Sunday, April 01, 2007

Jilat Bontot Bos

Sensasi jugak tajuk posting aku kali ni kan? Apa pun, this is part of office politics. Zaman aku bersemayam di takhta Bukit Besi dulu takde terasa sangat benda2 jilat bontot ni. Sebabnya aku sorang je PTD gred 41 kat situ. Tapi, sejak aku berangkat masuk ke BSM KKM ni, timbul la kisah jilat bontot ni. Dan baru la aku nampak dengan jelas dan ketara kaifiyat menjilat bontot bos, dan juga apa yang terjadi bila dikategorikan sebagai golongan yang menjilat bontot ni.

Adapun kisah menjilat bontot ni hanyalah aku mengerti sewaktu aku berada di INTAN hari Khamis lepas. It all happened bila aku masuk kursus fasilitator PAC PTD untuk tahun 2007. Sewaktu aku khusyuk mendengar taklimat daripada JPA dan INTAN, ada la sorang sahabat aku yang sama2 hadir kat situ bertanyakan satu soalan yang sensasi di hadapan 2-3 orang sahabat PTDku yang hadir sama ke kursus tu.

"Aku dengar banyak cerita pasal hang kat BSM tu..apa yang tak kena? Puan X tak suka, Y tak suka, Z pun tak suka kat hang! Apa pasal ni?"

Well, perkara tu aku dengar dengan hati terbuka. Tapi ada la sikit calar, membuatkan aku jadi tak kena. Aku keluar dewan, dok tepi sat sambil merenung apa yang tak kena dengan diri aku. Aku ada jugak dengar unit aku kat BSM tu orang kata takde keje. Asyik jalan sana sini je. Asal otstesen, unit dasar. Dah tu keje lain takde, yang ada buat maklumbalas, maklumbalas dan maklumbalas.

Ada jugak kawan aku tu cakap yang ramai orang tak suka kehadiran aku kat BSM tu. Encik EO, yang sentap dengan aku pasal takmau kongsi bilik hotel tu pun kononnya tak suka dengan aku. Si Polan jugak tak suka, Si Polin pun tak suka. Makanya jelas la semua tak suka. Dan dan hati aku ni terdetik, teruk sangat ke aku ni? Sampai kronik sangat orang tak suka? Sedih, kecewa. And suddenly semua rasa gembira aku duduk kat KKM tu hilang. Aku renung balik. Dan pada masa yang sama aku confront a few friends yang aku percaya, aku tanyakan benda sepatutnya. Ye la, untuk menjelaskan keadaan yang aku rasa agak mengusutkan pikiran aku ni.

Lepas aku tanya sana tanya sini, aku dapat simpulkan, ada yang tak senang dengan kehadiran aku kat BSM tu. Tergugat agaknya, takut aku overshadow kewujudannya selama ni. As a person myself, I have my own personality. Dan kalau personality aku tu mengganggu ketenteraman sesetengah pihak, I'd rather say, HELL WITH YOU GUYS. Dan ada jugak la yang mengatakan aku ni JILAT BONTOT Makcik Berdedai. Sebab Makcik Berdedai selalu acknowledge aku (sounds riak...tapi tu hakikatnya, dan aku tak mintak pun semua tu).

Kenapa aku dikatakan jilat bontot? Pasal aku banyak keluar sana sini. Banyak g kursus sana sini. Terus terang aku nak katakan kat sini, aku tak penah JILAT BONTOT sesape. It's not me. I play safe, and licking someone ass is not my type. Sebelum tuduh aku jilat bontot sesapa, better renung dalam diri sendiri dulu. Jangan dok tuding jari sana sini. Satu je aku dapat simpulkan, orang yang kata aku menjilat tu, sebenarnya benar-benar tergugat dengan kehadiran aku. Kalau dah rasa tergugat, better do something to improve the situation, tapi bukan dengan cara tikam kawan dari belakang.


