Monday, April 30, 2007

Akademi Fantasia vs Akademi Al Quran

La ni dalam TV, kita dihidangkan dengan Akademi Fantasia kat ASTRO. Dengan ragam pengacaranya yang sometimes menghiburkan, dan sometimes aku rasa rimas. Begitu jugak dengan ragam peserta dan pengkritik yang penuh dengan kezutan demi kezutan. Dok AFUNDI sana AFUNFI sini, banyak jugak duit rakyat Malaysia ni dihabiskan untuk AFUNDI peserta kegemaran masing-masing. Tapi sedar tak ada satu lagi siaran realiti tv yang muncul kat TV9, Akademi Al Quran yang mengetengahkan bakat para peserta dalam bacaan Al Quran. Bezakan AF dan Akademi Al Quran, korang rasa rancangan mana yang banyak penonton? Walaupun AF sekarang ni dah turun rating, namun jumlah penonton masih ramai kalau nak dibezakan dengan Akademi Al Quran.

Budak2 kecik zaman sekarang lebih tahu lagu Menuju Puncak daripada lagu Bayati, Shoba, Sikah, Nahwand, Jiharkah, Hijjaz dan sebagainya. Aku menulis ni bukan nak kata aku ni baik sangat, tapi nak menunjukkan bahawa betapa leka dan mudahnya kita leka dengan hiburan yang ada dipertontonkan di kaca-kaca tv sekarang ni. Bayangkan kalau akademi al quran ni dibuka juga undian macam di AF, berapa kerat la sangat orang nak undi. Pasal apa? Pasal takde ramai penonton.

Sesetengah orang akan mengatakan bahawa perkara2 agama ni tak boleh dikomersilkan dan ayat2 suci Kitabullah tidak boleh diperdagangkan, tapi pada pandangan aku yang tak berapa pandai ni, this is one of the way to expose the public how beautiful Quran is all about. Ramai antara remaja Islam sekarang kenal bait-bait lagu, tapi kenalkah mereka dengan baris-baris di dalam Al Quran?

Hmm...aku terpanggil untuk menulis benda2 macam ni, sebab aku ada la bukak channel 9 last week, tengok ujibakat Akademi AL Quran yang dah bermula di sesetengah negeri, nak penuhkan dewan yang kecik tu pun payah. Tapi bila tengok ujibakat AF, tudiaaaa...panjang berjela beratur. Sanggup berhujan berpanas bermacam-macam ber lagi. Walaupun suara pitching ke laut, gagahkan jugak diri untuk diuji bakat, sebab bila jadi bintang AF, ada ramai peminat. Akademi Al Quran? Ada berani nak pegi ujibakat? Kelancaran menyanyi lagu Dealova lebih difikirkan daripada fasohah nak membaca Al-Fatihah. Kan? Begitu la keadaan menggambarkan betapa lalainya kita pada masa sekarang ni. Astaghfirullah...

Udah le kot sikit renungan buat diri aku dan pembaca semua. Hari ni kita lari topik sikit. Asek cerita aku otstesen je, sikit bahan ilmiah untuk tatapan semua. Moh le pasni kita pakat tengok Akademi Al Quran. Ada gak la keberkatannya tu. Insya Allah...

No comments: