Monday, April 23, 2007

PAC PTD INTURA

Last weekend, dengan gembiranya aku balik ke Bandar Sungai Petani dengan percuma. Mana taknya, dah dapat jadi fasi PAC kat INTURA, balik kampung berclaim la. Yeehaaaa....

Hmm, the journey started on thursday evening. Lepas kerja, terus balik umah kemas2 barang, dan berlari-larian aku kat airport mengejar flight. Untuk Cik Ikky, terima kasih banyak2 sebab meluangkan masa untuk menghantar aku kat ERL putrajaya nun.

Sampai SP, tidoq semalam. The next day, terus lapor diri kat INTURA lepas solat Jumaat. Tengok la jugak kawan2 yang mana dah check-in. Ada la nama Dato' K(H), dan a few other names yang aku tak kenal. Huhuhu...later, si Payjal pun sampai. Followed by Khalil Sumiran.

Rest kejap, terus ke taklimat aktiviti sepanjang PAC tu. Kononnya malam tu berkobar-kobar la nak terus dengan aktiviti pertama, tapi sedang elok aku dok melepak kat bilik tu, tetibe je gelap gelita. Blackout la pulak. Huhu..siap berblazer bagai, sudahnya sampai pukul 9 malam, aktiviti ditunda sebab seluruh INTURA tu bergelap. Dah la gelap, panas pulak tu. Kami yang berblazer ni berpeluh-peluh macam mandi! Well, bila datang PAC ni, teringat satu masa dulu waktu aku menjadi calon PTD, pakai nombor plet sebesar-besarnya sebab kat PAC calon2 dikenali dengan nombor badan. Bukan nama sebenar. Dan bermacam-macam ragam la yang dapat ditengok. Yang senyap, yang poyo, yang takut2. Yang berlakon, yang sopan santun, yang rajin nak menolong fasi. Hik hik hik

Sebut pasal nak menolong fasi ni, ada la dalam satu aktiviti tu, aku terjatuhkan kertas A4 atas lantai. Kira bersepah2 la jadinya. Dan ada la sorang dua tu yang terlebih rajin tolong mengutip kertas atas lantai. Dengan selambenye aku cakap’

“tolong ni takde markah lebih tau…..”

Sentap! Hahahaha…..

Kalau satu masa dulu aku yang jadi peserta, hari ni aku pulak yang dok perhati peserta. Agaknya macam mana la depa perhati aku dulu nohh?

Since aktiviti malam tu kensel, so pagi sabtu sampai la malam tu, aktiviti stretched sepanjang hari. Padat dan aku sendiri pun lunyai jadinya. It was fun to observe people. Nak cerita lebih-lebih tak boleh la kot. Lite-lite je.

Hmmm…pandangan aku, bila nak datang PAC tu prepare la betul2. Grooming mau betul. Sebab benda tu yang orang perhati dulu. Kasut tu biar la kasut hitam kulit berstokin yang bersesuaian. Ada sorang calon ni, kasut dah ok. Sekali dia duduk, tersingkap la stoking warna putih belang-belang. Hadoi laaa…nak pegi main sukan ke hape? (untuk lelaki la ni). Baju, kemeja berlengan panjang, bukan polo t-shirt. Seluar slack, bukan dockers dan bukan seluar Yankee ketat tu. Isk..haaaaru tau!

Ladies pulak, try to find court shoes. Ini letak sandal macam stewardess pakai dalam kapal terbang. Kelepek kelepek jalan seret. Macam beli kat kedai Vincci je kasut tu. Untuk yang free hair, groom rambut elok2. Jangan lepas macam pontianak. Tau la rambut tu guna rebonding ke hapa ke, but it is good to look neat! Yang panjang tu, sanggulkan. Letak net! Pleasant look sikit kan! Baju? Baju kurung laaa, kalau nak pakai Punjabi suit tu, make sure complete dengan dupatta. Baru la betul.

Hah..ni aku cerita pasal grooming je. Blom masuk benda-benda lain lagi. Oh ya, jangan la jadi DQ kat dalam bilik assessment. Sebab bila berlakon je, orang boleh detect. Kontrol ayu kontrol hensem, sudah waktu final activiti, terus terbukak tembelang. Jadinya, be yourself. Yang lelaki tu, biarla jadi lelaki. Ini pegi asah kening tu sampai halus, pastu dok harap orang nak pilih jadi PTD.

Cukup la pasal PAC untuk kali ni. Next week aku ke INTIM pula. Insya Allah…

4 comments:

Vann said...

hahahha..best2..banyak panduan nih..at least leh bayangkan apa yang berlaku next weeknend...ill be there..huhuhuh...tiber2 cuak plak nih

Adi Osman said...

next weekend tu kat mana muqreez?

shazanateh said...

done.;). walopon tak sempat baca tips. hiks.

xtopak said...

pakcik mcm nak tulis buku "HOW TO PASS P.A.C." lah.. =))