Enough for today. Ada lagi satu pengajaran jugak yang aku dapat dari sini, jangan percaya sangat cerita-cerita orang. Dengar, tapis, kaji dan bertindak. Bertindak seadanya supaya takde pihak yang melenting. Tenangkan fikiran sebelum melakukan sesuatu. Dan untuk sapa-sapa yang rasa aku ni menjilat bontot makcik berdedai tu, rentikan la. Kenal dulu aku yang sebenar, jangan buat judgement terus.

Minggu ni, away till thursday. Ke Ulu Sepri. Kursus Persediaan Kenaikan Pangkat M44. Tunggu je la cemane kursus tu. Kalau ada rezeki, naik la kot. Kalau tak naik pun, takde nak aku kecoh. Semua tu Yang Maha Kuasa punya ketentuan. Untuk kawan-kawan yang akan pergi sama ke sana, mari bergumbira......lupakan semua masalah yang ada!

8 comments:

zyrin said...

aku rasa, amat tepat sekali ko pi kursus kat ulu sepri tu time-time camni. dapat ko tenangkan fikiran sikit, berkawan dengan cicak saiz xxl sementara mencerna khabar berita kurnag enak yg ko terima dari BSM.

kekononnya, lah.

dalam dunia ni, mustahil semua org akan suka kt kita (ayat aku prnh guna utk pujuk idola aku, huhuhu...). biorlah diorg. asalkan kita tahu apa kita buat tu betul, nawaitu betul. tak menyalahi mana2 undang2 serta norma2 masyarakat. dan kita ada org2 sekeliling yg dipercayai utk menegur kalau nmpk kita dah menyimpang dan tersasar.

susah ler idup kalau asyik nk dgr ckp org2 jer, weih. but... that is office politics, kan?

oleh demikian, dengan berlakunya episode yg telah mengguriskan hati ko ini, aku dgn officialnya boleh katakan...

"welcome to BSM"

or, seperti kata idolaku seorang itu...

"welcome to hell"

chin up, tariq. we still have a looonnngggg way to go.

DINATRA said...

bro,
jgn lar sedih sgt... things like this will come n go sepanjang hidup, selagi kiter bernyawa.

i wish u all the best ye =)

shazanateh said...

hello bro.

been ur silent reader. membaca tapi tidak membuat sebarang kritikan membina atau yang tak membina.

hiks.

biasala tu bro. bukan semua orang akan ada rasa suka atau puas hati kat kita sebab bukan tugas kita untuk puaskan hati semua orang. lain orang, lain cara mereka mengenterpresikan orang lain. lumrah kehidupan. just be urself sebab bro. je yang tau sape diri bro yang sebenarnyeh. :)

owh well, jadik fasilitator for PAC 2007 yeh nnt? kat INTAN mane?

saje tanye. ;)

Anonymous said...

Kekadang orang2 ni mengata yang bukan2 sebab diorang dikuasai cemburu. Dan mereka cemburu sebab mereka sebenarnya nak jadi macam kita dan berada di tempat kita tapi tak dapat...makanya dibuatlah cerita...

Adi Osman said...

zyrin...

alhamdulillah, kursus dah tamat! legaaaa.....
cicak XXL tu kat umah aku di sungai petani pun adaaaa...hehehehe


dina...
ni memang pedih dengar, tapi tu la, alhamdulillah bila dah abis kursus kat sepri tu rasa relief sangat!


shazanateh...
PAC II (20-22.4) dan PAC IV (4-6.5), INTURA dan INTIM. Ni mesti dapat g PAC ni...kalau takde angin takkan la pokok nak goyang


bayah...
at the moment, aku sabo je laaaa

Rush Murad said...

tumpang simpati.... dah pernah rasa orang chop 'penjilat bontot'... anyway, i dah lali dan dah lari dari semua tu... and am happy now coz... tak ambik pusing pun apa org nak cakap.... anyway, sedap ker jilat bontot tu???hikssssss.........

shazanateh said...

hahaks. ala kantoi la pule kan.

:P

Adi Osman said...

bang shidi....

sedap? tak tau la nak cakap cmane! abang tau kot rasa dia kaaaannnn?


shazanateh...

takpe..sesekali kantoi best per!