son (aku la tuuuu), dia mula paham, dan dia dok pi explain pulak kat kawan2 dia di sekolah nun. We don't intrude, indeed we want to mudahkan kerja. Admin, bagi la kat Pegawai Tadbir, dah nama Tadbir...buat la kerja Pentadbiran. Tak gitu? Awat? Takut hilang peluang2 bisnes ka? Ish ish ish...ketelusan takdak la kalau buat macam tu!

Aiyaaa...emosi la plak. Hmm...balik kepada cerita mama, apa2 pun aku amat berbangga dengan mama. She's dedicated. Cuti pun sanggup pi sekolah, nak didik anak bangsa. (tapi dalam 4 orang anak dia...aku je la yang takdan nak ngaji dengan dia. Time tu dia mengajar kat Convent, takkan la aku nak masuk Convent kot? Nak suruh aku pakai pinafore ka?). Kalau ikut mulut orang, Mama garang. I admit that. Heheh....garang pasai nak bagi budak2 pandai. Budak2 la ni, tak boleh orang katok sikit, mula la nak repot polis! Sudahnya apa jadi? Bodo...bodo...bodo...tak reti kepala ekoq! Pasai apa? Pasai kuwajaq dengan cikgu.

Udah la tu. Untuk Mama...selamat bersara lagi sekali. Harapnya happy la kat rumah sebagai pesara. Mama kata nak pi mekah buat haji lagi sekali. Semoga hajat mama termakbul. Amin.

6 comments:

Rush Murad said...

Ni kira anak cikgu yang garang ker???? :P i pun dulu2 ada cita2 nak jadik cikgu.... tapi..... dah ramai sangat mak cik pakcik yg jadi cikgu.... kita tukar profesion lain plak.... congrats to ur mom, berbakti pada nusa bangsa.... tabik lah sapa kerja cikgu ni, noble job..

Adi Osman said...

ha ah...
anak ticer yang garang kisahnye!

LavenderGal08 said...

Auntie..hepi besday n selamat bersara...TELEKOM MALAYSIA..jgn lupa sampaikan kata2 aku tu...

Adi Osman said...

ngeheheheh...
telekom malaysia la pullokkkk...

shazanateh said...

selamat bersara utk mama kamu!

eh orang utara eh? syiok ja baca blog yang tulih dalam dialek utara.

hehe

Adi Osman said...

yes...

i am from utara....hehehehe